Sabtu, 30 Oktober 2010

Selangor Defisit Belanja 65.95 Juta?

Anwar "zero" dalam pengetahuannya tentang kewangan. Inilah kata-kata yang pernah dikeluarkan oleh salah seorang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar daripada jawatan TPM. Kata-kata itu dipercayai keluar dari mulut Tun M sendiri selepas hilang kepercayaan kepada timbalannya itu.

Apabila Selangor melantik Anwar sebagai penasihat ekonominya, ia bagaikan satu tindakan bodoh MB Selangor, Khalid Ibrahim. Kesannya tahun ini Selangor mengalami defisit dalam perbelanjaannya. Laporan ini dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Apa yang menyedihkan, rakyat Selangor tidak nampak di mana wang kerajaan negeri telah dibelanjakan.

Menurut apa yang dipaparkan di Sinar Harian :
".......UMNO Selangor mencabar Kerajaan Selangor memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri berikutan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri itu yang mengalami defisit RM65.96 juta pada tahun lalu.
Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri yang mengalami defisit pada 2009 membuktikan Anwar gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan.
“Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan, ini memberi kesan buruk kepada rakyat Selangor dan membuktikan Pakatan Rakyat tidak mampu menjana ekonomi negeri ke arah yang lebih baik walaupun mempunyai penasihat ekonominya sendiri dan kononnya ditadbir menggunakan pendekatan korporat.
“Jika begini keadaan ekonomi dan kewangan Selangor, apa yang telah dibuat oleh Penasihat Ekonomi negeri (Anwar) ini sebenarnya. Adalah lebih elok pecat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Abdul Shukor juga tidak menolak kemungkinan kemerosotan kewangan Kerajaan Negeri berpunca daripada pengurusan yang tidak berhemah yang dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung kedudukan kewangan Kerajaan Negeri..........". Baca selanjutnya di sini

Pakatan Rakyat sememangnya gagal di Selangor. Mereka sekadar menjadi penguna sahaja kepada segala kemajuan yang dibawa oleh BN selama ini.

Mereka hanya sibuk mahu mempertahankan kuasa sahaja serta mereka tidak pernah memikirkan kaedah bagi memperjuangkan nasib rakyat Selangor.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak pernah pegang duit. Kutuk sana sini kononnya mereka lebih pandai. Rupanya macam bagus tapi tak bagus. Bila pegang duit, lebur ke labur?

Itulah amaran Tun Mahathir, nak tukar saja-saja kerajaan ikut kepala lutut sendiri buat apa. Gunalah kepala otak. Ada sekadar tahu makan otak-otak dan main ikut saja, diri sendiri tidak pula ada kepala otak.

Kalau setakat sokongan rakyat, belum tentu boleh tadbir negeri. Popular satu hal, boleh tadbir satu hal. Tengok ide-ide Tun Mahathir diblog chedetnya, pakar-pakar barat pun terkencing dalam seluar tak dapat nak hujah balik.

Kalau hanya pandai mengutuk, ide sendiri pun tak de, orang-orang macam ini bersepah di Chow Kit, apatahlagi tempat lain.

Aku disinipun pandai mengutuk, tapi kutukan membina. Ok lah tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif