Selasa, 26 Oktober 2010

Sukuk Emas "Dollar" Bukti Malaysia Peneraju Instrumen Kewangan Islam Terbesar di Dunia


Sekretariat Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) mengumumkan terbitan sukuk emas dalam dolar Amerika Syarikat (AS) bertempoh lima tahun oleh Bank Pembangunan Islam (IDB) bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion).


Menurut kenyataan dikeluarkan, ia merupakan satu transaksi penting di bawah inisiatif MIFC kerana ia merupakan sukuk yang diterbitkan dalam dolar AS dan oleh sebuah institusi pembangunan multilateral di Malaysia.

''Malaysia kini merupakan peneraju global dalam terbitan sukuk, dengan mencakupi lebih 60 peratus daripada jumlah sukuk global yang terdapat di pasaran.

''Terbitan sukuk ini adalah susulan terbitan satu siri instrumen kewangan Islam emas dalam mata wang asing di bawah inisiatif MIFC sejak 18 bulan yang lalu iaitu Sukuk Petronas AS$1.5 bilion (RM4.66 bilion), sukuk kerajaan Malaysia AS$1.25 bilion (RM3.88 bilion), sukuk Nomura AS$100 juta (RM311 juta) dan sukuk Khazanah S$1.5 bilion (RM3.57 bilion,'' katanya.

Tambah kenyataan itu, penggunaan perkataan 'emas' adalah dikhususkan kepada sukuk dalam mata wang asing yang diterbitkan di Malaysia.

''Pihak-pihak antarabangsa digalakkan memanfaatkan komuniti dan infrastruktur kewangan Islam Malaysia bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pemerolehan dana Islam.

''Malaysia menawarkan pasaran kewangan Islam yang kukuh dan cair di samping menyediakan rangka kerja kawal selia yang kondusif bagi memudahkan aktiviti tersebut,'' jelasnya.

Kewujudan permintaan terhadap instrumen Islam dalam mata wang antarabangsa oleh pelabur-pelabur Malaysia, di samping pelabur-pelabur global menambah tarikan Malaysia sebagai platform terbitan pelbagai mata wang.

Sukuk yang diterbitkan akan disenaraikan di Bursa Malaysia di bawah rejim berkecuali dan London Stock Exchange.

Bursa Malaysia berada pada kedudukan teratas dalam bursa dunia dari segi nilai penyenaraian sukuk.

Taming Sari amat yakin, penerbitan berterusan sukuk di pelbagai syarikat multiliteral, perbankan serta pelbagai lagi institisi kewangan, menampakkan lagi kebolehan Malaysia dalam mengalakkan pasaran modal dan amanah bercirikan Islam.  Pelabur-pelabur yang berminat dengan sukuk kerana bebas riba akan menjadi lebih tertarik dengan pengunaan mata wang asing terutamanya Dollar. 

Ini adalah salah satu bukti bahawa Malaysia sentiasa mencari keberkatan di dalam menjalankan sebarang aktiviti termasuk penerbitan instrumen-instrumen kewangan. Inilah antara strategi kerajaan bagi menarik pelbagai pelaburan asing terutama dari negara-negara Islam untuk berkerjasama dengan institusi kewangan di Malaysia. 

Tambahan pula dengan adanya pelancaran Sukuk emas ini yang bersifat universal.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif