Isnin, 4 Oktober 2010

Tragedi Melbourne : Bukti Tun Mahadhir Lebih Percayakan Tok Pa

Bagi Tun Mahadhir, tiada siapa lagi orang kepercayaan selain Dato' Sri Mustafa Mohamed.

Semua orang masih ingat ketika negara kita dilanda krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah negara pada tahun 1997 dan 1998 serta ketika itu berada dibawah pemerintahan Tun Mahadhir Mohamed, Tok Pa lah orang yang dipercayai Tun M bagi mengisi kerusi Penerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Untuk mengisi jawatan penting itu sekaligus mencari formula untuk memulihkan ekonomi Malaysia yang jatuh teruk ke angka -15 KDNK negara, pastinya Tok Pa bukan calang-calang orang.

Taming Sari yakin, kalau bukan kerana terikutkan teori RAHMAN, Tok Pa lah orang yang bakal mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas pemecatan Anwar Ibrahim serta diangkat mengantikan Mahadhir menjadi PM ke-5.

Sejarah pendidikan Tok Pa biasa sahaja. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (inggeris) Bachok pada 1963. Pada tahun 1969, beliu menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail(Sultan Ismail College)Jalan Telipot,Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Melbourne, Australia pada 1973 dan kerana itulah Tun M merasakan bekas pelajar dari universiti ini amat layak untuk berucap mengantikannya di Seminar Pembangunan Insan. Beliau akhirnya mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Boston University, Amerika Syarikat.

Tragedi di Melbourne berlaku apabila Tun M yang amat disayangi oleh rakyat Malaysia dilaporkan dimasukkan ke hospital di sana kerana dipercayai telah dijangkiti kuman pada paru-parunya. Laporan bernama hari ini menyatakan Tun M sudah stabil. Baca sini. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mendoakan kesihatan Tun M kembali normal.

Taming Sari amat yakin, Tok Pa akan menjadi "somebody" yang bakal mengisi sejarah negara pada satu hari nanti. 

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif