Jumaat, 22 Oktober 2010

Ulama Muda Perlu Bersama Kerajaan Demi Keutuhan Ummah Dan Islam


Sebelum ini, mungkin kerana tidak terfikir oleh para pemimpin kita, bahawa pengaruh ulama dalam mengcorakkan sokongan masyarakat Islam kepada kerajaan adalah sangat penting.

Sudah menjadi trend di kalangan ulama dan para ilmuan Islam, jika sudah tamat pengajian, mereka perlu bersama PAS. Terlalu janggal jika mereka memilih bersama UMNO kerana bagi mereka bersama UMNO membuktikan mereka sesat. Siapa yang mendotrinkan pemikiran mereka sebegitu? 

Di kampus-kampus universiti seluruh negara yang ada jurusan pengajian Islam dan berkaitan Islam pastinya selepas bergraduan, pelajarnya memilih untuk bersama parti PAS. Ini berikutan semasa mereka belajar dulupun mereka memilih untuk bersama kumpulan mahasiswa pro pembangkang atau pro mahasiswa dalam membawa agenda perwakilan pelajar di pilihanraya kampus. Mungkin mereka tertipu dengan ke'Islam'an PAS dan kebangyakkan pensyarah mereka juga adalah berfikiran hijau PAS.

Mengapa fenomena ini berlaku? Tidakkah kita semua nampak bahawa ini merupakan salah satu ancaman kepada kerajaan memerintah.

Apabila DS Najib Tun Razak, memegang tampuk pemerintahan, ada sedikit kelainan bagi pendekatan yang dibawanya. Golongan ulama muda dikumpulkan bagi menyatakan sokongan padu kepada kerajaan sekaligus membolehkan mereka menjadi nadi entiti penilai dan penegur kepada setiap keputusan kerajaan yang menyimpang dari jalan Islam. 

Tindakan sebeginilah yang sepatutnya dari awal lagi dibina oleh UMNO dalam mendapatkan sokongan golongan ini bagi mengelak mereka berideologikan PAS selepas tamat pengajian Islam mereka. Team Ulama bakal membawa wadah baru dalam UMNO serta jika ini diperkukuhkan maka tiang seri PAS dapat diruntuhkan dan ketika itu bila-bila masa sahaja UMNO boleh menguburkan PAS. 

Barang diingat, UMNO masih tidak perkasa jika hanya membawa agenda Melayu semata tanpa memikirkan agenda Islam kerana Melayu dan Islam adalah satu. Jika pengasingan dilakukan, lihatlah bala dan kesannya kepada UMNO kerana sokongan orang Melayu bergantung kepada parti yang bukan sahaja menjaga kepentingan Melayu tetapi tetap meneguhkan Islam di muka bumi Malaysia ini.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif