Sabtu, 23 Oktober 2010

UMNO 2010 : Ucapan Pengulungan Presiden Mengunci Terus Mulut Pembangkang

Kita sebagai rakyat marhaen ini pun terkedu dengan ucapan penuh bersemangat Presiden UMNO DS Najib Tun Razak bagi menutup Perhimpunan Agung UMNO 2010 di PWTC hari ini.

Pembangkang pasti tersipu-sipu diperli DS Najib malahan kepada orang Melayu yang bersama pembangkang pasti tertunduk malu dengan kata-kata hikmat dari DS Najib. 

UMNO begitu yakin mereka adalah juara kepada Melayu Islam bukan sahaja panji Melayu dipertahankan malah Islam juga diperteguhkan seteguh tiang seri Melayu itu.

Mengaris 7 elemen penting dalam mengembalikan keutuhan pelayaran bahtera UMNO, DS Najib amat berharap segala pucuk pimpinan, samaada diperingkat tertinggi, bahagian dan cawangan, berubah ke arah tema baru transformasi UMNO iaitu "UMNO Mendahulukan Rakyat."

Seperti yang dipaparkan dalam UMNO-Online:
"......Jelas beliau tujuh perkara itu ialah pertama maruah parti lebih penting dari individu, kedua dalam parti yang penting adalah pasukan bukan kumpulan, ketiga memenangi hati dan jiwa rakyat, keempat menjadi juara media baru, kelima menjadikan empat juta pengundi baru sebagai sasaran parti, keenam UMNO mesti menuju sifar masalah dan terakhir ketujuh UMNO mesti mendahulukan rakyat......"

Penegasan DS Najib mengenai apa yang sudah diperkatakan semasa ucapan dasar, iaitu mengenai hak orang Melayu di dalam perlembagaan yang sudah terpatri, terkunci dan tersimpul rapi, pastinya menutup sama sekali harapan DAP mahu menguburkan pekara 153 hak orang Melayu tersebut. Adalah tidakmungkin, Raja Melayu mahu mengubahnya semula.

Taming Sari amat yakin, akan  ada perubahan besar yang bakal berlaku kepada spiritual pucuk pimpinan UMNO dari atas hingga ke bawah bagi membawa harapan baru buat rakyat Malaysia yang kini semakin ditindas pembangkang.

Keterbukaan dan tolerasi UMNO dalam membawa misi Barisan Nasional seiring dengan parti komponennya sukar ditiru oleh pembangkang dan pekara inilah kunci hikmat yang bakal menyematkan hati rakyat untuk terus mengundi BN pada PRU-PRU seterusnya.

Hidup UMNO !! laungan terakhir presiden membakar jiwa-jiwa pejuang yang kini dipanggil bagi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan tanahair tercinta yang sedang rakus dimamah pembangkang berhati binatang.

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teruskan berjuang pejuang2 yang berpegang teguh ke atas kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Ingatlah kita perlu berjuang sehingga
- Agama ISlam tidak lagi dikotak-katik.
- Bangsa Melayu tidak lagi dihina atau merempat di tanahairnya sendiri.
- Kemerdekaan Malaysia ini dapat dinikmati dan diwarisi oleh anak cucu kita.

Tanpa Nama berkata...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taksubsainspuncasejarahdipinggir/Article/index_html

Taksub sains punca sejarah dipinggir
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2010/08/25

Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

1Malaysia bukan minta Perlembagaan dipinda secepat mungkin. Dari dulu keistimewaan orang Melayu sudah diperakui iaitu sejak dari zaman British kerana mereka adalah rakyat Raja Melayu.

Bagaimanapun, pada masa ini, ada orang nak timbulkan kekacauan yang bukan-bukan termasuk mempersoalkan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang tidak ada kaitan dengan logik dan undang-undang, katanya.

petikan dari Beria Harian
Abdul Rani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif