Ahad, 24 Oktober 2010

UMNO, Kenapa Baru Sekarang?

Kenapa baru hari ini? Itulah persoalan yang tidak usah dijawab oleh kita semua kerana jawapannya mudah. Dulu kita alpa, kita ingat kita gah. Kita juga ingat kita selesa dan kekal terus memerintah. Lihatlah kesannya, hampir sahaja kita hilang segalanya.

Walaupun BN kalah teruk di PRU12, 2008, rakyat masih membuktikan bahawa mereka sayangkan UMNO. Mereka masih belum yakin menyerahkan Putrajaya kepada pembangkang kerana apa yang UMNO dan BN telah bina di tanah air tercinta ini sudah cukup membuatkan hati pengundi tidak tergamak mengkhianatinya. 

Mata pelajaran Sejarah adalah subjek yang Taming Sari paling minat dan kerana itulah Sejarah semasa PMR dan SPM Taming Sari score A. Tapi ketika itu, kejayaan Taming Sari langsung tidak diiktiraf malah subjek Sejarah hanya dianggap pelengkap kepada subjek-subjek yang perlu diambil semasa peperiksaan. 

Hari ini, Taming Sari amat bangga kerana subjek itu sudah disamataraf pentingnya dengan subjek Bahasa Melayu kerana setiap calon SPM perlu lulus Sejarah dan Bahasa Melayu untuk membolehkan mereka mendapatkan sijil SPM. Perkara ini diumumkan Timb. Presiden UMNO merangkap Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin Yassin semalam semasa ucapan pengulungannya di Perhimpunan Agung UMNO 2010 semalam. 

Sepatutnya subjek sejarah memang perlu dipandang tinggi. Seperti hikmahnya kata-kata Tun Mahadhir Mohamad, "Sesuatu bangsa itu akan musnah jika dia tidak mengenali sejarah bangsanya. Sejarah akan mengelakkan mereka dari melakukan kesilapan kedua berulang kali".

Lahirnya profesional Melayu hari ini yang menyokong pembangkang akibat dari ketidaktegasan kita dulu bagi mengangkat martabat subjek sejarah. Guru-guru sejarah hanya mengajar, sebagai syarat untuk peperiksaan tanpa ada sebarang spiritual sedangkan sepatutnya guru yang mengajar sejarah perlu seorang penglipur-lara yang baik dan menghayati siap episod sejarah yang dibentangkannya kepada pelajar. Ini akan menimbulkan minat pelajar mendalami subjek ini sekaligus mematangkan fikiran mereka kepada asal usul negara ini. "Kesedaran" yang tercipta akan kekal dihati dan jiwa mereka serta kebarangkalian mereka untuk tidak terpesong selepas meniti tangga kerja adalah lebih tinggi.   

Kesannya amat postif dan sudah tiba masanya, BN dan UMNO perlukan strategi pendotrinan. Lupakan cemuhan pembangkang. Mereka juga lakukan strategi ini bagi mengekalkan survival politik mereka. Kaedah yang mereka lakukan lebih teruk sehinggakan mereka tanam perasaan benci mereka kepada UMNO dan BN    kepada budak berumur setahun jagung lagi. Gambar-gambar pemimpin mereka dijulang kononnya ini pejuang sejati yang harus disanjung tinggi.

Kesannya pada usia 53 tahun merdeka, kita dapat merasai pendotrinan pembangkang kepada generasi muda dahulu (mungkin 30 tahun yang lalu) sudah membuahkan hasil kerana budak-budak yang didotrinkan inilah yang sekarang memimpin pakatan pembangkang sehinggakan mereka sudah tidak nampak mana yang benar mana yang batil akibat pempatrian ideologi di minda mereka sejak kecil. Mereka bukan sebarangan orang. Ada dikalangan peguam, jurutera, doktor, guru-guru, pensyarah dan pejawat awam.

UMNO dan BN perlu segera mengunakan strategi ini bagi terus mengekalkan survival mereka. Apa salahnya UMNO melakukannya kerana perjuangan UMNO itu suci iaitu mahu mempertahankan nasib agama, bangsa dan tanahair.

Alif...... Baa... Taa...

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

Nasionalis1982 berkata...

better late than never

Tanpa Nama berkata...

Kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa

http://www.sahabat-gunung.com/2010/10/pm-hak-melayu-terkunci-kemas-dalam.html

21 October, 2010
PM: Hak Melayu Terkunci Kemas Dalam Perlembagaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta “terkunci kemas” dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.

..“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis (Raja-Raja) yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu.

“....kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit, sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2010, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Ketika menyampaikan ucapan bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran” itu, Najib dengan tegas berkata, tindakan pihak tertentu yang kini mempersoalkan kedudukan Melayu sebagai bangsa yang dilindungi hak-hak tertentu, ternyata telah menimbulkan rasa kegusaran dan tidak puas hati terhadap bangsa Melayu yang terkenal dengan sikap dan sifat akomadatifnya.

.....“Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila sejarah dipandang enteng atau dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

Najib berkata orang Melayu sebenarnya telah membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, apabila sanggup berkongsi pemilikan Tanah Melayu yang menjadi negara tanah tumpahnya dengan kaum-kaum lain.

“Penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya,” katanya.

......“Orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional,” katanya.

...Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain perizaban kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu,” katanya.

Najib berkata pindaan terhadap artikel-artikel itu tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181,” katanya.

Najib berkata perkara itu tidak perlu dibincangkan dalam mana-mana forum kerana perbahasan mengenainya dibimbangi akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan naluri asal wujud antara etnik.
..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif