Selasa, 12 Oktober 2010

Usaha PAS Pulau Pinang Kelirukan Orang Islam


Sudah terang lagi bersuluh, Lim Guan Eng mengunakan wang pertaruhan judi bagi menderma kepada warga emas Pulau Pinang.

Walaupun isu itu semakin hilang dari hati masyarakat, namun, usaha PAS untuk terus menjulang LGE tetap tegar.

Itulah yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS P.Pinang mengumpulkan warga-warga emas totok PAS dan PKR bagi menerangkan isu ini dan meminta mereka tidak terpedaya dengan "dakyah UMNO".

Salleh Man dikatakan mengaku bahawa kerajaan negeri memang mendapat sumbangan dari kelab lumba kuda tetapi menafikan wang itu digunakan untuk membantu warga emas di negeri itu.

Difahamkan dari blog Media Permatang Pauh:
Ceramah juga disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.
Hampir 70 warga emas yang merupakan ahli PAS dan PKR hadir setelah dibawa ke Majlis itu oleh petugas-petugas parti tersebut.
Saya dimaklumkan bahawa warga-warga emas ini dikumpul dari lebih 10 kawasan Seberang Perai iaitu Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan-kawasan lain.
Saya juga diberitahu oleh pihak majlis, pada awalnya dianggarkan lebih 600 warga emas penerima wang ehsan telah dijemput ke majlis penerangan ini. Tetapi akhirnya, hanya 70 sahaja yang hadir.., itupun setelah usaha menyediakan pengangkutan dan urusan perjalanan disediakan.

Program yang diadakan Bangunan Datuk Ahmad Badawi pagi tadi sebenarnya memang gagal menjemput warga emas secara rela. 

Walaubagaimanapun Haprak daily terus membawa berita tersebut sambil mengambil contoh kata-kata si totok PAS yang memuji-muji pemerintahan LGE. Baca sini.

Perkara ini yang paling kita kesalkan apabila PAS langsung tidak berperanan sebagai pejuang Islam.

Apa sahaja yang DAP lakukan dihalalkan mereka. Inilah antara bukti-bukti mengapa Taming Sari sering melabelkan mereka "Pengkhianat agama" kerana mendahulukan kepentingan politik berbanding syariah Islam.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

mukapetang berkata...

Salam tuan,

Saya dari Sarawak ingin mohon tunjuk ajar untuk mengajar pertualang pembangkang. Saya harap tuan dapat jalinkan rangkaian ke blog saya. Semoga dapat berjumpa suatu hari kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif