Selasa, 19 Oktober 2010

Usaha-usaha Mencari "Bonus" Dipersepadukan : Rosmah Mansor Terus Diperalatkan


Pendedahan dari DS Nazri Abdul Aziz menimbulkan satu "modal" buat pembangkang apabila mengemukan jawapan kepada soalan Tin Chua, MP Batu di sidang parlimen hari ini atas soalan mengenai jumlah kos setiap kali lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai mereka setiap kali lawatan rasmi ke luar negara.

Jawapan bertulis DS Nazri ke parlimen berbunyi begini :
Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102 pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah RM21.45 juta.

Perkembangan inilah yang diulas Tian Chua sebagai perbelanjaan boros kerana menurutnya :
"..............apabila Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009 kos lawatan perdana menteri dan timbalannya terus meningkat kepada RM6,041,934.35 dan jumlah itu melambung kepada RM9,807,310.63 bagi tahun ini.
Membanding jumlah lawatan, Chua berkata antara 2008 hingga 2009, kos perbelanjaan perjalanan adalah 7.94 peratus manakala daripada 2009 hingga 2010 ia naik kepada 62.32 peratus............."

Tian Chua mengaitkan peningkatan jumlah belanja PM dan TPM diluar negara kerana sifat boros Rosmah Mansor.  Baca sini.

Bagi Taming Sari, kejahatan tuduhan Chua sengaja mengundang marah rakyat kepada PM dan isteri dan inilah satu lagi siri fitnah pembangkang kepada mereka berdua. Ini rentetan dari kenyataan ketua de'factornya mengenai pemborosan kerajaan menyebabkan mereka mengelak dari membayar bonus.

Seperti yang pernah di dedahkan oleh Saifuddin Nasution, rasa benci dan meluat tak bertempat mereka kepada DS Rosmah begitu meluap-luap sehinggakan semua pekara yang melibatkan wang dan boros mereka kaitkan dengan Rosmah.

Hakikatnya kita ada undang-undang, mengapa mereka begitu jahat menuduh tanpa bertindak bijak mendengar laporan audit negara mengenai perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri tersebut? Sekiranya benar JPM berbelanja tidak mengikut prosedur kewangan Akauntansi Negara, pegawai malahan menteri terlibat boleh disabitkan kesalahan.

Perbelanjaan peribadi Rosmah ketika diluar negara Taming Sari yakin adalah keluar dari wang peribadinya sendiri.  Kemukankanlah bukti yang kukuh jika ada baucar-baucar bayaran yang mana di dalam perbelanjaan JPM membuktikan Rosmah berbelanja kepada agenda peribadinya?

Siri baru PKR dan semua pemimpin pembangkang menghentam bajet 2011 adalah usaha jahat mereka mahu menjatuhkan kredibiliti DS Najib Tun Razak ketika PRU13 nanti.

Wallahhualam.

Penulis,




1 ulasan:

udanggalah berkata...

Harap Rosmah bersabar dan teruskan usaha bermanfaat buat rakyat..Sehingga kini belum ada yang elok dimata pembangkang terhadap isteri PM ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif