Isnin, 25 Oktober 2010

Video Iklan Raya "Pak Aji Santa Klaus" Yang Meng"Dajjal"kan TV3


Menurut laporan Utusan Malaysia 22.10.2010: 
Stesen televisyen TV3 dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan Sinari Lebaran sempena Hari Raya Aidilfitri lalu yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, SKMM telah menyiasat aduan orang ramai berhubung iklan itu dan mengambil tindakan terhadap TV3.
"Tindakan diambil mengikut Seksyen 206 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) yang ingin mengetahui tindakan yang telah diambil terhadap TV3 berhubung penyiaran iklan itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Zulkifli berhubung tindakan pendakwaan yang tidak dilakukan terhadap Wee Meng Chee atau Namewee kerana menghasilkan klip video berbaur perkauman, Joseph berkata, kementerian itu telah mengambil tindakan sewajarnya.
"Tetapi SKMM tiada kuasa untuk membawa ke mahkamah dan hanya boleh memberi siasatan kepada Peguam Negara. Itu terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan," katanya.
Joseph berkata, penguatkuasaan berkaitan hasutan agama dan perkauman menerusi media elektronik dan siber terkandung di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kesalahan di bawah akta itu bukan hanya tertumpu kepada kandungan artikel yang ditulis dan disiarkan dalam laman-laman itu oleh pemilik laman atau penulis yang menghantar penulisan mereka ke laman tersebut.
"Malah, pengunjung yang melawat laman itu yang berinteraksi serta menghantar komen yang menyentuh agama dan perkauman juga adalah mereka yang melanggar undang-undang," katanya.

Moga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk tidak mengulangi kesilapan TV3 ini.

Taming Sari amat berbangga dengan tindakan segera pihak berwajib. Walaubagaimanapun tahniah kerana cetusan dan kutukan ini bermula dengan hebahan blogger dan kemudiannya terus dipersebarkan sehingga mendapat respon dari kementerian berwajib. TV3 walaupun sudah meminta maaf perlu menerima hukuman setimpal.

Inilah perjuangan blogger di alam maya.

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

udanggalah berkata...

SKMM perlu saksama dalam mengambil tindakan.Semoga tindakan yang dikenakan terhadap TV3 menjadi contoh kepada semua media.

Tanpa Nama berkata...

padan muka tv3.. ambil la orang melayu islam buat story board iklan untuk raya puasa.. kalau orang cina tu sesuai la dengan perayaan tahun baru cina.. kalau orang cina buat kerja org islam ni la jadinya.. itu iklan belum kira bab industri makanan dan lain2.. ingat lagi bab kulit sosej babi.. punca pon orang islam yg ada kuasa tapi sambil lewa buat kerja..

fahmie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif