Rabu, 20 Oktober 2010

Warisan Mahadhir dan Warisan Pak Lah : Banyak Perbezaannya


Seperti yang apa yang Taming Sari olah dalam satu posting Taming Sari bertajuk Mewarisi Kerusi Pengerusi BN Selepas Pak Lah Ibarat Mewarisi Kota Acheh Selepas Tsunami, Taming Sari ingin terus mengolah satu lagi situasi supaya pembaca sedar, apa yang diwaris Najib kini adalah satu watikah yang penuh ranjau dan duri.

Apa yang dikatakan sebagai "Ditelan mati emak, diluah mati ayah" menjadi igauan DS Najib di dalam usahanya meneruskan perjuangan UMNO, Barisan Nasional dan negara. Dilema ini tercetus apabila watikah yang diwarisinya tidak dijaga sebaiknya dulu oleh Pak Lah sehingga pelbagai onak dan cabaran kini datang menimpa-nimpa.

Watikah yang diwarisi Pak Lah dari Tun Mahadhir amat berbeza dengan apa yang diserahkannya kepada DS Najib. Kalau kita singkap semula sejarah bermulanya pemerintahan Pak Lah, Semuanya sudah diaturkan serba sempurna oleh Tun M. Antara perkara-perkara yang sudah dibina dengan baiknya ketika zaman Tun M yang diwariskan kepada Pak Lah ialah:

1. Ancaman dalam dari DS Anwar Ibrahim.

Inilah perkara pertama yang paling penting Tun M lakukan bagi mengelak Anwar yang Tun M sudah jangkakan mampu mengugat kestabilan politik negara. Memenjarakan Anwar adalah satu daripada cara yang Tun M lakukan bagi menghentikan serangan tesebut. Tindakan ini bukan satu kezaliman buat Anwar kerana Tun M amat mengenali Anwar yang terlibat dengan salahlaku seksual dan beberapa pekara yang mengancam keselamatan negara.

Apa yang dilakukan Pak Lah, amat mengejutkan Tun M. Khabarnya Wan Azizah, isteri Anwar sering kali bertemu Pak Lah, memujuk dan merayu agar Pak Lah melepaskan Anwar dengan alasan peribadi yang tidak konkrit. Oleh kerana sifat Pak Lah yang "slow" ini, khabarnya kesilapan teknikal mahkamah bagi melepaskan Anwar adalah berpunca dari desakan Pak Lah sendiri mahu melepaskan Anwar. Akhirnya Anwar dibebaskan dan segala tuduhan termasuk tuduhan liwat digugurkan. Namun kesannya, Anwar menganas semula dan hampir menjatuhkan pemerintahan Pak Lah pada PRU12. Di kala itu, barulah Pak Lah sedar, Anwar bukan boleh dibuat kawan kerana dia ini mudah melupakan jasa orang.

2. Ancaman dari Singapura dan Jambatan Bengkok mengantikan tambak Johor

Tun M terkenal sebagai pemimpin Asean yang sangat tegas sehinggakan negara Asean amat menghormatinya termasuk Singapura. Cadangan Malaysia mahu mewujudkan satu Jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau di perairan Johor adalah satu idea bernas membolehkan kapal sederhana besar lalu dibawahnya tanpa perlu berpusing kepulauan Singapura untuk ke arah barat atau timur. Walaupun cadangan itu ditentang oleh Singapura, namun Malaysia berpandangan, satu impak besar dalam ekonomi Johor bakal berlaku selepas kapal mampu melayari Selat Tebrau. Bajet membuat jambatan tersebut dikongsi bersama Singapura mengikut jarak sempadan masing-masing. Bagi Malaysia, jika Singapura menolak untuk membina jambatan tesebut, Malaysia tetap mahu melaksanakannya dan disambung ke tambak johor sediaada di sempadan Singapura. Pak Lah hanya diminta untuk meneruskan sahaja misi ini.

Apa yang Pak Lah lakukan jauh berbeza. Akibat desakan kuat Singapura, Pak Lah akhirnya akur dan menghentikan projek Jambatan itu walaupun khabarnya sudah hampir 20% projek itu sudah dijalankan. Alasan yang diberikan adalah, Singapura telah memberi kata dua iaitu jika projek diteruskan, Malaysia perlu bersetuju ruang udara Malaysia digunakan oleh Singapura dan membenarkan pasir dari Malaysia masuk ke Singapura dengan lebih mudah. Dua pemintaan Singapura ini tidak dipersetujui Malaysia dan dengan memikirkan soal keselamatan negara, Pak Lah menghentikannya serta merta. Keputusan inilah yang amat dimarahi oleh Tun M.

3. Malaysia sudah berkembang ke era pemodenan.

Tun M adalah ikon PM yang sangat berani dan optimistik. Pembinaan berberapa projek mega seperti jambatan P. Pinang, lebuhraya PLUS dan pelbagai lebuh raya lain, pembinaan Menara KL, KLCC, Litar F1, dan Kompleks Sukan Bukti Jalil, KLIA dan Sistem transit aliran ringan (LRT), monorel, SMART, Putrajaya, Cyberjaya, Petronas, Proton, Modenas, Perodua dan pelbagai lagi projek pembangunan yang amat berguna meliputi segala sektor. Semuanya telah terbina dengan gahnya dan ia memang amat berguna kepada peningkatan ekonomi negara semasa.

Pak Lah semasa pemerintahan bertindak sebagai penguna sahaja kepada apa yang sudah dibina oleh Tun M. Sebagai pelengkap, Pak Lah menukar dari corak tumpuan ekonomi negara dari perindustrian ke sektor pertanian. Namun usahanya tidak kemana kerana kebergantugan negara kepada sektor ekonomi berasaskan komoditi hanya mengapungkan nasib ekonomi Malaysia kepada nilai tukaran komoditi di pasaran antarabangsa. Pak lah juga tidak membina apa-apa projek pembangunan dengan alasan, Malaysia sudah ada semuanya.

Pada permulaanya Pak Lah yang hadir bagi menerajui negara, berimej islamik malah salasilahnya Pak Lah juga berketurunan ulama tersohor menyebabkan pengundi PAS dan PKR memilih untuk mengundi BN pada PRU11 sehingga BN mampu menang besar di kerusi Parlimen dan membentuk 2/3 majoriti. Di semua DUN negeri BN berjaya menguasainya dan perbezaan satu kerusi di DUN Kelantan hampir-hampir menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.

Namun, menjelang PRU12, keadaan berbeza. Kelalaian Pak Lah akibat dibuai dengan kemewahan selepas mewarisi kerusi no. 1 negara yang amat empuk dari Tun M dan  kemudian rakyat pula menyediakan tampuk pemerintahan yang cukup selesa di Parlimen dan DUN akibatnya, PRU12 menjadi satu tsunami yang menengelamkan seluruh empayar BN.  Mereka dihukum dengan kejamnya oleh pengundi. Bahtera BN digambarkan sudah bocor melata dan busuk disimbah najis penghinaan serta krewnya juga bergaduh sesama sendiri sehinggakan Pak Lah semakin lemah untuk memperbaikinya. 

Bahtera 'hodoh' inilah yang Pak Lah wariskan kepada DS Najib. Pembaca bayangkan bagaimana sukarnya DS Najib mahu membaikinya. Tempoh sebelum PRU13 adalah masa yang ada untuk DS Najib memulihkannya. Bukan calang-calang orang mampu memulihkan keadaan ini tambahan pula sekali kita menampal kebocoran itu, ada lagi tangan luar cuba membocorkannya semula.

Taming Sari amat bersimpati dengan DS Najib dan disebabkan itu, pembaca juga harus faham dengan situasi dan kekangan yang dihadapinya. DS Najib sudah berusaha sedaya upaya bagi memperbaiki empayar BN sekaligus meneruskan agenda pembangunan negara. 

Marilah sama-sama kita memberikannya sokongan dan dorongan. 

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

udanggalah berkata...

Pak Lah ibarat melepaskan seekor singa luka(Anwar).Tun Mahathir boleh keluar UMNO?...macam tak masuk akal..
Sepatutnya Tun Mahathir pilih DS Najib sebagai penggantinya...
Segalanya dah berlaku.DS Najib hadapi ujian getir.Sesungguhnya Allah akan melindungi orang-orang yang sabar..

mindanelayan berkata...

Manusia kadang-kadang terlena diulit mimpi apabila berada diatas tanpa melihat semula ke bawah.. inilah yang berlaku semasa Pak Lah.. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah bersama-sama DS Najib membangunkan semula negara..


JOM JOIN BIZ NI.. TAK DE DOWNLINE PON STILL DAPAT UNTUNG LAGI..
http://www.PeluangBaik.com/hardyzs
http://www.RezekiBaru.Com/hardyzs
Tak tipu punye.. 1st come 1st serve..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif