Khamis, 11 November 2010

13 Mei Sebagai Hari Perpaduan : Kit Siang Kata Ini Cadangan Bebaur Hasutan

Dalam Haprakdaily hari ini menulis kenyataan Kit Siang yang buta hati mencadangkan agar Utusan Malaysia dikenakan tindakan oleh KDN kerana mengeluarkan keratan berita yang berbaur hasutan.

Antara kenyataannya adalah :
.......Laporan bertajuk "Syor 13 Mei hari perpaduan" dalam akhbar itu katanya hanya mewujudkan kebencian antara kaum.
"Semalam Utusan Malaysia ada mengeluarkan satu laporan yang menyifatkan 13 Mei satu tarikh keramat dan perlu disambut meskipun ianya satu hari hitam dalam sejarah Malaysia di mana nyawa semua kaum terkorban.
"Bukankah ini merupakan satu hasutan dan sangat berbahaya? Apa pandangan Menteri dan adakah ianya satu tajuk berita yang perlu dikaji oleh jawatankuasa sensitiviti kerana Utusan Malaysia dianggap sebagai lidah rasmi Umno.
"Adakah ini pendirian Umno dan Barisan Nasional dan bolehkah ada satu sikap yang serius untuk mengutuk laporan seperti ini," kata beliau............

Baca selanjutnya di sini.

Pembaca sekalian. Bagi Taming Sari tidak ada apa yang mengancam dan berbaur hasutan seperti yang digambarkan oleh Kit Siang atas kenyataan Utusan itu.



13 Mei adalah tarikh hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pada hari itu kaum Melayu dan Cina bergaduh besar hasil kerana orang Cina lupa diri dan menghina orang-orang Melayu. DAP-lah parti yang bertanggungjawab mewujudkan rasa kurang senang dikalangan orang Melayu sehingga penyokong DAP yang ketika itu mengadakan perarakan sapu Melayu diserang oleh orang-orang Melayu. DAP yang bertunjangkan PAP Singapura memang mempunyai hasrat tersendiri menidakkan hak Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini. Singapura dirampas oleh Cina harbi ini adalah cetusan PAP yang menghuru-harakan perpaduan kaum. Baca sini.

Cadangan Utusan untuk menjadikan tarikh itu sebagai Hari Perpaduan langsung tidak mendatangkan kemarahan kepada sesiapa melainkan Kit Siang yang rasa diperli kerana DAP-lah pencetus kepada rusuhan itu. Bagi Taming Sari cadangan Utusan itu satu cadangan yang baik kerana dengan menjadikan hari itu sebagai simbolik hari perpaduan, semua kaum boleh menjadikan ia ikhtibar bahawasanya jika sensitiviti sesuatu kaum itu cuba dipermainkan, maka kejadian seperti yang berlaku pada 13 Mei bila-bila maca sahaja boleh berlaku semula.

Kit Siang sengaja mencari kesilapan orang lain untuk menutup kesilapan diri sendiri. Sepatutnya dia sendiri sudah dikenakan tindakan di bawah akta hasutan dengan kenyataannya seperti yang dikatanya di dalam video di bawah :



DAP sebenarnya takut apabila rakyat Malaysia menyambut hari tersebut sebagai hari perpaduan maka tembelang mereka yang menjadi dalang kepada peristiwa itu akan pecah. Apakan tidak, pasti tiap kali tiba tarikh tersebut pasti akan ada sesi mengingati peristiwa itu dan satu persatu fakta kes akan diceritakan semula. Dikala itu pasti saham DAP akan semakin menurun kerana semua orang akan tahu, DAP-lah pari hasutan paling jahat, rasis dan anti Melayu-Islam.

Taming Sari menyokong sepenuhnya jika 13 Mei disambut sebagai Hari Perpaduan.

Wallahhualam.

Penulis,




2 ulasan:

zethro berkata...

pihak SPR sepatutnya menimbang balik penyertaan DAP sebagai parti politik kerana jelas parti ni merupakan sebuah parti anti-perlembagaan dan saya cadangkan supaya ahli2 DAP ni ditarik balik kerakyatan mereka sebagai warga Malaysia kerana mempertikaikan perlembagaan negara yang telah termaktub sejak merdeka lagi.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan hari perpaduan itu adalah baik. Ia sekadar cadangan. DAP juga sering buat cadangan termasuk yang boleh dianggap berbaur hasutan. Makanya kalau kita cakap tidak serupa bikin jangan ajak orang bikin apa yang kita sendiri tidak mampu bikin.

Bagi generasi baru 13 Mei tidak membawa maksud hitam atau putih. Yang percaya 13 Mei adalah hari hitam kerana berasakan kehitaman tarikh berkenaan ada kaitan dengan sejarah silam mereka. Kalau boleh biar mereka saja yang tahu mengenainya.

Sejarah silam perlu ditinggalkan tetapi yang di bawa ke hadapan adalah pengajarannya. Menyapu sejarah hitam di bawah karpet dalam era internet tidak akan sama sekali memadamkannya. Apa pun LKS boleh cuba dan itu hak dia.

he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif