Khamis, 11 November 2010

Air Bersih di Kelantan Tunggu 17 Tahun Lagi ?

Sesuatu yang tidak mengejutkan. Kalau beginilah keadaannya, sukarlah Kelantan untuk maju. Air adalah tuntutan asas paling penting buat rakyat yang menjadi tangungjawab kerajaan semua negeri menyediakannya untuk rakyat.

Implikasi ketiadaan penyaluran air yang bersih kepada sesebuah negeri ini sangat banyak. Kesan negatif tersebut terbahagi kepada impak sosial dan impak ekonomi. Secara terperincinya, air adalah signifikan kepada masyarakat dan masyarakat pula berkaitan dengan ekonomi.

Kesan negatif kepada sosial adalah masyarakat tidak dapat sumber air yang bersih dan dirawat menyebabkan mereka terdedah dengan air yang berpenyakit. Jika mereka mengunakan air perigi moden (sistem borring) mungkin risiko ini kurang, namun itu semua bukan jaminan kerana sekarang ini pelbagai penyakit era baru sudah muncul.

Penyakit bawaan air seperti taun dan penyakit kencing tikus amat berbahaya dan boleh membawa maut. Kesan ini secara langsung kepada penguna yang mengunakan air dari sumber air sungai. Terlalu jahilnya seorang yang berhujah mengatakan orang dulu boleh hidup tanpa sebarang sakit walaupun mengunakan air sungai kenapa hari ini tidak boleh? Mereka yang berhujah sedemikian perlu ingat, sungai kini bukan seperti sungai dulu. Sungai kini dicemari dengan bahan kimia dari baja pertanian yang digunakan petani masa kini. Keadaan ini menjelaskan senario yang ada di Kelantan sekarang ini.

Kesan dari segi ekonominya pula, ia akan memberi impak kepada keputusan pelaburan FDI di sini. Tidak perlu tunggu FDI, pelabur tempatan sendiri takut untuk melabur ke Kelantan. Utiliti air sangat diperlukan di semua kilang tambahan kilang berskala besar dan kilang pemprosesan makanan. Kilang pemprosesan makanan perlukan bekalan air yang mencukupi dan mampukah kerajaan negeri Kelantan menjamin bekalan yang cukup dan tidak terganggu? Di kala ini pun sudah banyak aduan dan masalah gangguan bekalan air, masakan kerajaan negeri mampu memberi jaminan sebegitu. 

Seperti yang dijelaskan oleh orang bertangungjawab bagi penyediaan air bersih di Kelantan di dalam sidang DUN Kelantan, ialah :

Rakyat negeri ini terutama di kawasan luar bandar terpaksa menunggu selama 17 tahun lagi untuk menerima bekalan air bersih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri melalui syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) sedang berusaha bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke seluruh negeri dalam tempoh tersebut.

"Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027," katanya ketika menjawab soalan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Halim dalam soalannya meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sama ada kerajaan Pas Kelantan bercadang untuk menyediakan bekalan air bersih di setiap kampung di negeri ini dan bila masalah tersebut akan dapat diselesaikan.

Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan.

Sebelum ini, kerajaan Pas Kelantan telah membuat pelbagai kenyataan selepas diasak oleh pelbagai pihak ekoran kegagalan mereka untuk menguruskan air di negeri ini.

Pada 4 September 2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

Pengurus Hal Ehwal Pelanggan AKSB ketika itu, Nik Raihan Abd. Rahman berkata, masalah seperti tekanan air rendah dan kualiti air yang berkarat akan dapat diatasi dalam tempoh berkenaan.

Tiga tahun kemudian, pada Sidang DUN 14 November 2006, Md. Anizam dilaporkan berkata, kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010.

Beliau pada 22 Mei tahun lalu sekali lagi menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pedalaman untuk dibina pam air yang diimport dari Denmark.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Muhammad Mustafa (Pas-Demit), Md. Anizam berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM36.9 juta pada tahun lalu untuk membina kemudahan kepada rakyat seperti pembinaan masjid, jalan, membina dan memperbaiki rumah.

"Bagi membina dan memperbaiki jalan kampung, pada 2008 kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta; 2009 (RM10 juta) dan 2010 sebanyak RM10 juta.

Rakyat Kelantan sebenarnya sudah boleh membuat pilihan. Takkan lagi mereka mahu membiarkan generasi masa depan terus hidup melarat dengan kemudahan paling asas pun terpaksa dicari sendiri. 17 tahun lagi bukan singkat tetapi jauh lagi dan sanggupkan kita semua merana menantinya. Janji itu pun belum pasti.

Hakikat sebenarnya, rakyat sekarang ini tidak perlu fikir soal air. Apa yang perlu difikirkan adalah soal bagaimana mahu memajukan ekonomi negeri dan negara. Tinggalkan tangungjawab memikirkannya itu kepada kerajaan negeri. Apabila kerajaan negeri seperti di Kelantan ini tidak mengambil inisiatif untuk memajukan pembekalan air Kelantan, ini bermakna mereka gagal melaksanakan amanah ini serta telah mengkhianatinya. 

Kelantan perlukan satu "maha islah" jika mereka mahu ekonomi negeri ini terus dipacu.

Wallahhualam.

Penulis,


5 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

tahun 2027 syarikat Denmark dah bungkus lak. nak tunggu syarikat baru ditubuhkan 2037 untuk buat perjanjian baru yang akan dilaksanakan pada 2047. heheehehehe

Aku Yang Bingai
Satu Ahli Satu Undi di TendangTerajang

Harapan air paip berkata...

PAK CIK DOK BACHOK..
KAMPUNG PAK CIK HANYO ADO BATANG PAIP AJO... AIR PAIP KRAJOAN TAK DOP.. BANYOK TAHUN DOH.. BANYOK KALI DOH MASUK TV.. DIA ORANG XDOP BUAT APO PUN..
LONI PAK CIK KOREK LAGO,,, JADI TAK TEHE DUK KARA AIR TLAGO,GUNO EJIN AIE LEKTRIK LA PULOK...

Tanpa Nama berkata...

Kawe di Ipoh.

Kawe dok se isu air2 bersih ni.

Kawe nok hok paling isle jah.

Hok dunia ni, dikit2 cukup ah.

Yg penting, hok paling isle, mano dio dudu?

Yeop PAH

huddin berkata...

berita baik ....boleh jadi usahawan menjual water filter kat kelantan.. ade sesiapa yang berminat nak share bisnes.

armouris berkata...

info tentang kencing tikus di SIHAT SELALU - Kencing Tikus (Leptospirosis)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif