Isnin, 8 November 2010

Ajar PAS Menari: Adaptasi Dari Blog PAS

Tulisan dibawah diadaptasi dari blog hamirdi (Gambar)

Seperti biasa bila kalah pilihan raya macam macam analsis yang keluar, semua tunjukkan analisis ini dan analsis itu. Semua tunjukkan ini sekian peratus dan itu sekian peratus. Semuanya setelah keputusan diketahui. Sebelum ada keputusan, sebelum ada penamaan calon, sebelum ada pilihanraya, tidak ada pun yang menyatakan macam mana nak menang pilihanraya, apakah faktor yang memberi kemenangan.

Politik, dan proses pilihanraya adalah satu exercise persepsi. Apa yang perlu ialah persepsi anda itu disolekkan supaya kelihatan menawan kepada pengundi, dan pengundi tidak keberatan untuk memilih anda atau parti anda. Itu sahaja.

Sekiranya BN menang di Galas dan Batu Sapi, ia adalah sesuatu yang bukan diluar jangkaan. Kalau BN kalah di Batu Sapi, itu adalah satu kejutan besau. Kalau BN kalah di Galas sedang Ku Li mengemudi jentera pilihanraya, itu adalah petaka bagi BN. Kalau BN menang di Galas, itu tidak berada diluar jangkaan.

Semua faktor yang telah dianalisis oleh semua penganalisis tentang mengapa PAS kalah di Galas, saya tidak tolak. Cuma apa yang saya ingin beri pimpinan PAS paham, kalau mereka mau paham ialah tidak semua pengundi mempunyai keinteletualan tinggi sehingga memahami filosofi perjuangan PAS yang berteraskan 'aqidah. Untuk memilih PAS dalam pilihanaraya berdasarkan perjuangan PAS memerlukan tahap keinteletualan yang tinggi dan ia sangat akademik. Yang memisahkan antara PAS dan UMNO adalah satu pemisah yang sangat akademik. Tidak semua pengundi yang mampu berada ditahap yang sedemikian.

Kebanyakan orang dan pengundi lebih mementingkan perut dan material. Kalau PAS boleh isi perut mereka secukupnya, dan boleh mendatangkan kemajuan material kepada mereka, maka PAS menjadi pilihan mereka. Maka apa yang PAS perlu lakukan ialah menyolek diri mereka agar kelihatan berjaya mengisi perut dan memajukan material pengundi.

Untuk lakukan ini, kerajaan PAS seperti di Kelantan dan Kedah hendaklah boleh membuat duit. Buat duit banyak banyak. Bukan ambil duit dari rakyat dan mengenakan cukai cukai kepada rakyat. Untuk buat duit inilah pemimpin PAS bengang. Tidak tahu macam mana caranya. Pernah saya nyatakan perkara ini kepada pemimpin ranking PAS kira kira lima enambelas tahun yang lepas, tetapi pandangan awal beliau amat negatif sekali, sebab katanya, kita tidak boleh buat itu dan kita tidak bolehbuat ini sebab riba'. Itulah namanya pemimpin benak. Bukan kah Islam sediakan fiqh? Majukan fiqh semasa agar kemajuan dicapai, riba' dikecai.

Kelantan dan Kedah punyai ribuan potensi yang membolehkan kerajaan negeri masing masing buat duit dengan banyak. Dalam tulisan yang dulu dulu saya dah cadangkan agar ajak dewan perniagaan Cina untuk beri pertunjuk bagaimana nak buat duit. Tentunya dengan jalan yang halal. Saya cadangkan sedemikian adalah kerana mereka yang punyai business acumen sahaja yang mampu melihat disebalikm tabir bagaimana untuk buat duit.

Bila dah buat duit, belanjakan untuk kemajuan material rakyat. Rakyat yang sememang menari dengan rentak material, maka kemajuan material yang perlu digunakan untuk menyolek persepsi parti dan perjuangan.

Menari jenis ini memang perlu diajar.

Sumber : Blog Pro PAS

Kata Taming Sari : Memang benar apa yang dikatakan, PAS memang tidak tahu memerintah dan merencana ekonomi. PAS hanya mampu mengekalkan kuasa melalui bayangan Islamnya sedangkan tiada langsung pelaksaan syariat Islam secara serius dilakukan mereka di negeri Kedah dan Kelantan. 

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

udanggalah berkata...

Salam...Mereka hanya tahu komplen kerajaan BN.Tidak ada dalam otak mereka macamana nak majukan negeri bila memerintah,yang dia orang tahu perabih apa yang ada sampai licin,bila dah licin...nganga..
Pasal tu PAS pada awalnya dimajukan dengan kutipan derma masa ceramah..Ada juga yang pandai buat duit,tapi untuk poket sendiri...Ramai yang dah kaya tapi kedekut ..Tak tahulah bila hasil negeri dah habis nak korek mana lagi...?

Tanpa Nama berkata...

PAS memang tak mahu belajar dari kesalahan dan kesilapannya mengenai pemerintahan. Tapi depa keras kepala. Macammana nak tahan lama jadi pemerintah.

Di Kedah, semua peniaga Cina, terutama syarikat hartanah, PAS tekan depa sampai nak bergerak pun tak boleh. Kerana nak jaga hati pengundi Melayu PAS buat dasar yangtidakmenguntungkan orang Cina. Depa sedang bergelut juga, macam mana nak jaga undi Cina. Kapada Pengundi Cina, mereka mengharapkan isu yang akan di bawa oleh PKR. Kena dengan gayanya, depa dapat pertahan undi Cina. Jika tidak PAS kalah di Kedah.

Demikian juga dengan pengundi India yang hari ini mereka merasa tertipu dengan janji menifesto PAS atau PR. Satelah lebih dua tahun kaum India belum menerima sebarang ganjaran baik yang menguntungkan mereka. Pejuang kaum India, macam Gobalakrisnan yang amat berani berjuang untuk kaum India, terkunci mulut nak bercakap bagi pihak kaum India. ADUN Bukit Selambau dari kaum India sepatah haram tidak berjuang bagi pihak kaum India. Yang dia tahu nak berniaga. Memang dulu dia ni peniaga kereta di Sg Patani. Jadinya, PAS sekarang bimbang dengan undi kaum India yang tidak tahu kemana mereka akan sokong dalam PRU13.

Perubahan-perubahan minat ini agak membimbangkan PAS di Kedah. Hanya yang PAS harapkan calun PAS dari Dewan Penyokong PAS yang bukan Islam yang mungkin dapat menarik undi kapada PAS dari kalangan kaum India dan kaum Cina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif