Isnin, 8 November 2010

Anda Diganggu Lembaga Hitam ? Atasinya Dengan........


Tajuk di atas tidak ada kaitan sebenarnya dengan kisah mistik. Cuma Taming Sari tertarik dengan iklan MyCoID yang sering keluar di Televisyen. Semua agensi kerajaan boleh diakses dengan MyCoID yang digambarkan dengan lelaki ala samseng berbaju hitam. Anda boleh saksikan lagi iklan itu di sini :


Pemudah, pasukan petugas khas negara bagi mempermudah semua aspek penyelesaian urusan di Malaysia, memperkenalkan rujukan satu nombor tunggal yang dipanggil MyCoID.


Sebagai permulaan, mulai 1 Julai, rujukan nombor tunggal itu digunakan bagi lima agensi, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Semua agensi lain akan menggunakan nombor rujukan ini secara berperingkat, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sektretariat Pemudah. MyCoID ialah nombor pengenalan entiti perniagaan yang digunakan apabila berurusan dengan agensi kerajaan.

Ia nombor pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi syarikat, pemilik tunggal dan perkongsian. Syarikat sedia ada (yang mendaftar sebelum 1 Julai 2009) boleh menggunakan nombor pendaftaran sebagai MyCoID apabila berurusan dengan LHDN, KWSP dan HRDF mulai 1 September.


Bagaimanapun, bagi KDRM dan Perkeso, hanya boleh menggunakan nombor pendaftaran SSM masing-masing sebagai MyCOID mulai 1 Januari 2010. Semoga MyCoID memberi satu inisaiatif baru dalam dunia pengkomersialan dan membantu mewujudkan syarikat-syarikat baru yang mampu bersaing di arena perniagaan. 

MyCoID adalah salah satu usaha kerajaan mengurangkan birokrasi agensi-agensinya terutamanya kepada mereka yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka.

Paling penting, MyCoID adalah salah satu usaha kerajaan mengurangkan birokrasi agensi-agensinya terutamanya kepada mereka yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif