Jumaat, 5 November 2010

Anwar, Ansari dan Jatuh Laut Di Batu Sapi

Nampaknya hasrat Anwar Ibrahim hendak menakhluk Sabah melalui panglimanya, Ansari Abdullah dalam pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi tak kesampaian juga.

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti besar, 6,359 undi mengalahkan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee 2,031 undi dan Ansari sendiri sebanyak 3,414 undi.

Pemerhati politik Sabah mengatakan yang Ansari adalah nama asing bagi kawasan Batu Sapi.

Halaman politik dan berak kencingnya nun di Tuaran. Dibanding dengan Datuk Yong Teck Lee, ibarat tanah sekangkang kera, kangkang politik Ansari di sana tidak bertambah baik sejak dua kali PRU.

Sebenarnya dah banyak tanda-tanda yang menunjukkan dirinya akan tumbang dalam pilihanraya itu tapi biasalah, Anwar kan pandai dalam memotivasikan panglima-panglimanya, termasuklah Ansari sendiri.

Kadang-kadang simpati juga pada Ansari yang punya ligat berkempen sampai dua kali terjunam ke dalam laut dalam tempoh tidak sampai tiga hari.

Terbaru beliau terjatuh ke dalam Laut Sulu apabila lantai kayu titi setinggi tiga meter yang menghubungkan Kg Gas runtuh.

Ansari mengalami calar-calar pada lutut dan juga dada.

Beliau kemudian membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan di Hospital The Duchess of Kent.

Tiga hari sebelum itu, Ansari,56, yang juga merupakan seorang peguam mengalami nasib yang sama ketika berkempen di Pulau Api Api.

Ketika kejadian itu berlaku, Ansari dan yang lain-lain sedang mengiringi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ke rumah salah seorang penduduk pada lebih kurang jam 3 petang.

Khalid yang berjalan di hadapan telah pun memasuki salah sebuah rumah penduduk kampung itu tetapi Ansari bersama tiga yang lain tiba-tiba terjatuh ke laut apabila lantai titi itu pecah dan patah dua.

Mereka kemudiannya dengan bantuan orang ramai serta penduduk kampung berkenaan dibawa naik ke atas.

Malangnya orang yang bernama Ansari ni bukannya nak bersyukur kerana terselamat dari maut, tetapi beliau menyalahkan BN pula kerana gagal memperbaiki taraf kehidupan masyarakat kampung berkenaan.

Malah Ansari turut menyalahkan Hospital Sandakan kerana kononnya tidak dapat mengesan keretakan pada tulang rusuknya sedangkan pakar radiologi hospital itu telah memeriksa laporan X-Ray dan mendapati tiada sebarang keretakan seperti yang didakwa.

Saya nasihatkan Anwar hentikanlah saja impian untuk menawan Sabah dan Sarawak. Buang masa, tenaga dan air liur saja.

Batu Sapi dah membuktikannya.

Bukannya apa, kalau sebelum ini Ansari terjatuh ke dalam Laut Sulu, takut selepas ini Anwar dan partinya pula akan ‘terhumban’ ke Laut Cina Selatan

Kata orang, biar cegah sebelum parah, betul tak?

Oleh : JEFRI ZACHARIAH

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif