Selasa, 9 November 2010

"At All Cost" : Kenyataan Bekas Orang Kanan Anwar Ini Perlu Dibaca Oleh Seluruh Rakyat Malaysia

Sengaja Taming Sari mengambil sedutan dari ayat-ayat di dalam Blog Zukifli Noordin bekas orang kanan Anwar dan Wan Azizah. Kata-kata ini-lah hujahan tepat mengatakan bahawa PKR adalah sebuah parti yang tidak berprinsip malah tiada harapan untuk memimpin negara. Apatah lagi membawa negara ke puncak kegemilangan seperti yang dilakukan Barisan Nasional. Ikuti sedutan itu di bawah :

Anwar sudah tidak ada pilihan. Zaid perlu dihapuskan "at all cost'. Anwar tahu dia akan ke penjara atas tuduhan meliwat Saiful, dan kali hukumannya akan lebih lama. Mungkin juga tidak kurang 15 tahun. Ini kerana pembelaan Anwar atas kes liwatnya ialah ianya konspirasi Kerajaan Dato' Sri Najib untuk menjatuhkan dia. Dan itulah yang dideangkan oleh Anwar dan anjing-anjing salakannya samada didalam mahupun diluar negara. Dan saksi penting Anwar untuk kononnya membuktikan ini ialah pembantu-pembantu khasnya sendiri iaitu Rahimi dan Rasid. Mereka adalah pegawai yang Anwar sendiri lantik sebagai pembantu khas. Dan mereka sepatutnya orang yang Anwar boleh gunakan. Dan konon cerita mereka ada membuat surat akuan sumpah membabitkan YAB PM.

Tup..tup..takde angin takde ribut kedua-dua saksi penting ini membuat lapuran polis mereka dipaksa dan diperdaya untuk membuat surat akuan sumpah membabitkan YAB PM. Mereka tak disuruh atau diupah oleh sesiapa pun, atas kerelaan dan kesedaran mereka sendiri, mereka mendedahkan bagaimana mereka dipaksa membabitkan YAB PM.

Maka hanguslah cubaan Anwar untuk memalukan YAB PM. Dan hanguslah pembelaan utama Anwar. Dan perjalanan ke Penjara Sg. Buloh sudah semakin hampir. Pengalaman saya menduga Anwar sekarang ini hanya nak mencari timing yang paling sesuai untuk beliau ke penjara. Dan bila beliau ke penjara nanti, beliau memerlukan balaci-balaci yang bersedia membuat apa sahaja untuk berjuang bagi beliau.

Disini Zaid dilihat sebagai penghalang. Zaid tidak boleh dipercayai untuk membela Anwar, kerana Zaid hanya berminat dengan reformasi bukan dengan Anwar. Malahan Zaid sudah membuat kenyataan dia bukan berminat membela Anwar, kerana alasannya 'Anwar dah ramai loyar!'.

Anwar memerlukan balaci yang akan terus menyalak walaupun dia ke penjara. Sebab itu Anwar perlukan Azmin, Nurul Izzah, Sivarasa, Tian Chua, Saifudin Nasution, Johari Abdul, Shamsul Iskandar dan lain-lain tukang salak. Ini adalah anjing-anjing salakan Anwar yang sangat loyalis, yang akan perbuat apa sahaja untuk Anwar "at all cost.

Hari ini sahaja, Zaid di dalam sidang medianya telah memaksa Anwar dan Azmin meninggalkan PKR kerana mereka berdua inilah perosak kepada PKR sedangkan Zaid tidak sedar, PKR bukan sebuah parti perjuangan. 

Jadi terang dan jelas, apa sebenarnya motif PKR yang perlu dihighlight serta dihebahkan kepada warga PKR dan seluruh rakyat Malaysia agar mereka tidak terus tertipu dengan permainan Anwar dan anjing salakannya.

Nilailah dengan akal dan Iman bukan dengan hati yang beremosi kerana kebenaran hanya akan hadir jika kita bersihkan jiwa dan hati kita. 

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif