Jumaat, 12 November 2010

Bahayanya Jika Sentimen Memboikot Media Arus Perdana Diperhebatkan

Taming Sari melihat fenomena ini sungguh membahayakan. Anwar Ibrahim sebenarnya sudah berjaya dan sangat berjaya apabila ramai rakyat yang bersetuju dengannya bahawa media arus perdana pengampu kepada kerajaan dan penyebar fitnah kepada mereka. 

Sejak Anwar dibebaskan sehinggalah dia diangkat menjadi ketua pembangkang, Anwar selalu menegaskan di dalam kempennya agar memboikot media arus perdana terutama Utusan Malaysia, RTM dan TV3. Taming Sari yakin antara faktor mengapa rakyat menolak BN pada PRU12 ada kaitan dengan kempen ini. 

Anwar melihat perkara ini satu peluang kerana dengan membawa masuk rasa ragu di hati rakyat kepada media arus perdana, ia akan menyebabkan rakyat pergi ke media alternatif yang bakal menceritakan perkara sebenar mengenai pembangkang. 

Apa yang Taming Sari perhatikan sepanjang pemerhatian dan kesahihan berita yang diberikan oleh media alternatif ini, ada diantaranya jelas hanya fitnah dan inilah yang Taming Sari risaukan. Apabila kepercayaan rakyat hilang kepada media arus perdana, maka rakyat akan mempercayai berita di media alternatif biarpun  berita yang disebarkan satu fitnah, rakyat akan mempercayai khabar berita dari media alternatif ini. Rakyat sepatutnya turut sedar, media alternatif juga mampu menyebarkan fitnah. Krisis yang berlaku di dalam PKR hari ini yang diceritakan dengan panjang lebar oleh media arus perdana dikatakan fitnah oleh Anwar dan kuncu-kuncunya. Namun ia ternyata benar malah sangat tepat apabila kini memang PKR memiliki krisis kepimpinan yang serius.

Pembaca sekalian, untuk menjadi seorang rakyat yang bijak dan kritis anda perlu menilai kedua-dua media ini. Jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang mengatakan media arus perdana hanya memfitnah lalu meninggalkan terus media arus perdana. Ini satu tindakan silap kerana anda hanya memasukan diri anda ke lembah fitnah yang maha besar jika anda hanya penuhkan pembacaan dan penilitian anda kepada media alternatif. Nilailah berita kepada kedua-dua media ini supaya anda dapat menilai sendiri mana yang benar, mana yang fitnah. 

Kerajaan BN perlu melihat perkara ini secara lebih serius. Berleluasanya media alternatif tanpa kawalan dan tapisan akan menyebabkan satu persatu fitnah disebarkan oleh media alternatif ini berjaya meracuni fikiran rakyat. Tidakkah kita dapat melihat bahawa ia bakal menjadi satu ancaman tersembunyi yang bakal merobohkan semula empayar BN. Krisis kepercayaan rakyat kepada BN tercetus di PRU12 adalah kerana rakyat disebarkan dengan fitnah kepada UMNO dan BN oleh media alternatif. Lihatlah kesan akhirnya.

Walaupun kini dunia blogger bukan lagi dikuasai pembangkang, kerajaan juga perlu melihat perkara ini secara lebih serius dan mengambil tindakan yang lebih berani untuk mengawal semua ini. Semua kaum perlu bersatu bagi menjelaskan semua isu berkaitan supaya setiap tomahan dan fitnah pembangkang dijawab dengan fakta yang benar dan membuktikan media arus perdana bukan menyebarkan fitnah.

Agak-agak anda, mengapa Singapura menguburkan terus media-media alternatif di negaranya?

Wallahhualam.

Penulis,

3 ulasan:

Jeffry berkata...

JGN RISAU BRO..MEDIA ARUS PERDANA SKRG TETAP KRITIKAL DAN TERBUKA. LEBIH2 LAGI DGN TUMBUHNYA MEDIA BARU MCM CENDAWAN LPAS HUJAN. MASING2 ADA KEGEMARAN MASING2. DIORANG BLEY PILIH INFO DARI MANA2 MEDIA YG DIORANG SUKE. SBB TU DLM DUNIA NI ADE HUKUM YG BERLAWANAN. ADA BAIK ADA JAHAT, ADA BETUL ADA YG X BETUL.
JADI DI PIHAK MEDIA ARUS PERDANA ATAU PEMBANGKANG HARUS TAHU BERITA MANA YG PERLU DI HIGHLIGHTKAN DEMI UTK MEMENUHI SELERA PEMBACA/PENGUNJUNG.
DULU PUAK PEMBANGKANG SLALU MERUNGUT TAK DI BERI KEBEBASAN BERSUARA. NAH SKRG SEMUANYA MEREKA DAH RASA SAMPAI DPT TAWAN 4 NEGERI.
KALAU DIORANG RASA MASIH X CUKUP BEBAS, BAIK BERAMBUS KUAR NEGARA.
CARI LAH NEGARA YG LEBIH BEBAS, LEBIH TERBUKA. CARI LAH NEGARA YG BLEY TERIMA CKP2 MEREKA KLU MEREKA RASA MEREKA BENAR BELAKA.
TAK PAYAH PEGI JAUH2. SINGAPORE TU DKT JEK. LEPAS TU CUBA LA HENTAM PLAK PEMERINTAH KOMUNIS KAT SANA DLM BLOG ATAU MEDIA CETAK. ADE DIORANG BERANI? KEHKEHKEH

udanggalah berkata...

Memang kebangkitan PR dalam PRU 12 ada kaitan dengan boikot dan fitnah yang disebar kepada media arus perdana dan semasa itu media siber spt blog dikuasai oleh mereka.Hampir tiada atau sangat sedikit bloggers pro-kerajaan yang dapat membantu menangkis fitnah-fitnah tersebut.Mereka sangka media siber tidak memberi kesan kepada pengundi...rupa-rupanya tsumani politik berlaku hingga 5 negeri ketangan PR...
Sekarang bila dah ada keseimbangan maka pemfitnah tak lagi begitu bermaharajalela....

glu berkata...

tp TV3 semasa pilihanraya kecil baru2
ini memberi liputan yg berlebih-lebihan kpd BN hingga menyakitkan hati org2 BN sendiri. Rakyat sudah cerdik tak payahlah TV3 pun nak jd spt RTM, apakah ini silap percaturan atau sememangnya ia perlu dilapurkan sebegitu. Sedikit ketelusan dan keseimbangan pasti rakyat akan kembali kpd media utama. Lagipun suara TV3 ni kadang2
spt ingin memburukan kerajaan secara halus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif