Khamis, 4 November 2010

BN Sentiasa Releven Dulu, Kini dan Selamanya

Sebelum keputusan diumumkan di Batu Sapi dan Galas hari ini, peperangan alam maya sudahpun merungkai jawapan kemenangan bakal berpihak kepada Barisan Nasional. Setiap isu yang dihujahi pembangkang, diolah, dibalas dan dijawab dengan penuh profesional dan berfakta oleh blogger pro aspirasi kerajaan. Selain itu blogger pro kerajaan juga sibuk menerangkan dasar-dasar baru kerajaan supaya rakyat faham, bahawa BN adalah parti kesatuan semua kaum yang paling tepat untuk dipercayai.

Kekalahan PAS di Galas membuktikan rakyat semakin nampak bahawa PAS sememangnya kejam dan tidak berlaku adil kepada rakyat Kelantan. Taming Sari juga yakin, majoriti 1190 ini pasti disumbangkan oleh orang asli dan orang Cina yang kini sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Nik Ajis dan rakan-rakannya. Keutuhan ekonomi dan sumbangan sektor pembangunan amat didambakan mereka dan mereka amat yakin BN sahaja mampu melaksanakannya buat mereka. Namun paling tepat, kemenangan BN di Galas, digalas oleh pengundi-pengundi Melayu yang tidak bersetuju dengan Nik Aziz yang melacurkan agama kerana berstongkol dengan DAP yang anti Islam. 

Kekalahan PKR dan SAPP di Batu Sapi pula membuktikan rakyat Sabah amnya serta Batu Sapi khususnya tidak pernah menerima perjuangan karut pembangkang terutamanya PKR yang tidak telus serta tidak konsisten dan jelas dalam penyataan misi mereka. Anwar selaku pemain utamanya adalah contoh pemimpin yang kotor dengan kes salahlaku seksual serta melacur semangat patriotisme dengan menceritakan keburukan Malaysia di pentas dunia. Penduduk Sabah yang majoritinya masyarakat bumiputra tidak akan memperjudikan masa depan mereka bersama Anwar kerana Anwar bakal menghapuskan hak bumiputra selepas menduduki kerusi Perdana Menteri kelak. Faktor lain yang mengalahkan calon PKR adalah mereka telah disabotaj oleh ahli parti mereka sendiri kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon di Batu Sapi pada awalnya lagi.    

Barisan Nasional sudah kembali pulih dimata rakyat. Imej mereka yang pernah tercalar akibat kerakusan dan kealphaan kini telahpun dipulihkan. Aura perhimpunan Agong UMNO masih membahang di setiap benak pejuang dan ucapan pengulungan PM telah membakar jiwa-jiwa pengundi sekaligus meyakinkan mereka DS Najib ikhlas dalam merintis perubahan. Konsep dan gagasan 1 Malaysianya sememangnya diterima dengan baik oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Taming Sari mengucapkan tahniah kepada kem Barisan Nasional, kerana berjaya mencipta kejayaan berganda. Kepada YB Galas dan YB Batu Sapi yang baru, tahniah buat anda dan semoga anda dapat menjalankan amanah rakyat dengan sebaik-baik mungkin. 

BN tetap releven, dulu, kini dan selamanya. Hidup BN !!!

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif