Sabtu, 13 November 2010

Bola Sepak Sukan Asia : Malaysia Tetap Menang Walaupun Kalah 3-0


Pasti rakyat Malaysia yang menonton bola sepak sukan asia antara Malaysia dan China menjerit rasa marah akibat ketidak adilan pengadil Australia, Williams Ben yang melayangkan 3 kad merah kepada pemain-pemain Malaysia. Pemain tersebut adalah Mahalli Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunalan. Akibat daripada itu Malaysia digempur oleh 11 pemain China dengan 8 orang pemain Malaysia yang mampu bertahan.

Biarpun Malaysia kalah 3-0 di tangan China, Malaysia tetap menang di hati seluruh rakyat Malaysia kerana semangat yang ditunjukkan mereka menidakkan banyak percubaan pemain China.

Tahniah kepada pasukan negara kita, kerana walaupun kalah, mereka tetap layak ke pusingan kedua kerana kemenangan ke atas Kyrgyzstan tempoh hari membolehkan Malaysia dipilih sebagai pemenag tempat ketiga  terbaik di dalam kumpulan A berbanding kumpulan-kumpulan lain.

Penantian Malaysia 32 tahun akhirnya tercapai dan ini memberi satu kelegaan yang membanggakan kepada seluruh peminat bola sepak Malaysia.

Wallahhualam.

Penulis,

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pengadil senget

ISAC berkata...

Bravo!!!

Kalau ada peluang kita jupa balik Cina dan kalahkan mereka!!!

Cuma kita mara dengan 3 lagi pemain yang menerima kad merah X boleh digunakan kerana digantung perlawanan...

Sebelum ini beberapa orang yang dibawa ke Cina juga cedera seperti Zamani Misbah dan seorang lagi...

Kalau pengalaman Turkey di Piala Dunia 2002 dijadikan sandaran... Selepas dinafikan hak secara tidak adil kena tipu dek pemain Brazil, 2 dibuang padang...Malaysia mungkin berpeluang pergi jauh di kejohanan ini....

Ayuh Malaysia!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau mcm ni cara diorang main..kalah pun, penyokong malaysia boleh tersenyum bangga. Teringat petikan cerita Leftenan Adnan "Mereka mungkin boleh menang tapi jgn kita kalah tak melawan!" Lawan tetap lawan!

Malaysia Boleh!

Tanpa Nama berkata...

tah nye...pengadil pn cam fak je...aku pn bleh jaring gol 80 goal klo dh pengadil dh sblhkn aku....walaupun m 3-0...tp pd aku dorg menang TANPA maruah....

Asam Makruh berkata...

pengadil tak best lah... terlampau sensitif hehe

Tanpa Nama berkata...

pengadil ini ingat bola jaring ke? sensetive giler..kalau cam nie habis player kat epl dapat ked merah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif