Jumaat, 12 November 2010

BTN Diserang Lagi : Tian Chua Tidak Berpuas Hati


Biro Tatanegara sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri ini tidak sepi dikritik oleh pemimpin pembangkang. Terbaru, Tian Chua, MP Batu mengkritik tindakan kerajaan kepada Pegawai BTN yang rasis adalah satu tindakan yang lambat dan tidak serius.

Seperti yang dinyatakannya di dalam Suara Keadilan Online :
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata tindakan yang diambil terhadap pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang menghamburkan kata-kata berunsur perkauman tidak menyelesaikan masalah politik perkauman sempit.
Menurut beliau, pemerintah Umno-Barisan Nasional secara aktif telah mempropaganda dan mempromosikan fahaman politik perkauman yang sempit.
"Kita harap kursus seperti Biro Tata Negara (BTN), kursus yang tidak selaras dengan prinsip berasaskan berbilang kaum dapat dibetulkan dan sahaja melalui slogan 1 Malaysia.
"Kita harap persepsi dan juga fahaman perkauman dapat diperbetulkan di semua peringkat kerajaan," ujar beliau ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Berhubung hukuman yang dikenakan terhadap pegawai kerajaan terbabit, beliau berkata tindakan kerajaan yang lambat bertindak mencerminkan betapa seriusnya masalah tersebut.

Baca selanjutnya di sini.

Tian Chua sengaja mencetuskan lagi polimek baru dalam menghentam BTN kerana sedar, BTN adalah ancaman kepada ideologi pembangkang. Memanjangkan kenyataan peribadi pegawai itu dengan visi BTN adalah satu pendirian berat sebelah dan membuktikan Tian Chua tidak faham peranan BTN. Tian Chua juga jelas tidak faham fungsi BTN kerana tuduhan melulunya mengatakan BTN adalah agen UMNO dan BN adalah tidak tepat dan berniat jahat.

BTN adalah salah sebuah agensi kerajaan yang dipertangungjawabkan bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan melalui kursus-kursus kenegaraannya. Kursus Kenegaraan adalah wajib kepada semua kakitangan awam dan kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Semua dasar itu diperjelaskan termasuk gagasan 1 Malaysia. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai semangat cintakan negara atau patriotisme. BTN juga diperangungjawabkan bagi menjelaskan hak-hak bumiputra kepada seluruh rakyat Malaysia supaya ia terus terpelihara.

Apa yang diragui pembangkang sebenarnya amat jelas kerana BTN juga terlibat dalam mendedahkan ancaman-ancaman kepada negara, bangsa dan agama. Perkara inilah yang ditakuti mereka sebenar-benarnya.   Mengapa? Pembaca sendiri pun tahu jawapannya.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif