Jumaat, 26 November 2010

Budaya Taksub Kepada "Imam PAS" Masih Kekal Di Benak Orang Kelantan


Menurut apa yang dinyatakan di dalam Utusan Malaysia hari :
Kira-kira 500 penduduk Kampung Geting, Tumpat mengadakan demonstrasi secara aman bagi mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memecat imam muda (Rosli) yang bertugas di Masjid As-Somadi di sini hari ini.
Perhimpunan selama tiga jam itu bermula kira-kira pukul 9 pagi di pekarangan Kompleks Balai Islam Lundang di sini sebagai tanda tidak puas hati penduduk terhadap imam muda, Rosli Abdul Latif, 31, yang didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik kerana mengutamakan tugas-tugas lain.
Mereka turut membawa poster 'Allahuakbar Tuanku kekalkan imam tua kami', 'Dato' Wan Konok (Yang Dipertua MAIK) jangan jadi dalang' dan 'Dato' Wan Konok jangan bermain politik'.
Jurucakap penganjur perhimpunan, Abdullah Isa, 64, mendakwa, imam muda yang dilantik sejak dua tahun lalu tidak mengutamakan tanggungjawab di masjid itu sebaliknya sering mengadakan kuliah agama di tempat lain.
"Imam muda tersebut pernah meletakkan jawatannya itu tetapi ditarik semula dan bertugas seperti biasa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pada 5 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan Rosli telah dipulaukan oleh ahli jawatankuasa Masjid As-Somadi gara-gara tindakan bapa mertuanya, Abdullah Sa'amah yang juga pengasas Pondok Geting kerap mengkritik Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah setiap kali imam muda itu mengimamkan solat, ada antara makmum melakukan solat berjemaah dengan imam yang lain secara berasingan di belakang.
Rosli pernah meletakkan jawatannya pada Jun lalu tetapi menarik balik selepas memikirkan beberapa faktor.
Sebelum ini, bapa mertuanya (Rosli) kerap mengkritik Nik Abdul Aziz kerana berpendapat Mursyidul Am Pas itu telah mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam seperti tidak menggalakkan sambutan Maulidur Rasul dan mengatakan Allah pun mencarut.
Sementara itu, Rosli ketika ditemui di pejabat MAIK berkata, beliau masih imam muda yang sah untuk bertugas di Masjid As-Somadi dan belum ada surat mengarahkannya meletakkan jawatan.
Tambahnya, beliau akan terus menjalankan tugasnya selagi MAIK tidak mengeluarkan arahan.
''Saya terkilan apabila ahli jawatankuasa masjid itu tidak memberi peluang kepada saya menjalankan tugas selaku imam muda," katanya.

Kata Taming Sari : 

Apakah jenis budaya dan pegangan yang diajar oleh totok PAS ini apabila sanggup mengadaikan agama semata kepentingan politik murahan mereka. 

Hanya kerana Ust. Rosli tidak sehaluan dengan mereka dan bibik bermula dari bapanya yang kerap mengkritik Nik Ajis laknat itu, orang PAS sanggup mengetepikan prinsip Islam. 

Kepada totok PAS Kelantan yang bengap, Nik Ajis bukannya maksum. Dia juga terdedah untuk melakukan kesalahan. Nak Harapkan korang menegurnya, jangan haraplah. Bagi Taming Sari, Nik Ajis memang sudah melampau dan sangat melampau. Banyak sungguh kenyataan dan keputusannya lebih mendahulukan pengaruh politiknya dari agaran Islam sebenar. Taming Sari amat menyanjung mereka yang berani menegur Nik Ajis ini. Tapi malang, penyokongnya yang totok dan buta hati menambahkan lagi kekusutan yang ada.

Soal  korang totok PAS sekalian sanggup memecahbelahkan jemaah islamiah di dalam masjid hanya kerana alasan politik, adakah korang yakin tindakan korang itu betul? Korang tahu atau tidak bahawa korang sudah tergolong dari golongan yang melampaui batas dan fasiqun?

Semoga Ust. Rosli terus tabah dalam menghadapi masyarakat fasiq yang masih menular di benak orang Kelantan yang sudah dimomok oleh PAS lebih dari 20 tahun ini. 

Harus diingat, Islam boleh bertahan tanpa PAS kerana Islam adalah agama yang syumul, tetapi PAS tidak akan hidup tanpa mempergunakan Islam kerana PAS adalah parti politik murahan yang tidak berkualiti malah sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam itu sendiri.

Rakyat perlu sedar perkara ini terutamanya orang-orang Kelantan.

Wallahhualam.

Penulis,


5 ulasan:

udanggalah berkata...

Salam..Jangan sampai sejarah 'SEMBAHYANG 2 IMAM' kembali berulang.

Tamingsari berkata...

Udang, memang diorang dah sembahyg dua imam dah...

Tu yang aku bengang dengan org PAS nie

CUCU TOK WAN berkata...

diorang bukan lagi taksub, sebaliknya melakukan TAQLID BUTA... sesuatu yang sangat besar kesalahannya dalam berakidah, terutama sekali akidah Islam... kalau Imam As-Syafie sendiri tidak membenarkan manusia bertaqlid kepadanya, apa darjat Nik Aziz sehingga dia tidak melarang sedikit pun para pengikutnya daripada bertaqlid kepadanya...

anehnya, puak-puak ni kalau dilihat daripada gaya berpakaian, macam orang berilmu (alim) dan mengakui faqih dalam bab agama... tapi bab bertaqlid, depa main langgar sesuka hati...

Tanpa Nama berkata...

DAH NAMA PUN AKHIR ZAMAN..
TENGOK SAJA AL-ARQAM..
BAGAIMANA TAKSUBNYA PENGIKUT HINGGA MEMUJA PEMIMPIN SEHINGGA DI FATWA SESAT..
MACAM TU LA JADINYER DENGAN DORANG..
MEREKA AKAN SESAT..
TAPI DISEBABKAN LABEL PARTI POLITIK..
MEREKA-MEREKA TIDAK DAPAT DI FATWAKAN SESAT..
MINTA DATUK HARUN DIN KEMBALI BUKA MATA HATI TUAN GURU DAN PARA PENGIKUTNYA...
BAHAWA "NABI MUHAMMAD S.A.W. TIDAK MAHU DIPUJA2 DIAGUNG2KAN BIARPUN BAGINDA MAQSUM" INIKAN PULA MANUSIA BIASA AKHIR ZAMAN.....

Tanpa Nama berkata...

Saya nak jelaskan isu samseng....
maksud TGNA bermaksud:
"Allah tidak bersifat ngan sifat yang lemah,Allah bersifat ngan sifat yang kuat...

Kita boleh mensabitkan sifat Allah kepada sifat yang bukan lemah"

Maksud TGNA..."Kalau kita samseng ngan Allah,Allah boleh wat samseng lagi dari kita,kalau kita zalim,Allah Zalim lagi dr kita"..

Pesanan Ambo:ngaji agama tue biar habis baru boleh ulas oghe...kalau setakat semaye be...x wat...xyah duk komen ore lar....ngaji lagi deh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif