Rabu, 24 November 2010

Ekspo Cheng Ho Persis Ekspo Konvokesyen Universiti Layaknya


Suasana Kota Bharu ibarat serupa seperti hari-hari biasa. Sibuk dengan kesesakan lalu lintas yang tidak teratur malah keadaan jalan yang berlubang-lubang memburukkan lagi keadaan di sini. Rakyatnya sibuk dengan aktiviti harian mereka bagaikan tidak sedar ada persinggahan saudagar China ke bumi Kelantan pada bulan ini.

Mungkin ada yang masih tidak tahu, PAS Kelantan terkini melalui Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Husam Musa telah menganjurkan Ekspo Cheng Ho di Stadium Muhammad Ke 4 di Kota Bharu di sini. Ekspo itu akan berlangsung pada 21 hingga 26 Disember 2010. Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta MIDA.

Taming Sari amat tertarik dengan konsep ekspo yang dibawa oleh PAS Kelantan ini kerana ia adalah ekspo paling besar yang pernah dianjurkan oleh kerajaan PAS Kelantan selama 20 tahun pemerintahan. Dengan skala yang sama saiznya dengan ekspo-ekspo konvokesyen universiti-universiti, Taming Sari kadang-kadang amat bersimpati dan kagum dengan keazaman pemimpin PAS ini untuk memenangi hati rakyat. Ia sebenarnya lebih kepada rasa menunjuk-nunjuk bahawa mereka telah melakukan "sesuatu" kepada Kelantan. Namun bagi Taming Sari kadang-kala ekspo konvokesyen universiti lebih "havoc" dan berilmiah berbanding ekspo kebanggaan PAS Kelantan ini.

Pengisian Ekspo Cheng Ho ini lebih kepada pertemuan perniagaan, seminar dan pameran. Biarlah PAS dengan keasyikannya sendiri dan paling penting rakyat Kelantan ingin tahu secara telus, apakah kesan langsung yang akan mereka nikmati selepas pelaksanaan ekspo ini kerana difahamkan ekspo ini menelan belanja berjuta ringgit wang rakyat. Apa yang dinyatakan oleh Husam Musa di dalam sidang media adalah terlalu subjektif dan umum. Menurut penyataannya seperti yang dipaparkan oleh Haprakdaily :
"...Enam syarikat gergasi dari China, Kazahstan, hari ini telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Kelantan.
Perjanjian persefahaman yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa bagi pihak kerajaan Kelantan meliputi beberapa bidang khususnya pendidikan.
Selain itu, ianya juga menyentuh soal pelancongan, kesihatan (perubatan tradisional), perdagangan, kebudayaan, sains dan teknologi termasuk kesukanan.
Enam syarikat atau pendidikan terbabit diwakili Universiti Antarabangsa Qinghai, yang diwakili Qi Fumin, Liu Chang Jiang mewakili Government of Zhangjiangchuan Muslim Autonomous Country Gansu Province.
Selain itu Presiden Association Dungan of Kazahstan, Zhu Yan yang mewakili China Council For The Promotion of Internantional Trade Qinghaiu Provincial Committee.
Turut menjayakan perjanjian persefahaman, Ishaq Ma, Setiausaha Agung Persatuan China Muslim dan Presiden Counselor of Public Association Donggang, Junusov Abduljalil Majitovich.
Hasil perjanjian usahawama itu, rakyat Kelantan yang terpilih akan mengikuti pengajian dan kebudayaan China secara percuma di Taiwan.
Ekoran perjanjian itu juga, Kelantan merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai hubungan terus dengan beberapa wilayah di negara China dan Asia Tengah.
Untuk itu, Kerajaan Kelantan akan meningkatkan prestasi dalam bidang ekonomi, kebudayaan Islam, pelancongan dan lain-lain lagi demi untuk kepentingan rakyatnya...."

Tidak nampak penjelasan yang jelas oleh Husam berkaitan impak positif yang berkesan langsung kepada rakyat atas penganjuran ekspo ini selain ada rakyat yang akan terpilih mengikuti pengajian percuma di Taiwan. 6 syarikat gergasi yang disebutkan oleh PAS Kelantan ini pun adalah istitusi pendidikan sahaja dan tidak ada syarikat dari China mewakili bidang-bidang penting terutama peneraju industi berat, atau sederhana berat. Selain itu mereka juga bercadang membina Cheng Ho City yang kononnya menjadi paltform penjualan produk antarabangsa yang akan dibina di Machang Kelantan. Bagi Taming Sari idea ini amat bagus jika diperkemaskan dengan justifikasi yang lebih mendalam berkaitan lokasi dan suntikan pasaran.

Penekanan kepada sektor pendidikan bukanlah satu kerugian namun sebenarnya rakyat Kelantan dambakan pelaburan FDI yang lebih kompetatif ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Harapan mereka dengan penganjuran Ekspo ini diharapkan akan ada syarikat gergasi China yang berani melabur di Kelantan sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat dan membuka peluang pekerjaan di Kota Bharu atau di mana-mana daerah di Kelantan. Tetapi mengenangkan pengisian dan beberapa MOU yang ditandatangani, hasrat rakyat Kelantan itu bagaikan akan terkubur.

Rakyat Kelantan nilailah sendiri pelaksanaan ekspo ini. Tidak dinafikan banyak ilmu baru yang boleh dikorek. Tetapi amat malang jika kesan langsungnya dari segi anjakan ekonomi dan peningkatan taraf hidup tidak dapat direncana walaupun China sebagai sebuah negara berkembang pesat di dalam bidang ekonominya telah diambil contoh. 

Kerajaan PAS Kelantan perlu meniru bagaimana China boleh maju dan bukannya semata mengunakan nama Cheng Ho iaitu seorang laksamana China yang pernah berdagang di Melaka dan mempraktikan kaedah dia berniaga dan berurusan ketika itu kerana cara itu sudah lapuk. Runtunan ekonomi perlu mengikut arus perubahan zaman dan kerajaan PAS Kelantan perlu membuka mata seluasnya bagi menalaah sistem ekonomi baru supaya mereka tidak dinampakkan seperti bodoh dan jahil di dalam merencana ekonomi negeri.

Rakyat Kelantan masih menanti dan terus menanti.

Wallahhualam.

Penulis,




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif