Ahad, 7 November 2010

Faktor Ini Juga Bakal Memaling Rakyat Kepada Pembangkang

Taming Sari melihat begitu taksubnya UMNO dan parti komponen lain dalam BN untuk berubah. Perubahan yang dicanang dan dicerna ini adalah formula terbaik bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Pelbagai program dirangka, pelbagai seminar dan konvesyen dianjurkan bagi mendengar suara dan idea akar umbi dalam membentuk resolusi pembaikan agar BN kembali utuh. 

Sudah hampir 2 tahun BN memperbaiki diri mereka sehinggalah ke saat ini, satu persatu kesan positif dapat dilihat. Kejayaan terbaru BN merampas kerusi Dun Galas, Kelantan dan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi di dalam pilihanraya kecil membuktikan bahawa rakyat sudah nampak manifasto BN.

Taming Sari menilai satu lagi ancaman yang Taming Sari tidak pasti samaada BN sedar atau tidak. Ini berkaitan persoalan mengapa sesetengah penjawat awam pusat boleh berpaling memihak pembangkang padahal merekalah jentera utama kerajaan di dalam menjalankan manifasto BN. Apakah faktor yang signifikan kepada situasi ini dan apakah kesan langsung kepada masyarakat jika ia dibiarkan tanpa ada penawar dicari.

Faktor penyalahgunaan kuasa dan kronisme di dalam kepimpinan agensi kerajaan adalah dua faktor penyumbang kepada ketidakpuasan hati staf bawahan. Ada sesetengah agensi kerajaan, stafnya terdiri dari sanak saudaranya sahaja. Malahan mereka juga duduk di dalam satu pejabat yang sama. Situasi ini jelas tiada keprofesionalan kerana orang yang sepatutnya layak untuk duduk di jawatan itu dinafikan hanya kerana dia tidak ada kena mengena dengan staf di dalam agensi itu.

Semua proses mengambilan staf yang ditetapkan SPA dipatuhi kerana pegawai yang tidak bertangungjawab ini boleh memanipulasinya mengikut acuan sendiri. Perkara ini bukan omongan lagi kerana banyak agensi kerajaan terutama badan berkanun mengamalkan kaedah ini. Keadaan yang sama juga berlaku ketika proses kenaikan pangkat. Staf bawahan dinilai berdasarkan kepentingan peribadi dan jika staf itu tidak berkepentingan maka duduklah dia dengan pangkat yang sama bertahun-tahun. Perkara ini juga dihalalkan mengunakan saluran yang betul tetapi dimanipulasikan oleh pegawai terlibat.

Penghapusan sistem Pernilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi penilaian kakitangan awam tahun depan mungkin berpunca dari apa yang Taming Sari nyatakan di atas. Namun persoalannya, mampukan sistem baru nanti menghapuskan budaya penyalahgunaan kuasa dan kronisme?  

Pembaca sekalian, Jika anda adalah staf bawahan tersebutt apakah tindakan anda jika anda tertindas tanpa ada tempat pembelaan sewajarnya? Bagi Taming Sari staf bawahan akan membalas di dalam proses pengundian pilihanraya dan menyalahkan kerajaan pusat kerana tidak memantau hal ini. Lebih berat jika kerajaan pusat juga mengamalkan konsep kronisme dalam pengambilan staf di kementerian dan di dalam pentadbiran kerajaan. Akhirnya, mereka memilih pembangkang walaupun mereka tahu pembangkang belum tentu mampu memulihkan keadaan ini. 

Di mata masyarakat pula, mereka menilai agensi kerajaan pusat daripada servis yang agensi itu tawarkan. Jika ia melibatkan perolehan, maka korupsi dan kronisme bakal menjadi virus kepada persepsi masyarakat. Jika setiap projek kerajaan hanya jatuh ke tangan orang yang sama dan paling teruk jika dia (kontraktor) itu ada hubungan keluarga dengan pegawai yang menguruskan, ia bakal mengundang seribu satu persoalan di hati masyarakat.  

Masyarakat juga menilai sesebuah agensi itu berdasarkan siapa tenaga kerjanya. Jika tenaga kerjanya terdiri dari sanak saudaranya sahaja seperti syarikat bapanya sendiri, akan timbul juga rasa syak masyarakat kepada agensi itu khasnya dan kerajaan amnya.  

Pembaca sekalian rasa, apakan tindakan masyarakat pula jika mereka tertindas dengan situasi ini? Mereka juga akan membalas di dalam proses pengundian pilihanraya dan menyalahkan kerajaan pusat kerana tidak memantau hal ini.

Kerajaan pusat perlu menilai prestasi kakitangan awam sewajarnya serta memantau proses kerja agensi pusat supaya ia juga boleh diperkasakan. Gagasan 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan adalah bukti DS Najib nampak, apa yang Taming Sari nyatakan di atas adalah faktor kekalahan BN semasa PRU12.


DS Najib juga perlu mengingatkan pegawai pegawal di seluruh jabatan dan agensi kerajaan supaya memantau kegiatan penyalahgunaan kuasa serta kronisme bagi mengelak sesiapa pun yang tertindas. Jika semua perkara ini diambil kira, maka rakyat akan lebih yakin dengan kerajaan BN. 

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang apa yang penulis utarakan itu ada kebenarannya.
Ianya tidak hanya berlaku kepada Penjawat awam sahaja,tetapi pekara ini telah menular kepada GLC2 yang terkemuka.
Terdapat Penjawat awam dari No1 hingga No5 berasal dari negeri yang sama !
Begitu juga dengan kakitangan GLC yang lain dimana penjawat No1 hingga kebawah dimonopoli oleh penjawat dari satu negeri.....
Puncanya adalah KRONISME atau KENEGERIAN...
Sepatutnya dilakukan pemantauan atau diadakan AUDIT terhadap kakitangan yang sudah lama bertugas disesuatu bahagian/kawasan/daerah atau negeri.
Jangan biarkan pekara memalingkan muka terus berlaku..... kerajaan akan menerima padahnya.


"blogenstarz"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif