Selasa, 9 November 2010

Gaji Adun Kelantan Dibayar Guna Dinar / Dirham

Separuh daripada gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya sedia untuk memanjangkan cadangan itu kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri untuk diperhalusi.

"Kita cadang bawa perkara ini kepada pertimbangan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perbendaharaan Negeri.

"Jika tiada apa halangan, kita mungkin akan melaksanakan separuh bayaran gaji kepada wakil rakyat dalam bentuk dinar dan dirham," katanya menjawab soalan Arifabillah Ibrahim (Pas-Dabong).

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan pembayaran separuh bayaran gaji dengan menggunakan dinar dan dirham bergantung kepada pilihan para Adun sendiri.

"Atas pilihan masing-masing, kita boleh bayar menggunakan mata wang itu kepada mereka yang setuju, tetapi bagi yang tidak setuju, kita boleh terus bayar dengan duit kertas," kata Husam.

Sumber : Bernama

Taming Sari tidak nampak apa-apapun kepentingan Husam Musa membawa usul ini ke Jabatan Perbendaharaan Negeri selain hanya kenyataan populis yang tidak menguntungkan rakyat Kelantan.

Sebagai exco yang bertangungjawab kepada pembangunan ekonomi negeri, Husam perlu bijak memikirkan cara dan kaedah yang boleh digunapakai bagi meningkatkan ekonomi Kelantan. Dinar / Dirham Kelantan tidak akan membawa apa-apa makna jika ia hanya sekadar hiasan. Transaksi ekonomi penting dalam meningkatkan kestabilan matawang sesebuah negara. 

Tambahan lagi rakyat Kelantan juga akan keliru jika usaha memperjelaskannya oleh kerajaan negeri tidak dilaksanakan dengan jitu atas sebab musabab penukaran transaksi wang ringgit kepada dinar /dirham. Setakad ini, rakyat Kelantan hanya menganggap ia adalah sekadar hiasan dan alat pelaburan semata-mata kerana ia bersandarkan kepada nilai emas.

Wallahhualam.

Penulis,



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif