Selasa, 2 November 2010

Galas : PAS Turunkan Sepanduk Yang Tidak Disukainya Sesuka Hati

Hari ini satu lagi sepanduk yang dikatakan tidak bertuan diturunkan oleh jentera PAS kononya sepanduk yang bertulis "Pemimpin DAP beri tazkirah di surau, kenapa PAS sokong rumah Allah dihina" sengaja mencetuskan kemarahan dan kebencian orang Melayu kepada DAP. Begitulah sayangnya PAS kepada DAP sehinggakan semua kata cerca yang berkaitan kekasihnya (DAP) dipadam dan dipertahankan.


Menurut laporan dari Malaysiakini :
"........Sepanduk itu yang tertulis "Pemimpin DAP beri tazkirah di surau, kenapa PAS sokong rumah Allah dihina", dipercayai dipasang di situ sejak malam tadi.
Penasihat jentera pilihan raya kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengetuai pasukan itu berkata, tindakan tersebut diambil bagi membantu pasukan penguatkuasa SPR.
"Walaupun SPR ada tiga pasukan penguatkuasa, mungkin suruhanjaya itu tidak dapat pantau kawasan pilihan raya yang begini luas.
"Sepanduk seperti ini (dipasang) tanpa tanggungjawab kerana tidak diberitahu siapa penerbitnya.... "

Mereka bertindak sendiri menurun sepanduk dan berlagak ala penguatkuasa. Alasan mereka kononnya SPR tidak mampu memantau keseluruhan kawasan pilihanraya. Mereka juga mengatakan kononnya polis sibuk dan tiada masa mahu melayan kes sepanduk menghasut seperti ini tambahan sepanduk ini tidak ada ditulis penerbitnya.  Selama ini adakah wajib setiap sepanduk ditulis siapa penerbitnya? 


Tindakan PAS ini bukan membantu penguatkuasa tetapi adalah tindakan sabotaj yang sebenarnya boleh diambil tindakan oleh SPR. 

PAS seharusnya sedar, kuasa untuk menurunkan sebarang sepanduk pihak lawan, adalah dibawah kuasa SPR dan Polis. Biar apa pun alasan, mereka tiada kuasa untuk menurunkan sepanduk parti lawan.  

Hakikatnya, PAS sebenarnya takut, sepanduk tersebut boleh memecahkan tembelangnya bersama DAP. PAS sebenarnya lupa, rakyat Galas sudah sedar, mereka tidak mahu terus tertipu dengan PAS yang sudah diperanjingkan DAP.

Wallahhualam.

Penulis,


2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

salam sahabat.

mohon disalin artikel ini utk sebaran sahabat 2 kita.


inilah point penting kepada rakyat agar sedar.


Allah akan tolong kita kalau kita ikhlas dan jujur.


Takbirrrr

Tamingsari berkata...

Ambillah Panglima.

Takbirr!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif