Selasa, 23 November 2010

Guan Eng Takut Dengan Pilihanraya


Menurut kenyataan Lim Guan Eng seperti yang dinyatakan di dalam Haprakdaily hari ini :

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Khabar angin mengatakan bahawa PM akan mengumumkan pilihanraya umum dalam tempoh terdekad ini iaitu pada tahun 2011. Walaubagaimanpun PM menafikan khabar itu.

Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong cadangan untuk tidak membubarkan DUN negeri P.Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan yan dijajah mereka. Taming Sari amat yakin jika mereka turut bersama di dalam pilihanraya dalam masa yang terdekat ini mereka yakin rakyat akan menghukum mereka.

Dengan pelbagai kemelut yang melanda mereka kini, mereka masih gagal mempertahankan setiap satu isu yang dibangkitkan malah rakyat kini semakin sedar kepincangan mereka itu. Media arus perdana yang dituduh mereka sebagai agen memecahbelahkan Pakatan Rakyat adalah satu tuduhan jahat dan melampau. Media berperanan melaporkan keadaan sebenar mereka supaya rakyat tidak terus tertipu dengan permainan politik mereka.

Inilah sebenarnya motif mereka untuk menolak bersama BN bagi menghadapi PRU 13. Sebolehnya mereka tidak mahu diadakan langsung pilihanraya ini kerana mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan kepada rakyat. Janji pilihanraya kini semakin tidak mampu ditunaikan malah mereka juga telah banyak mengkhianati amanah rakyat terutamanya rakyat di P.Pinang dan Kedah yang dizalimi dengan kenaikan tarif air.

Lim Guan Eng sendiri masih belum bersedia menghadapi pilihanraya kerana usahanya untuk terus mengeluarkan orang Melayu dari P.Pinang masih diperingkat pelaksanaan. Jika DAP bersama BN di dalam PRU 13, maka DAP akan dihukum oleh orang-orang Melayu yang terinaya.

Rakyat sentiasa bersedia untuk mengubah kerajaan Pakatan Rakyat kerana mereka kini sedar mereka sudah tertipu dan tidak mahu terus tertipu. Mereka juga tidak mahu negeri mereka terus ketinggalan di kala negeri lain yang berada di bawah BN terus menikmati nikmat pembangunan bersama Islam yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif