Jumaat, 12 November 2010

Kenapa Kelantan Kurang Kadar Pengangguran ? Rakyat Jangan Tertipu !!

Kadar pengangguran di Kelantan dicatatkan antara yang terendah seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara 2009. Statistik ini membanggakan pihak PAS di Kelantan kononnya mereka telah berjaya mengurangkan orang menganggur di negeri itu. Maka bergemalah seluruh blog pembangkang dan portal mereka memuji-muji kebijaksanaan Nik Ajis merencana perkerjaan buat rakyat Kelantan.

Persoalannya di sini, adakah fenomena pengangguran rendah di Kelantan hasil usaha kerajaan negeri mewujudkan peluang pekerjaan atau penganggur itu sendiri telah melakukan migrasi ke luar Kelantan sekaligus mengurangkan kuantiti penganggur di negeri itu? 

Pembaca yang dikasihi sekalian, hakikat sebenarnya jelas berbeza. Kelantan bukanlah sebuah negeri yang kukuh di dalam bidang ekonominya. Peluang ekonomi di sini cukup terhad terutama kepada mereka yang ingin hidup makan gaji. Isu kekurangan pekerjaan di Kelantan sebenarnya bukan isu baru malah ia sama usianya dengan isu air yang tidak berpenghujung.


Ekonomi di Kelantan hanya dicorak oleh perniagaan dan pertanian. Perniagaannya pula bukan bersifat multinasional malah hanya kecil-kecilan. Jika ada pun yang beroperasi sehingga ke luar negara boleh dikira dengan jari sahaja. Permintaan pekerjaan di kalangan majikan di sini terlalu sedikit dan seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Kelantan sendiri tidak terfikirpun akan mendapatkan pekerjaan di Kelantan. Orang luar yang bekerja di Kelantan kebanyakkan adalah mereka yang menjawat jawatan di sektor kerajaan dan perguruan.

Oleh kerana itu, ramai pemuda-pemudi dan penganggur di Kelantan berhijrah ke negeri lain bagi mendapatkan pekerjaan. Dalam tempoh mereka berhijrah dan mendapatkan pekerjaan di negeri orang itulah, mereka secara tidak langsung telah meningkatkan kadar pengangguran di sana. Kesannya kadar pengangguran di Kelantan berkurangan dan kadar pengangguran di negeri lain meningkat.

Bukti yang menunjukkan begitu ramainya anak-anak Kelantan berhijrah ke luar adalah apabila mereka semua pulang ke kampung sewaktu hari raya. Pembaca dapat melihat sendiri berduyun mereka pulang ke kampung halaman dengan kemewahan yang dicari di negeri orang lain. Di sanalah mereka dahulunya mencipta kadar pengangguran dan di sana jugalah mereka mencari rezeki dan mengumpulkan kekayaan.

Jadi, rakyat jangan tertipu dengan ketidakseimbangan ekonomi ini. Penjelasan yang sebenar perlu dicari sebelum kita menjustifikasi sesuatu keputusan dari statistik tertentu kerana ia pasti terjadi atas berlakunya faktor-faktor tertentu. 

Orang yang tersenyum atas rekod itu, pasti masam kembali jika rakyat tahu hal sebenarnya.

Wallahhualam.

Penulis,

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tengok ramai yang berhijrah keluar, tunggu masa hari raya. Tiket Bas dan Kereta Api Habis sebelum Bulan Puasa lagi. Patutlah kadar penganguran di Kelantan rendah, sebab ramai berhijrah kerja kat luar terutama Selangor dan Wilayah. Sebab tu kadar penganguran kat dua negeri ini tinggi. Tak caya ke.... fakta tau.

Tanpa Nama berkata...

"..Orang luar yang bekerja di Kelantan kebanyakkan adalah mereka yang menjawat jawatan di sektor kerajaan dan perguruan.

Oleh kerana itu, ramai pemuda-pemudi dan penganggur di Kelantan berhijrah ke negeri lain bagi mendapatkan pekerjaan. Dalam tempoh mereka berhijrah dan mendapatkan pekerjaan di negeri orang itulah, mereka secara tidak langsung telah meningkatkan kadar pengangguran di sana. Kesannya kadar pengangguran di Kelantan berkurangan dan kadar pengangguran di negeri lain meningkat."

betul, betul betul

Tanpa Nama berkata...

TAJUK INI MENGINGATKAN AKU KEPADA KUNJUNGAN AKU KE PULAU LOMBOK INDONESIA BARU BARU INI,BERTUJUAN MENCARI TENAGA KERJA LADANG. LOMBOK DIBERI GELARAN PULAU SERIBU MASJID, BEGITU JUGA KELANTAN, DIGELAR SERAMBI MEKAH.TAK BANYAK BEZANYA LOMBOK DENGAN KELANTAN, 80% PENDUDUK LOMBOK BERAGAMA ISLAM. KEGIATAN EKONOMI UTAMA ADALAH BERCUCUK TANAM , TERUTAMA PADI DAN TEMBAKAU, TIDAK KETINGGALAN SAYUR SAYURAN. TIDAK TERDAPAT KILANG KILANG PERUSAHAAN KECUALI SATU ATAU DUA KILANG MEMPROSES TEMBAKAU.

DALAM PENJELAJAHAN AKU KE KAMPUNG KAMPUNG MENCARI TENAGA PEKERJA, 99% CALON PEKERJA YANG AKU TEMUI PERNAH BEKERJA DIMALAYSIA, ADA YANG SUDAH 6 HINGGA 7 KALI BEKERJA DIMALAYSIA, ADA YANG MASUK SECARA SAH DAN TAK KURANG PULA YANG MASUK SECARA HARAM. WALAUPUN MELALUI PELABAGAI PENGALAMAN PAHIT MANIS SELAMA BEKERJA DIMALAYSIA, NAMUN KEINGINAN UNTUK KE MALAYSIA TETAP KUAT, INI DISEBABKAN KEKURANGAN PELUANG PEKERJAAN DI LOMBOK DITAMBAH FAKTOR UPAH KERJA YANG SANGAT MURAH. JADI MEREKA TIDAK ADA PILIHAN LAIN SELAIN KELUAR MENCARI NAFKAH DINEGARA. SEBAB ITU KITA JANGAN HAIRAN KALAU LADANG LADANG DIMALAYSIA DIPENUHI DENGAN PEKERJA PEKERJA LOMBOK.

BEGITU JUGA HALNYA DENGAN KELANTAN , DI BUMI MANA MALAYSIA INI YANG TAK ADA ORANG KELANTAN BERDAGANG MENCARI REZEKI. LIHAT SAHAJA DI KOTA KOTA BESAR MALAYSIA. PENGHIJRAHAN INI BUKAN TIDAK DISENGAJA TETAPI DISEBABKAN FAKTOR KELANTAN YANG TAK JAUH BEZANYA DENGAN LOMBOK, CUMA KELANTAN NI LEBIH BERNASIB BAIK BERADA DIMALAYSIA, RAMAI ANAK ANAK KELANTAN YANG BERJAYA DILUAR MELABURKAN KEKAYAAN MEREKA DI KELANTAN..

KESIMPULANNYA , PEMIMPIN KELANTAN JANGANLAH NAK BANGGA SANGAT, KELANTAN DI MALAYSIA IS TO LOMBAOK DI INDONESIA JE .... JANGAN MARAH ORANG KELANTAN

YANG PERNAH BERKHIDMAT DI KELANTAN DAN BERKUNJUNG KE LOMBOK

Tanpa Nama berkata...

Makcik saya di Plentong Johor, penyewanya orang Kelantan dari anaknya masih kecil sehinggalah anaknya dah masuk universiti. Keluarga dari Kelantan ini berkerja di Singapura tapi duduk diJohor dirumah sewa makcik saya.

Nak balik Kelantan mungkin takde peluang kerja. Betul kata Taming sari.Di IPTA-IPTA di Selangor dan KL macam itu jugalah.

Tafsiran putar belit betul bagi tujuan politik.Sampaikan pasukan bola menjuarai piala malaysia, PAS tumpang sekaki, bila kalah bagaimana?

Engineer di Kelate berkata...

Org Kelantan sanggup berhijrah utk bekerja. Org luar sanggup menganggur dan menghabiskan beras makbapak kt negeri sendiri dari bekerja.

Mujur ada org Kelantan, kalau tak, mungkin makin lamai lagi mat2 bangla dan mat2 indon mengisi kekosongan yg org negeri tu sendiri malas...

iwe berkata...

Kat Kelantan, rakyatnya ramai yg terlibat dgn perniagaan.

Kalau betul ramai org Kelantan kerja di luar, bagusla. Sbbnya mungkin majikan di sana anggap org Kelantan lebih rajin dan pandai.

I PROUD TO BE KELANTANESE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif