Khamis, 25 November 2010

Keprofesionalan Dicabuli Keegoan Penjawat Awam di Kelantan

Sudah lama Taming Sari perhatikan senario ini. Isu berkaitan begitu banyak persepsi buruk diberikan oleh orang luar berkenaaan budaya kerja penjawat awam di Kelantan ada kebenarannya. Taming Sari tidak pasti adakah penyakit ini turut melibatkan semua organisasi awam di Kelantan atau sesetengah sahaja namun ia bukan suatu yang mustahil. Taming Sari ada menyelidik perkara ini di luar Kelantan dan bertanya secara rawak dengan penjawat awam di luar namun mereka menafikan perkara ini berlaku. Taming Sari sendiri pernah berkerja di Kedah, Perak dan Putrajaya sememangnya perkara ini amat jarang berlaku.

Apakah yang Taming Sari maksudkan dengan pencabulan keprofesionalan? Pencabulan itu berlaku apabila tidak ada sifat hormat kepada pegawai atasan sehingga mereka sanggup melawan arahan, tidak bertangungjawab kepada arahan malah ada pula yang mengarah-arahkan pegawai atasan mereka sesuka hati oleh pegawai peringkat rendah. Jika mereka tidak melakukan perkara seperti disebut tadi, memanggil nama pegawainya dengan nama biasa tanpa ada panggilan hormat seperti Encik atau Tuan menampakkan staf bawahan itu biadap dan sombong.

Contohnya, ada pemandu atau staf gred kumpulan sokongan secara biadapnya memanggil pegawai atasannya dengan nama sahaja. Oleh kerana pegawai itu pegawai muda dan dia tidak mahu memperbesarkan isu ini, dia menghalalkan dan membiarkan sahaja. Dari segi personalnya memang ia tidak ada masalah namun dari segi profesionalnya ia jelas dicabuli.

Penyakit ini sebenarnya bukan dihidapi oleh seluruh warga penjawat awam Kelantan tetapi sebilangan kecil sahaja. Namun kesannya amat bahaya kerana ia bakal berjangkit kepada staf-staf baru yang tidak mengerti bahawa budaya itu melanggar Perintah Am. Bagi Taming Sari, penyakit ini berpunca dari sikap ego dan merasakan diri mereka sudah berpengalaman di dalam sesuatu perkara. Disebabkan itu timbul rasa riak dan sombong. Apabila hadir pegawai baru yang masih mentah, rasa hormat kepada pegawai tersebut hilang malah pegawai itu dianggap penganggu dan menyusahkan. Maka disebabkan itu, berat sungguh mulut mereka ini memanggil panggilan hormat walaupun pegawai itu berpangkat di gred kumpulan pengurusan dan profesional.

Apakah kesannya jika fenomena ini dibiarkan? Jelas, jika ia berlarutan, hiraki autoriti yang sepatutnya dipatuhi di dalam sesuatu organisasi bakal dicabuli. Ibarat sebuah keluarga dimana seorang anak yang menderhaka kepada ibu bapanya bakal merosakkan institusi keluarga itu. Penumpuan kepada visi dan misi sesuatu organisasi ini bakal terganggu malah kebarangkalian gagal amat tinggi. 

Bagi Taming Sari, apa yang sudah ditetapkan di dalam Perintah Am, Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam sudah cukup baik bagi memelihara hubungan antara pihak atasan dan pihak bawahan. Budaya saling hormat menghormati sememangnya sudah lama diterapkan. Tidak ada ruginya jika ia dituruti malah ia akan mendatangkan suasana yang lebih harmoni apabila yang tua dihormati yang muda disayangi. Pihak staf bawahan kena mengakui mereka adalah staf bawahan yang perlu menurut perintah pegawai atasan. Pegawai atasan pula perlu mengakui jika dia kurang berpengetahuan dan perlu belajar bersama orang bawahan. Jangan jadikan alasan peribadi untuk mencabuli budaya hormat menghormati ini.  


Taming Sari amat yakin, jika kita melihat budaya ini di dalam tentera, pegawai bawahan amat menghormati pegawai atasan dan penolak keperibadian di dalam urusan rasmi. Pernahkah pembaca menonton filem Leftenan Adnan lakonan Hairi Othman dan Rusdi Ramli? Ia jelas membuktikan penyataan Taming Sari ini. Rushdi dan Hairi adalah rakan sekampung tetapi apabila di dalam tentera, Hairi dihormati sebagai Leftenan Muda oleh Rushdi dan dia tidak pernah memanggilpun Hairi dengan panggilan nama biasa walaupun suatu masa dulu Hairi adalah rakan baiknya yang digelar dengan nama biasa sahaja. Hormat dan penghormatan diajar dan diterapkan di dalam tentera supaya tidak timbul di benak mereka rasa penderhakaan.

Taming Sari menekankan perkara ini kerana ia adalah nadi kepada kelancaran perjalanan jentera kerajaan yang digerakan kakitangan awam. Budaya egois dan bodoh sombong ini perlu digantikan segera dengan budaya hormat menghomati supaya misi memperkasakan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan lancar dan transformasi kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri mampu diadaptasi oleh semua pihak. 

Tapi yang peliknya, mengapa budaya ini sering dikaitkan dengan penjawat awam di negeri Kelantan? Taming Sari sendiri tidak tahu apa jawapannya.

Wallahhualam.

Penulis,



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum tuan yg dihormati...

pertama kali saya ingin bertanya disini,sudah berapa lama tuan berkhidmat di Kelantan sehinggakan tuan berani berkata begitu? Jika baru berkhidmat setahun jagung baik tuan hentikanlah kata-kata tersebut.Sebagai umat islam tidak elok rasanya mengfitnah semasa insan.

Tuan katakan penjawat awam di Kelantan tidak profesional?Tapi adakah tuan tu sudah profesional dalam menjalankan kerja.Si sini saya beranggapan tuan ini Pegawai Atasan kan? Daripada kata2 tuan dalam artikel diatas dapat mengganbarkan tuan ini Pegawai Atasan.Jika betul tuan Pegawai Atasan dan mahu dihormati Pegawai Bawahan.Saya Rasa tuan mestilah bertindak dan memberi arahan secara "profesional".Sebagai Pegawai Atasan di pejabat tuan,tuan adalah Bapa kepada pegawai-pegawai bawahan tuan. Sebagai "BAPA" tuan lah yang perlu mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada "ANAK2" tuan. Jangan salahkan pegawai bawahan jika mereka tidak bertindak profesional, kerana mereka tidak berpendidikan tinggi seperti Tuan.

Tamingsari berkata...

Terima Kasih atas komen dari anon di atas.

JELAS..... anda tidak memahami apakah sebenarnya yang ditulis oleh Taming Sari secara jelasnya.

Prejudis kepada orang bawahan sebenarnya tidak wujud kerana apa yang Taming sari ingin tekankan adalah budaya menghoramti ketua yang tidak wujud di dalam jiwa rakyat Kelantan sedangkan di negeri lain budaya ini kurang.

Bukan semua... tapi sesetengahnya sahaja.... Soal berapa lama Taming sari di sini, rasanya tuan sendiri boleh mengagak kerana penulisan ini tidak akan dibuat semata dengan duduk di sini setahun jagung....

Hakikatnya orang kelantan sendiri takut untuk berkerja di sini kerana malas untuk berhadapan dengan anak buah yang tidak mendengar kata....

Jadi... terima-lah kenyataan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif