Rabu, 24 November 2010

Kerajaan Pusat Bernasib Malang Kerana Punya Gunting Dalam Lipatan

Apabila Taming Sari melihat dan memantau keadaan semasa yang berlaku di negeri Kelantan jelas bahawa kerajaan PAS Kelantan sebenarnya punya kekuatan tersendiri di dalam membentuk jemaah yang utuh. Di dalam jentera kerajaan negeri iaitu pegawai-pegawai kerajaan negeri Kelantan mereka adalah terdiri dari mereka yang totok PAS. Ini adalah satu kemestian jika mereka mahu memegang jawatan penting samaada diperingkat daerah atau negeri. 

Kalau dilihat dari segala sudut, PAS amat menitikberatkan soal ideologi politik di semua peringkat jawatan kerajaan negeri Kelantan kerana itu adalah salah satu cara bagi mengekalkan Kelantan di bawah takluk mereka. Apa yang membanggakan PAS Kelantan, mereka sebenarnya berjaya membawa satu wadah yang sungguh kuat di dalam setiap sanubari pegawai dan staf kerajaan negeri. Mereka inilah begitu setia menghebahkan setiap manifasto kerajaan PAS Kelantan dalam masa yang sama mempromosikan kerajaan PAS Kelantan kepada rakyat. 

Pada pandangan Taming Sari, terlalu sedikit dan mungkin tiada langsung di kalangan staf dan pegawai kerajaan negeri Kelantan beridologi anti kerajaan PAS. Mungkin dihati masing-masing terkilas kata-kata mengatakan gaji dan tembolok mereka yang diisi dari usaha kerajaan negeri jadi masakan mereka tergamak melawan kerajaan negeri. Sebenarnya sikap mereka inilah yang menjadi nadi utama, PAS terus kekal di Kelantan walaupun semua rakyat tahu, PAS gagal membawa pembangunan menyeluruh kepada negeri Kelantan. 

Apa yang membezakan ideologi ini dengan sikap penjawat awam kerajaan pusat (BN) memang amat ketara sekali. Mereka yang bekerja dengan kerajaan pusat, malahan ada diantaranya habis keseluruhan ahli keluarganya bekerja dengan kerajaan pusat bersikap pengkhianat dan anti kerajaan pusat. Mereka yang sepatutnya menjelaskan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan pusat telah gagal melaksanakan amanah itu kerana hati mereka telah dirasuk dengan ideologi pembangkang. 

Berapa ramaikah di kalangan kakitangan awam pusat yang bersikap sedemikian? Kita sendiri boleh menjawabnya. Pembaca bayangkan dia adalah seorang pejawat awam pusat, tetapi dialah hantu yang membangkang semua dasar yang dibuat oleh kerajaan pusat. Amat-amatlah malang bagi kerajaan pusat jika dia ini tergolong dikalangan orang yang memegang jawatan penting di dalam sesuatu agensi dan organisasi awam dan teramat malang lagi jika dia adalah seorang pendidik atau guru. Setiap bulan orang inilah yang akan makan gaji yang diberi oleh kerajaan pusat tetapi setiap kali arahan dan dasar yang diumum kerajaan, dia gagal melaksanakannya dengan penuh dedikasi malah memburuk-burukkan pula pemimpin-pemimpin kerajaan pusat. Pada pendapat pembaca, apakah hukum orang seperti ini jika dia memakan hasil gaji kerajaan pusat tersebut. 

Taming Sari bukan menidakkan demokrasi dikalangan kakitangan awam. Setiap rakyat ada hak memilih parti politik yang dipercayainya. Namun bagi Taming Sari amat kejam dan dangkalnya seseorang itu menjadi duri dalam daging dan gunting di dalam lipatan jika dia terus bersama di dalam sesuatu kumpulan yang tidak disukainya. Seperti dia terus berada di dalam kakitangan awam pusat walaupun dia sebenarnya berideologi PAS atau pembangkang lain. Dia sebenarnya punya banyak pilihan untuk mencari rezeki di tempat lain jika dia merasakan kerajaan pusat kini tidak sebaik kerajaan pembangkang. Jangan-lah dia sengaja menjadi penyebab kepada kegagalan manifasto kerajaan pusat kerana masih ramai lagi mereka yang berideologi aspirasi kerajaan mampu melaksanakan tugas ini dengan baik. 


Taming Sari berharap kakitangan awam pusat yang membaca artikel ini sedar dengan perbezaan yang tercetus antara kesetiaan staf kerajaan negeri pembangkang dengan staf kerajaan pusat kerana ia wujud dari sikap anda sendiri. Mana mungkin kerajaan pusat mahu mengenakan syarat politik di dalam merekrut kakitangan awam pusat kerana ia tidak pernah dinyatakan di dalam perintah AM namun seharusnya bagi mereka yang sudah mengangkat sumpah mahu menjadi jentera kerajaan pusat secara sendirinya mereka perlu menyembah taat setia kepada kerajaan pemerintah. 

Senang sahaja, anda ada dua pilihan, jika anda tidak sehaluan dengan kerajaan pusat, perbaiki dan muhasabahlah diri anda untuk kembali kepada perjuangan sebenar. Jika anda masih tidak mahu berganjak dengan pendirian songsang anda, bertindak berani-lah untuk berundur dengan bermaruah supaya di akhirat kelak anda tidak akan disoal tentang segala amanah yang telah dipertangungjawabkan kepada anda.

Wallahhualam.

Penulis,


  

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah lama dok perati depa yang specis mcm tu....maaf cakap ye,...lebih2 lagi yng asal pantai timor....dok himpun puak depa kt Putrajaya.....kalau seekor dpt masuk,...habis satu kampung diangkut nye....tak caya, pi siasat sendiri....tu pasai setengah jabatan kerajaan...payah nak dpt kerja kt situ...

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tawan hati orang Kelantan ni pegawai kerajaan pusat atau UMNO kenalah pakai ketayap atau serban . Kalau tidak sampai bila pun tak boleh perintah Kelantan .Masa kempen kenalah pakai kain pelikat ketayap,serban dan baju Melayu. Barulah orang Kelantan akan sokong .Janganlah pakat kot atau tali leher pasti orang Kelantan pasti tolak .Sebab mereka terlalu ekstrem tentang agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif