Khamis, 4 November 2010

Kisah Nik Aziz Boleh Bercakap Dengan Mungkar Nangkir !!


Dalam artikel sebelum ini, Taming Sari ada menulis mengenai pengalaman Taming Sari bertemu dengan pemandu salah sebuah agensi kerajaan di Machang Kelantan yang mengisahkan perihal kematian ibu saudaranya yang dipolitikkan orang PAS. Baca sini jika pembaca belum membacanya. 

Kisah undi PAS masuk syurga itu tidak habis sekadar itu kerana Taming Sari ada mendengar kisah lain yang lebih panas berkaitan dengan Nik Aziz yang boleh bercakap dengan Mungkar Nangkir (Dia sebenarnya cakap sorang-sorang). Usaha Taming Sari menjejaki saksi yang terlibat akhirnya berjaya apabila Taming Sari bertemu dengan seseorang yang bergelar haji. Selepas berkenalan, Tuan Haji tersebut akhirnya menceritakan pengalamannya kepada Taming Sari:
Kisah ini berlaku kurang 15 tahun dahulu kepada sepupu Tuan Haji itu (perempuan) berkahwin dengan sepupu Nik Aziz (lelaki). Sepupu Tuan Haji biarlah Taming Sari gelarkan Si A, manakala sepupu Nik Aziz itu biarlah Taming Sari gelarkan Nik B. Selang beberapa bulan berumah tangga, akhirnya ditakdirkan Allah si Nik B ini meninggal dunia.
Si A memaklumkan kematian suaminya Nik B kepada semua sanak saudara termasuk Nik Aziz. Tuan Haji tersebut turut dimaklumkan. Selepas jenazah Nik B dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan, sanak saudara masih menanti kehadiran Nik Aziz yang sudah lebih 2 jam tidak hadir. Oleh kerana terlalu lama menunggu, akhirnya salah seorang sanak saudara mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazah itu sesegera mungkin. 
Walaubagaimanapun, semasa jenazah itu dibawa turun dari rumah, tiba-tiba Nik Aziz akhirnya muncul. Dia (Nik Aziz) meminta para jemaah yang menjunjung mayat supaya menurunkan mayat tersebut kerana dia mahu melihatnya.
Selepas mayat diturunkan Nik Aziz mengusap mayat tersebut seraya berkata : "Kar..Kir (Mungkar Nangkir) mu jange soal dio, dio dulu maso hidupnyo bersamo ambo, mu lepaska sahajo dio." Terkejut Tuan Haji tersebut apabila mendengar Nik Ajis berkata demikian. 
Selepas Nik Aziz berkata begitu, mayat dijunjung semula untuk dikebumikan. 

Berani sungguh Nik Aziz berkata sedemikian sedangkan dia sendiri belum tentu selamat dari siksaan kubur. Mana mungkin dia mampu memberi syafaat kerana Nabi Sendiri tidak mampu memberi syafaat di alam barzakh selain apabila kita sudah berada di padang Mahsyar nanti.

Nik Aziz yang berkemungkinan malu dengan para jemaah kerana dia sebagai Tok Guru boleh hadir lewat terpaksa berlagak ala wali kononnya usapan pada mayat dan tegurannya kepada Mungkar Nangkir mampu mengelak mayat itu disoal di dalam kubur.

Tuan haji itu berkata, dia sanggup Allah melaknatnya serta menarik pahala hajinya jika dia berkata dusta atas apa yang diceritakannya pada Taming Sari diatas.

Dia amat bersyukur kerana tidak terpedaya dengan ajaran Nik Aziz tetapi dia melahirkan rasa risau jika jemaah sekitar yang mendengar kata-kata Nik Aziz hari tersebut akan terpengaruh dan mempercayai bahawa Nik Aziz mampu memberi syafaat kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Mungkin kerana itulah, ramai sungguh totok PAS hari ini terutama di Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz kerana mereka amat percaya dengan keramat Nik Aziz. Ini kisah yang Taming Sari dengar dan tidak mustahil ada lagi kisah lain yang sengaja dilakonkan Nik Aziz untuk menunjukkan keramatannya. Jelas lagi nyata, Nik Aziz adalah sesat lagi menyesatkan. Mungkin selepas Nik Aziz meninggal, kuburnya pula dikatakan keramat dan inilah yang Tuan Haji ini paling risaukan.

Allah itu maha berkuasa atas sesuatu. Tidak semua bantuan Allah itu datang kerana rasa sayangNya pada hambaNya tetapi ada juga bantuan Allah itu datang sengaja mahu menguji hambaNya dan jika hambaNya riak, maka jatuhlah dia ke lembah kekufuran. MasyaAllah.

Selepas mendengar penjelasan Tuan Haji tersebut, Taming Sari terkedu dan Taming Sari dapat simpulkan disini iaitu diantara sebab utama PAS terus kekal di Kelantan walaupun PAS gagal dalam pemerintahannya, rupanya adalah kerana, taklik orang PAS, taksub dengan PAS dan terpedaya dengan Nik Aziz.

Kalau beginilah cara orang Kelantan berfikir, maka samalah taraf otak mereka dengan pemikiran kera-kera di hutan.

Wallahhualam.

Penulis,



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moga nik aziz dan seluruh manusia bertaubat sebelum nafas terakhir

Sampul Kecil berkata...

macam kisah BErcakap Dengan Jin pulak.. Sekiranya betul perkara ini, Di harapkan Nik Aziz dapat bertaubat.. Boleh terjejas Akidah..

Subhanallah..

IRWAN ISLAM MELAYU berkata...

bertaubatlah wahai nik aziz, sudah2lah menyesatkan umat islam, saya mohon dengan penuh tawadhuk, insaflah wahai nik aziz

ADOIIII!! SEMUT GIGIT berkata...

Aku pikirkan lagi baik KITA suruh
PAK AJI jumPA TUHAN me LAYU yg BAHARU tu DahHULU(BIJANHAMSOR)alaa
PM 1 MALAY SIA* TU LAAA...
Kemdian tu panggil smua stesen TV & RADIO & RADIOKAR dlm DUNIA ni, kemudian panggil JAKI IM & smua JAMBAN TAN IGAMA ISI ALAM dlm 1 me LAYU ni, kemdian pegi SEMEJID PUTAR KAYE, KENDIAN ANGKAT AL KORAN( SUMPAH UMMAT me LAYU )
Kendian ANGKAT SESUMPAH yg tok nik ajis tu cakap mcm ape yg telah di TAIPkan oleh MAILEKAT TAMING SARI tu,
BARU A ,UMMAT 1 me LAYU AKAN CAYA SAMA LU.... BROOOOOO

alaaa BUAT mcm SAY FOOL BRUA RI buat tu... mcm tak biasa la pullak...

Baru Aaa GEMPARK 1 me LAYU @ 1 MALAY SIA*
Kasi Tau Dlm BELOK ni tak MERIAH & RAMAI yg TAU

PIKIR2kan LAAA candangan ni yerk.. Skian TRIMAS 1 me LAYUuuuu

WALFIKIiiRIL UWILL SENDIRIYUN

anti bohmau berkata...

salam ts,

kureng betul anon 2:50 PM ni! dah tak boleh terima kenyataan, tak payahla timbulkan dosa lain pulak!

puak2 pas ni memang dah anggap tok gurau mrk seorang wali, bahkan ada yg anggap dia mcm nabi, tak pernah berdosa! maksum! tak boleh komen atau pertikai sikitpun! mati idup balikpun mrk takkan percaya tuk gurau mrk ada buat salah atau silap cakap.

kalau taming sari nak tahu totok atau tidak puak2 pas ni, bolehla melawat kubur-kubur yg ada di serata klate ni. ada bendera2 pas yg lama mereput & ada yg masih baru atas kuburan, melitupi belindan (binaan batu keliling kubur) & dibalut ke nisan pun ada, dipacak sebelah nisan pun ada (saiz kecil). aku bukan buat2 cerita. dah lama aku duduk di sini, macam2 dah aku jumpa pe'el puak2 pas yg pelek2 ni. bab berpesan2 ke mungkar nakir ni perkara biasa saja...dah lama dilakukan, dah jadi rutin bagi sesetengah puak2 pas ni. tapi kalu tanya takkan mengaku punyalah...

nak yg canggih lagi? maghi tengok kat kampung belakang umah aku..ada satu rumah tu punyala besar gambar tok gurau demo yg sedang berdoa tu lah, menghiasi dinding tepi pintu rumah, sebesar 4x6 kaki..cuba bayangkan, nak naik tenung gambar tuk gurau, nak turun tenung gambar tuk gurau...sepanjang masa macam tu anak-beranak..fikirkanlah apa yg ada dlm kepala hotak mrk selama ni? 'bayangan syurga' gituuu....

jika difikirkan, gerun pulak aku mikirkan akidah puak2 yg sangat amat taksub pd tuk gurau ni. hingga ada yg percaya tuk guru akan hidup hingga beratus2 tahun sebab demo kata tuk guru umur panjang bila puak2 dia dok berdoa bagi dia panjang umur...tak tahula kalu ada yg bertaruh tapi aku pernah dgr ada sorang hamba Allah tu kata 'kalu tuk guru mati, peghe (perang)la klate ni'!!! perang apa, bagaimana, tak pulak aku diberitahu....

Tamingsari berkata...

Tahniah anti Bohmau...

Sekurang2nya anda berada di dalam kelompok gologongan yang sedar.

Memang aku malas nak melayan anon tahap budak sekolah tu.

So... marilah sama2 kita sedarkan ore kelate ni.

T.kasih

Tanpa Nama berkata...

salam,tertarik dgn komen 'adoi!!!!semut gigit...lu melayUuuuu ke kaf airq?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif