Isnin, 1 November 2010

Mengapa Tiada Bendera PAS di Perkampungan Orang Asli?


Hari ini Taming Sari berpeluang melihat kempen kedua-dua parti bertanding di Galas iaitu BN dan PAS. Taming Sari yang ada sedikit tugas di Pos Brooke, Gua Musang mengambil kesempatan melihat sejauh mana bersungguhnya calon kedua-dua parti itu berkempen.

Sepanjang perjalanan dan tinjauan Taming Sari ke perkampungan orang asli sekitar Pos Brook, Taming Sari tertanya-tanya, mengapa kurang malahan ada sesetengahnya tiada langsung bendera PAS di kawasan orang asli? Bendera UMNO dan BN berkibar megah di perkampungan itu, malah ada sesetengah rumah usang orang asli itu dipacakannya bendera BN seakan megah dengan kemajuan yang dibawa BN.

Taming Sari yakin, ketiadaaan bendera PAS di perkampungan orang asli membuktikan bahawa mereka amat marah kepada PAS yang memerintah Kelantan terutama berkaitan isu tanah dan ladang rakyat yang tidak diselesaikan sebaiknya oleh PAS.

Ini dibuktikan dengan  rakaman video, luahan hati salah seorang pemimpin orang asli ini yang mengatakan PAS persis Yahudi yang merampas tanah orang Palestine:


Ini salah satu petanda yang sangat baik iaitu undi orang asli kepada BN semakin terjamin. Mereka juga menterjemahkan hasrat itu dengan sanggup berjalan jauh dari perkampungan mereka jika mereka mendapat tahu, BN mengadakan program di tempat mereka.

PAS mungkin sudah nampak kecenderungan orang Asli tersebut malah paling tepat mereka takut berhadapan dengan pemimpin orang asli kerana mereka sudah mengkhianati amanah orang asli untuk menjaga kebajikan mereka.

PAS kini terdesak dan mengharap undi dari kaum cina serta anak Galas di perantauan. Ini bertepatan dengan saranan Nik Ajis mahukan "anak perantauan pulang walaupun merangkak" kerana PAS sudah sediakan sogokan RM250 sebagai habuan kerana pulang dan mengundi mereka.

Inilah prospek PAS yang kian malap.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif