Ahad, 7 November 2010

MPP PKR Dipilih Oleh 9% Ahli PKR? : Sleeping Partner, Biarkan-Biarkan

Saifuddin Nasution selaku SU Agong PKR punya jawapan tersendiri semasa permulaan pemilihan cabang PKR apabila peratusan keluar mengundi sangat mengecewakan di 68 cabang. Minggu lalu, kehadiran dalam pemilihan PKR amat rendah apabila hanya 9 peratus sahaja yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

PKR mempunyai kira-kira 400,000 anggotanya di seluruh negara. Manakala sebanyak sembilan cabang kesemuanya di Sabah mengundi pada 6 November.

Daripada 68 cabang yang telah mengadakan pemilihan mereka minggu lalu, naib preisden Azmin Ali mendahului bagi jawatan timbalan presiden dengan sejumlah 3,051 undi. Manakala pesaing rapatnya, Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pula memperolehi 2,529, sementara Ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi. Baca sini.

Wajarkah alasan Piala Malaysia, sibuk di Pilihanraya kecil dan Suara Keadilan dihentikan penerbitan menjadi penyumbang kepada jumlah keluar mengundi yang kecil ini? Saifuddin sengaja mahu menutup kelemahan PKR. Siapa tidak kenal dengan Saifuddin MP Machang ini yang suka mencipta nombor dan auta semata-mata mahu menutup kesilapan dan kekhilafan yang ada di dalam PKR dan Pakatan Rakyat.

Tidak ada alasan yang kukuh sebenarnya mengapa pemilihan PKR ini lesu. Ini kerana selepas pemilihan hari ini, 6 November, peratusan keluar mengundi turut mengecewakan. Menurut Malaysiakini, keputusan di sembilan cabang adalah seperti dibawah :

Pasir Mas Azmin (35), Zaid (53), Mustaffa (0)
(89 daripada 490 turun mengundi)

Kota Belud Azmin (16), Zaid (133), Mustaffa (1)
(153 daripada lebih 2,000 turun mengundi)

Papar Azmin (124), Zaid (28), Mustaffa (2)
(154 daripada kira-kira 2,700 turun mengundi)

Sandakan Azmin (417), Zaid (25), Mustaffa (13)

Keningau Azmin (26), Zaid (169), Mustaffa (3)

Kota Kinabalu Azmin (34), Zaid (162), Mustaffa (0)

Ranau Azmin (153), Zaid (107), Mustaffa (10)
(290 daripada kira-kira 3,800 turun mengundi)

Kudat Azmin (67), Zaid (138), Mustaffa (2)
(222 daripada 2,226 turun mengundi)

Beufort Azmin (223), Zaid (58), Mustaffa (9)

Lihatlah kawasan-kawasan yang dinyatakan jumlah pengundi dan pengundi berdaftar. Sangat jauh dari sasaran. Apa pula kata Saifuddin selepas ini?

Fenomena ini perlu dinilai oleh rakyat secara serius. Ini membuktikan bahawa ramai dikalangan ahli PKR mahu bersikap ahli tidur dan bagi mereka, jika mereka keluar mengundi sekalipun Saifuddin tidak berpegang kepada prinsip demokrasi. PKR sudahpun melacurkan demokrasi kerana pemenang bagi kerusi-kerusi timb dan naib presiden akan dimenangi persis apa yang dirancang Anwar. 

Jika akar umbi cuba mengubahnya melalui saluran undi sekalipun, kemenangan tetap kepada calon pilihan Anwar kerana orang yang merencana pemilihan iaitu Saifuddin adalah orang Anwar yang menurut perintah. Inilah faktor utama mengapa ahli PKR mahu menjadi sleeping partner dan sengaja mahu membiarkan Si luncai (Anwar) terjun dengan labu-labunya. Biarkan-biarkan.

Fenomena inilah bakal menguburkan PKR di PRU13 nanti. Kekalahan PKR di Batu Sapi adalah bukti paling jelas bahawa ahli PKR di Batu Sapi tidak memilih calon mereka. Sekaligus menjadi label kepada pepecahan dan tiada kesatuan hati di dalam parti itu.  

Kesimpulannya, PKR memang tidak releven. Ia dibarisi oleh pemimpin-pemimpin bermasalah terutama Ketua Umumnya Anwar yang terlibat dengan salahlaku seksual dan pengkhianatan kepada negara. Terlalu ramai dikalangan mereka yang dulunya menjadi orang kuat sudah keluar parti kerana mereka sedar PKR bukan parti pejuangan tetapi sebuah parti pengkhianat yang tidak berprinsip. 

Persoalannya, Adakah 9 peratus bagi memilih Majlis Pimpinan Pusat PKR sudah cukup membuktikan pemimpin yang bakal meneraju PKR nanti adalah suara akar umbi? Pastinya tidak. Rakyat nilailah sendiri fenomena ini.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

ahlul pkr berkata...

sebab ramai tak turun ia lah

1. takut ada adengan rajnikan bergaduh di dewan mengundi

2. ahli pkr malas nak susah payah sebab keputusan sudah di "set" kan oleh anwar

3. ahli sudah tahu auta anwar

4. ahli sudah tahu ni parti keluarga 69

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif