Ahad, 28 November 2010

Namawee Tak Salah : Apa Sudah Kena Dengan Menteri Bertangungjawab?


Dalam Malaysia ini, orang yang paling bertuah adalah Wee Meng Chee atau Namewee.

Ini kerana dia merupakan anak Malaysia yang nampaknya bebas untuk melakukan apa saja termasuk memghina lagu Negaraku serta mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.

Namewee seolah-olah mempunyai 'lesen' untuk menghina individu dan bangsa tanpa perlu khuatir didakwa di mahkamah, paling kuat pun hanya perlu hadir untuk diambil keterangan oleh pihak polis. Itu saja.

Untuk rekod, kira-kira setahun lalu, Namewee pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.

Begitupun selepas tindakannya dikecam pelbagai pihak, dia yang merupakan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan ketika itu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatannya.

Bagaimanapun kekesalan Namewee hanya sementara apabila dia muncul pula dengan satu lagi klip video kontroversi mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dalam klip yang boleh dimuat turun di YouTube menggunakan tajuk Namewee F*** TNB Malaysia itu bermula dengan dia berada di rumahnya pada waktu malam apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus.

Dia kemudiannya kelihatan menelefon seseorang yang didakwanya TNB.

Dia mendakwa panggilan itu tidak dijawab sehingga menyebabkan dia berang dan pergi ke sebuah pejabat TNB berdekatan dengan diiringi jurukamera.

Ketika sampai di pejabat itu, Namewee menuntut penjelasan kepada kakitangan di pejabat tersebut dan meminta notis atau pemberitahuan tentang ketiadaan elektrik.

Biarpun kakitangan di situ cuba mententeramkan Namewee dengan memberitahu bekalan elektrik terputus akibat kerosakan namun dia tetap tidak berpuas hati.

Sebelum keluar daripada pejabat berkenaan dia memaki hamun kakitangan-kakitangan itu dengan bahasa kesat sambil menunjukkan isyarat lucah dengan tangan.

Dia kemudian menghabiskan klip video berkenaan dengan kata-kata mencarut dan gambar isyarat lucah berkenaan.

Itu pun dia lepas dan tiada tindakan dikenakan ke atas dirinya.

Dan yang terbaru, Namewee menghasilkan klip video terbaru itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Selain itu Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Namun semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Namewee kerana pemuda dari Muar, Johor itu kerana dia tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan.

Katanya, dalam klip video terbarunya, Namewee mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Tambah Nazri, mengikut akta tersebut, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee.

‘‘Sekiranya Namewee membuat lagu lucah yang dihalakan kepada pengetua sekolah di Kulai, maka orang yang berhak mengambil tindakan di bawah Akta SKMM ialah pengetua sekolah itu.

‘‘Terpulang kepada pengetua itu untuk mengambil tindakan atau tidak tetapi kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tindakan ke atas Namewee,” katanya kepada pemberita

Apa lagi nak diperkatakan.

Nampaknya walau dikecam pelbagai pihak, ia langsung tidak menjadi kudis pada Namewee.

Justeru kepada mana-mana pihak yang mahu menghina lagu Negaraku selepas ini, hendak mengutuk dan mencaci individu, kaum atau siapa saja selepas ini, maka mereka bolehlah berbuat demikian kerana Namewee telah membuktikan yang perkara tersebut tidaklah menjadi kesalahan dalam negara kita yang tercinta ini

Tak percaya tanya Nazri Aziz.

Penulis asal : JEFRI ZACHARIAH di Malaysia Instinct

Wallahhualam.

Penulis



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menteri berkenaan penakut

saya azri berkata...

nazri aziz terlupa kot bab caci ugama waktu solat lagu negara ku masjid azan..itu termasuk juga bidang juasa skmm hak ke?bukan isa ke?penin lah dgn undang2 ciptaan manusia ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif