Sabtu, 6 November 2010

Nik Ajis, Kenape Mu Nie Busuk Hati dan Bahalul?


Hari ini akhbar Sinar Harian menulis bahawa Nik Ajis berpendapat bahawa kekalahan PAS di Galas disebabkan UMNO telah melakukan perancangan rapi semasa tempoh kempen. Kerana perancangan rapi itulah, UMNO telah menang di Galas. Nik Ajis yang masih meroyan disekolahkan Ust. Nor Idris dan makin tertekan dengan kekalahan bermajoriti besar di Galas, kini cuba menabur fitnah pula.

Memang UMNO ada perancangan rapi. Tetapi perancangan rapi dalam menyusun strategi berkempen yang jitu dan menyeluruh. Malah UMNO dan BN mengotakan setiap janji yang ditaburkan. Inilah strategi yang telah menambat hati rakyat. Tambahan pula ia dibantu dengan kelemahan PAS di dalam menangani isu tanah dan kegagalan pemerintahan kerajaan PAS Kelantan membawa pembangunan di Galas serta menyelesaikan masalah dan isu berkaitan orang asli. Pengundi Cina juga turut melahirkan rasa kurang senang dengan PAS kerana mereka tidak nampak sinar masa depan bersama PAS. Pengundi muda juga semakin yakin dengan BN kerana mereka tahu, hanya BN sahaja mampu membela masa depan mereka. 

Antara kenyataan orang tua itu di dalam Sinar Harian adalah :
"............Beliau mendakwa perancangan sudah dibuat pihak tertentu kerana pada malam sebelum hari pengundian, salah seorang Menteri Kabinet mengeluarkan kenyataan BN akan menang besar di Galas.
“Saya rasa ragu, kerananya keesokan nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang Menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat.
“Bagaimana beliau boleh berkata demikian jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Jumaat, di sini, semalam.
Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan BN akan menanggung dosa jika kemenangan yang diraih itu hasil tindakan mereka mengugut rakyat dengan pelbagai sogokan yang ditaburkan.
Katanya, beliau boleh menerima kekalahan itu jika kemenangan calon BN mengalahkan Pas kerana ia kehendak rakyat Galas, tetapi jika BN menang disebabkan tindakan tidak betul, BN kena tanggung akibatnya di akhirat kelak......."

Baca selanjutnya di sini

Para pembaca sekalian, relevenkah tuduhan Nik Ajis ini? Bukankah tuduhannya hanya satu fitnah kerana dia sebenarnya sengaja hendak menutup kelemahan dirinya sendiri. 

Menteri mana yang berkata dia tahu BN akan menang di Galas? Jika benar sekalipun, ia adalah congakannya sahaja selepas dia melihat usaha BN berkempen dan berusaha sepanjang meraih undi. Adakah cukup bersandarkan perkara itu, Nik Ajis hendak menuduh UMNO dan BN ada konspirasi dan meyifatkan BN akan menangung dosa jika benar ada satu perancangan sulit. Taming Sari pula ingin menebalikkan kenyataan itu, jika tuduhan Nik Ajis ini salah, tanggunglah Nik Ajis dosa memfitnah yang lebih besar dari dosa membunuh. Vise versa. 

Celakanya manusia bernama Nik Ajis ini. Jika UMNO dan BN boleh menerima kekalahannya di Manek Urai walaupun majorinya rendah, mengapa Nik Ajis terlalu busuk hati dan bahalul tidak boleh memikirkan kehendak rakyat di Galas? Mengapa Nik Ajis tidak melihat ke dalam PAS sendiri dan memperbaiki kelemahan yang ada di dalam PAS? Keputusan Galas membuktikan rakyat sudah muak dengan kepimpinan Nik Ajis serta rakyat juga tidak yakin dengan manifasto PAS. Mereka mahukan gelombang islah yang lebih terjamin. Jadi kepercayaan itu mereka berikan kepada BN. 

PAS sebenarnya sengaja mahu menimbulkan keraguan di kalangan rakyat. Perkara ini sememangnya kita akui kerana setiap kali PAS kalah dalam pilihanraya mereka tidak pernah redho dengan kehendak rakyat dan takdir Allah. PAS sekarang lebih berkiblatkan fitnah dari dalil yang jelas. Jika inilah sikap PAS mereka sememangnya tergolong di dalam golongan yang fasik malah boleh jatuh syirik kerana menolak rukun iman ke-6 iaitu mempercayai kepada qada dan qadar.

"Nik Ajis, ambo nok nasihat sikitlah pada mu ni walopun mu toksir dengar. Mu ni berat doh. Mu tunggulah PRU13 ni. Ramai doh ore PAS jumpa ambo kato diore nok tukar kerajae kerana meluat tengok kebahalulan mu memerintoh. Mu banyok-banyoklah bertaubat sebab mu dah tua benar doh. Mu ingat mu keramat sangat ko boleh tampar Mungkar Nangkir? Disebabkan kejahate mulut mu tu, Mungkar Nangkir pun tak sabar nak tampar mu. Ambo tengok mu doh jauh doh menyimpe dari jale sebenar. Nik Ajis, ambo nasihatke mu sebab mu rake ambo dan saudaro seisle ambo. Bersegeralah bertaubat ajis...."

Wallahhualam.

Penulis,


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Tuan marah sangat ni, kami pembaca pun tak tahu apasal .. kalau N Ajis cakap UNMO buat perancangan rapi .. so betul lah tu. UMNO lebih cekap tapi apasal tuan kutuk N Ajis pulak.. kami sebagai pembaca mahu komen yang ilmiah bukan koment gila babi macam tuan buat.. komen orang tak sedar. kami takut sebab komen tuan, orang UMNO pun di persalahkan

Tamingsari berkata...

Tuan Anon... terima kasih atas komen anda.

Marah dan penegasan itu jauh berbeza.

Ilmiah yang macamana yang tuan maksudkan? Biasalah, setiap orang ada pandangan masing2.

Ilmiahkah kalau pemimpin kesayangan tuan itu menuduh juga membuta tuli?

Tuan tahu tak apakah kesannya tuduhan itu kepada rakyat?

Minta dulu Nik Ajis itu buat kenyataan bersandarkan fakta. Bukan sekadar agakan tidak lojik sahaja kemudian membuat spekulasi sendiri.

Ini fitnah namanya.

So, ada rasionalnya, Taming Sari menegurnya.

karlozpaco berkata...

Nik Ajis tu pakai serban 24 jam,jadi oxigen x masuk ke otak dgn sempurna maka pemikiran dia jadi ngarut,nyanyuk,sewel dan yg sewaktu dgnnya!Bg dia serban tu Islam agaknya.Holier than thou mentaliti Nik Ajis ni.Kalau x pakai serban pahala dia kureng kot!Jis kalau pahala yg kamu kejar dimuka bumi ini maka berhenti lah kamu dari menjadi saorg Islam.Kerana Islam sebenar x perlu pahala!KALAU X PERCAYA JIS CUMA FAHAMI DOA IFTITAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif