Sabtu, 6 November 2010

PAS Jangan Melampau !! : Nik Ajis Bukan Penyebab Penyakit PM

Dulu, Nik Ajis pernah mendoakan bala kepada DS Najib Tun Razak. Ikuti rakaman videonya dibawah :



PAS memang melampau, mereka menyatakan bahawa penyakit yang sedang melanda DS Najib hari ini adalah kesan doa Nik Ajis. Nauzubillah.

Rosaknya akidah puak PAS ini kerana mereka sudah mempercayai kekeramatan Nik Ajis sedangkan tujuan Nik Ajis berdoa kerana kebodohan, kedunguaan dan ketidakfahamannya berkaitan royalti minyak di Kelantan. Hanya kerana pentadbirannya tidak dihadiahkan dengan royalti, dia sanggup mendoakan bala kepada seseorang. Ekonomi Kelantan tidak pernah meningkat kerana pemimpin mereka asyik mengemis simpati orang. Petronas milik kerajaan BN, kerja-kerja pengalian minyak dilakukan oleh kerajaan BN di kawasan yang melebihi batu nautika perairan Kelantan. Jadi apa kaitannya dengan kerajaan PAS Kelantan?  

Taming Sari yakin, Allah tidak akan memakbulkan doa seseorang yang membalakan sesama Islam hanya kerana tujuan duniawi. Amat besarlah dosa seseorang yang mendoakan bala kepada saudara seislamnya jika peselisihannya hanya kerana duniawi. 

Dalam video yang Taming Sari linkkan di atas pun jelas menunjukkan Nik Ajis berdoa dalam keadaan beremosi.  Dia bertindak ala wali dan dek kerana itu, penyokongnya begitu taksub dengannya. Terang lagi bersuluh, Nik Ajis mempergunakan Islam semata memuaskan nafsu politiknya serta mempergunakan orang Kelantan bagi mencapai kemewahan duniawi. 

Paling malang, mereka cepat menghukum dengan mengatakan PM kini sakit perut kerana doa Nik Ajis dimakbulkan. PM sakit membuktikan Allah menyayanginya malah ia adalah simbol kepada penghapusan dosa. Sekurang-kurangnya ia sebagai bukti bahawa, dia juga manusia biasa yang tidak keramat seperti taksubnya orang PAS kepada Nik Ajis.


Jelaslah PAS mengajar kepada kekufuran dan kefasikan. Sepatutnya pemimpin PAS termasuk Nik Ajis mendoakan kesejahteraan pemimpin kita seperti mana pemimpin kita pernah berdoa dan menziarahi Nik Ajis sewaktu dia sakit dahulu. Inilah sebenarnya sikap yang diajar oleh Rasullulah S.A.W.

Marilah sama-sama kita insafi diri kita. Tidakkan timbul rasa sedih dan kecewa pembaca dengan sikap PAS dan Nik Ajis ini?

Wallahhualam.

Penulis,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedih sangat bila baca tulisan saudara. sampai hati puak2 PAS cakap gitu. bukankah kalau seseorang itu di uji dengan sakit mennjukkan Allah sayang
kan nya. dalam masa sama boleh menyucikan dosa2 kecil andai si pesakit itu redha.jauh sangat terpesongnya golongan ini. tidak kah ada rasa simpati. kalau benci sangat pun takkan dalam keadaan begini pun kebencian itu tidak boleh dipadamkan seketika. saya tau Allah sayangkan DS Najib. itu yg penting. mengkin ada hikmah disebaliknya yg tidak diketahui. semoga DS Najib cepat sembuh. InsyaAllah.

keris hitam bersepuh emas berkata...

SEBELUM MELEMPARKAN TUDUHAN ATAU FITNAH.FIKIR DULULAH SI TAMING SARI.AKU INGATKAN SAJE SEBAB SATU MASA NANTI SEMUA MASUK KUBUR TERMASUKLAH AKU DAN KAMU DAN AKU ATAU KAMU AKAN MESTI BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP APA YANG AKU DAN KAMU LAKUKAN DIATAS DUNIA.

AKU NAK TANYA ENGKAU SATU SOALAN : SIAPA PUAK PAS YANG BERKATA BEGITU : JANGAN MAIN PUKUL RATA AJE ?

NASIHAT AKU YANG KEDUA, KALAU NAK MEMARTABATKAN TULISAN JAWI: PERBETULKAN TULISAN TU. AKU BACA NAMA KAU BUNYINYA TAMING SORRY.

Tamingsari berkata...

Kepada keris hitam bersepuh mas,

Siapa puak pembangkang yang berkata begitu?

Sempit sungguhlah pemikiran tuan. Kawan-kawan saya sendiri pun puak PAS, dalam blog pembangkang penuh cerita pasal itu.

Aku tak takut le dengan ancaman ko sbb aku tahu aku berada dipihak yang benar.

Ejaan nama aku betul... Takpayah tunjuk pandai. Sekurang2 ada usaha akau nak martabat bahasa jawi.

Tuan pula apa pula usahanya?

Beginile org PAS... Bebal!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif