Isnin, 15 November 2010

PAS Jangan Mimpi Ganti UMNO !!

Pas usah bermimpi untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu selagi ia gagal menjadi parti yang dominan di dalam pakatan pembangkang.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, realitinya Pas tidak sekuat UMNO kerana parti itu bukannya berperanan sebagai ‘tulang belakang’ pakatan pembangkang sebaliknya hanya menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, berbanding UMNO meskipun parti itu menjalinkan kerjasama dengan MCA, MIC serta parti-parti komponen lain, ia telah diiktiraf sebagai parti tunjang kepada BN.

‘‘Inilah hakikat yang berlaku. Pas hanya sekadar pak turut kepada DAP dan PKR. Mereka tidak boleh buat apa-apa sekiranya mereka terus gagal menjadi parti dominan di dalam pakatan pembangkang.

‘‘Apa yang orang Melayu boleh harapkan kepada Pas jika peranan parti itu di dalam pakatan pembangkang tidak sehebat DAP dan PKR. Saya percaya orang Melayu yang rata-ratanya berpendidikan boleh membuat penilaian yang terbaik tentang perkara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas seminar yang dianjurkan oleh Pas bertajuk ‘Pas Sedia Ganti UMNO’ yang telah dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Shah Alam, semalam.

Di dalam ucapan perasmiannya Abdul Hadi antara lain telah membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap UMNO.

Nakhaie berkata, semua pihak harus sedar DAP yang kini rakan sekutu kepada Pas serta PKR tidak akan menerima perjuangan Islam sampai bila-bila.

‘‘Pemimpin-pemimpin Pas yang naif sahaja yang mahu bersahabat dengan DAP,’’ katanya lagi.

Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Pas perlu melupakan hasratnya untuk menggantikan UMNO kerana ternyata parti itu sehingga kini gagal menjadi sebuah parti alternatif terbaik bagi orang Melayu.

Selain faktor bersahabat dengan DAP beliau berkata, faktor kegagalannya menjadikan Kelantan sebagai negeri berteraskan Islam juga perlu diambil kira.

‘‘Cuba kita lihat di Kelantan. Pemerintahannya telah masuk tahun yang ke-20 tetapi apa yang kita perhatikan maksiat dan perbuatan keji masih berlaku di negeri berkenaan.

‘‘Sekiranya mereka berjaya menerapkan nilai-nilai Islam saya percaya maksiat tidak berlaku di Kelantan. Perkara-perkara keji tidak berlaku di Kelantan. Adakah mereka gagal mendapat keberkatan daripada Allah?’’ katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dihairankan kerana Islam di kalangan pemimpin Pas Kelantan hanya dalam bentuk luaran sahaja tetapi dari segi akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sedemikian.

‘‘Sebagai contoh maki hamun dan sumpah seranah yang sering keluar di mulut pemimpin-pemimpin Pas. Jelas, ini bukan akhlak Islam,’’ katanya.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata, hakikat politik ketika ini sebahagian besar orang Melayu merupakan penyokong UMNO.

Ditanya mengenai pelbagai tuduhan Abdul Hadi di dalam ucapannya itu termasuk mengatakan UMNO tidak bersolat, Mahmood Zuhdi berkata itu merupakan kenyataan daripada orang kecewa.

Sumber : Utusan Malaysia.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

usin berkata...

"PAS SEDIA GANTI UMNO". bersepah banner besar yg tulis mcm tu baru2 ni. banyak kali dah aku komen tahap akademik 'star2' dlm pas ni. fakta yg dangkal dan tidak buat rujukan. bahagian mana yg pas nk ganti umno ni? pas duduk dalam bn ke? kalau ye maksudnya memang pas boleh gantikan umno sebab kedua2nya parti org melayu Islam. tapi sekarang pas duduk dlm pakatan rakyat yg x berdaftarpun. nak ganti umno mestilah dominan dalam pr. umno dominan dlm bn. ada sama taraf ka? korang fikirlah sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif