Sabtu, 6 November 2010

PAS Kedah Hanya Buat Solat Hajat Tanpa Ada Usaha Bantu Mangsa Banjir

Menteri Besar Datuk Azizan Abdul Razak hanya mengadakan mesyuarat mengenai banjir hari ini, iaitu lima hari selepas banjir melanda. Mereka sebenarnya sibuk menyelamatkan harta benda mereka sendiri dan hari ini baru mereka ingat pasal rakyat. Mereka hanya buat solat hajat tanpa ada usaha menyelamat dilakukan. Allah tidak akan membantu jika mereka hanya berpeluk tubuh. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung membidas kerajaan negeri Kedah yang dilihat lemah dalam menangani masalah banjir yang berlaku di negeri ini.

"Bomba, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dilihat mengambil tindakan sendiri dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir. Sepatutnya kerajaan negeri perlu lebih cepat bertindak dalam membantu mangsa banjir,” katanya ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Sementara itu, Seramai 55 pesakit kritikal yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini dipindahkan ke beberapa hospital lain.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Marzuki Md Isa berkata, empat hospital yang dipilih bagi menempatkan pesakit kronik, kanak-kanak dan bayi itu ialah Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani; Hospital Kulim; Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Hospital Besar Pulau Pinang.

Seramai 21 pesakit ditempatkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani; Hospital Kulim (13); Hospital Seberang jaya, Pulau Pinang (lima) dan Hospital Pulau Pinang (16), katanya kepada pemberita ketika operasi memindahkan pesakit di HSB hari ini.

Pesakit-pesakit terlibat terpaksa dipindahkan memandangkan catuan bekalan air bersih yang dilakukan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang bermula Selasa lepas.

"Sekarang ini kita tidak ada bekalan air bersih yang mencukupi dan pesakit-pesakit kritikal ini memerlukan banyak bekalan air bersih untuk tujuan rawatan dan pembedahan.

"Jadi pihak HSB mengambil langkah awal dengan memindahkan pesakit berkenaan ke hospital lain bagi membolehkan rawatan susulan dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Beliau berharap orang ramai tidak keliru kerana HSB masih menerima pesakit dan menjalankan operasinya seperti biasa.

Kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kesihatan terus berkhidmat untuk rakyat dengan mewujudkan 54 pasukan perkhidmatan perubatan untuk ditempatkan di semua pusat pemindahan banjir di negeri-negeri yang mengalami bencana banjir untuk memastikan mangsa menerima khidmat rawatan terbaik.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pasukan itu diwujudkan berikutan banjir besar khususnya di Kedah, selain Kelantan dan Perlis semakin berlarutan dan bilangan mangsa banjir dijangka bertambah.

"Banjir ini nampaknya berlarutan, dah lebih 46,000 rakyat telah pun dipindahkan, dan melalui kementerian, kita dah wujudkan pasukan ini bagi memastikan pesakit yang dipindah dapat jagaan yang baik,” katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Tiong Lai berkata, pasukan itu juga turut ditugaskan untuk menganalisis bekalan air dan makanan di pusat pemindahan serta memantau haiwan yang berisiko membawa penyakit.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai di kawasan tersebut tidak bermain dengan air banjir kerana dikhuatiri terdedah kepada bahaya penyakit leptospirosi.

Sumber : Bernama

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif