Ahad, 7 November 2010

PAS Perlu Kaji 'tahaluf siyasi' Dengan DAP

Masih belum terlambat bagi Pas untuk mengkaji semula 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana ia lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan kepada parti itu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pada masa ini Pas walaupun mempunyai organisasi kukuh, jentera mantap, ahli teramai dan pengaruh peringkat umbi kuat berbanding parti pembangkang lain tetapi ia hanya sekadar menjadi 'pak turut'.

Menurut beliau, sepatutnya berdasarkan kepada kelebihan Pas itu, ia wajib menjadi dominan dalam pakatan pembangkang, sekali gus sebagai wadah alternatif Melayu Islam selain daripada UMNO.

"Masalahnya keadaan itu tidak terjadi, sebaliknya dalam 'tahaluf siyasi' itu Pas tidak mendapat peranan jelas yang sepatutnya, seolah- olah menyerahkan lehernya untuk disembelih oleh rakan lain yang memperkudakan mereka.

"Saya yakin majoriti ahli dan pengundi atas pagar meneliti dengan mendalam perkara ini terutama sikap Pas sendiri yang sanggup menggadaikan maruah dan dasar seperti penubuhan negara Islam, hanya kerana matlamat untuk menumbangkan UMNO," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas ahli Majlis Syura Pas dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengulas mengenai rakaman video 'pertemuan panas' yang tersebar luas antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO.

Tambah Nakhaie, beliau yakin sentimen kemarahan Mohd. Nor itu turut dikongsi bersama kebanyakan ahli Pas yang semakin 'terasa' sikap pimpinan parti pembangkang lain yang berterusan memperlekehkan pemimpin Pas.

Dakwa beliau, walaupun perasaan 'menggelegak' itu bijak disembunyikan tetapi ia telah menjadi seperti rahsia yang diketahui umum, memang berlaku perpecahan dalaman kronik di kalangan ahli dan pimpinan Pas ekoran keputusan kurang bijak mengadakan kerjasama itu.

"Sebenarnya keadaan ini amat berbahaya kerana semuanya nampak seperti baik di luar tetapi apabila Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikhuatiri akan berlaku undi protes.

"Pas kena cepat bertindak, jika tidak mereka akan menyesal. Perasaan marah ahli kini sedang membuak- buak dan hanya menunggu masa sahaja untuk meletup," katanya.

Jelas Nakhaie, pimpinan Pas perlu berlapang dada apabila menerima teguran dan jangan bersikap dangkal terus menyalahkan pihak lain atas kekalahan yang diterima seperti di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, Khamis lalu.

"Cukuplah dengan alasan retorik, apabila kalah kata Pas melawan sebuah kerajaan (Malaysia) dan wujudnya pengundi hantu tetapi semasa menang, terus dengan bangganya mengatakan Pas mendapat bantuan malaikat dari langit," katanya.

Sementara itu, Hubungan Pas dengan parti lain dalam pakatan pembangkang hanya bersifat kosmetik yang boleh rosak pada bila-bila masa kerana masing-masing mempunyai mempunyai dasar perjuangan yang jauh berbeza antara satu sama lain.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali sebaliknya berkata, mereka hanya bersatu kerana berpegang kepada prinsip melawan musuh yang sama iaitu Barisan Nasional (BN).

"Ramai ahli dan penyokong Pas tidak bersetuju dengan kerjasama itu tetapi kerana konsep wala' atau mentaati keputusan pucuk pimpinan, terpaksalah mereka memendam rasa," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai rakaman video 'pertemuan panas' yang tersebar luas antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris.

Che Hamdan berkata, sebenarnya isu antara kedua-dua ulama itu lebih kepada masalah peribadi bekas pemimpin Pas yang kecewa dalam perjuangan dan memilih untuk menyertai UMNO.

Bagaimanapun, katanya, isu kerjasama antara Pas dan DAP seperti yang ditimbulkan oleh Mohd. Nor telah menjadi punca suasana dalam Pas bergelora atau lebih tepat lagi menjadi duri dalam daging.

Sumber : Malaysia Instinct

Wallahhualam.

Penulis,

5 ulasan:

ADUKA PENDEKAR berkata...

Selepas mengkaji semua video2 dan kenyataan Ustaz Mat Nor Deris dlm beberapa Blog2 PENYOKONG umno;
KONKLUSI NYA:

Kalau Ustaz Mat Nor Deris ni seorang yang berjiwa murni,dia :

1)Tak akan kutuk seorang rakan atau bekas rakan nya(TGNA) depan orang ramai dan seterusnya dalam Video sambil bias terhadap UMNO (brrapa agaknya dah DAPAT/Mashuk??)

2)Kalau nak berbincang/berdialog,
sepatutnya cakap BAIK2 dan BERHEMAH
bukan menjerit2.Sedangkan Allah SWT telah menegur sesiapa yang nak bercakap dgn Rasullullah supaya JGN dengan suara kasar dan kuat TAPI dengan adab yang baik.
Sebagai ketua PAS,Ustaz NOR kenalah beradab,bukan TERJAH KURANG AJAR!! Malulah tengok perangai Mat Nor ni!
Kalau ini lah cara orang kita,sori lah,saya HILANG RESPECT kat Mat Nor
ni...!!!Jangan sebab nak HENTAM aje
hilang pertimbangan diri..!!Kalau tak disekat,Mat Nor ni seolah2 hendak pukul Dato Nik Aziz.!!

INIkah CARA ORANG KITA,ORG ISLAM MELAYU?

3)Kalau Mad Nor ni bertindak sama dalam majlis Menteri Hal Ehwal Agama,Dato Khir,dah lama dia kena heret keluar oleh pengawal2 atau pihak Polis atau mungkin dibelasah!

4)Walaupun terkejut,Dato Nik Aziz kool aje,lepas tu dia macam buat tak kisah kat Mad Nor ni...tapi oleh kerana terpaksa melakonkan adegan bergaduh dengan NIK AZIZ untuk tatapan UMNO/BN,maka Mad Nor ni buat MUKA TAK MALU dan terus dengan AKSInya(kerana bayaran lakonan dah diberi..agaknya!!)

5)Ni lah dia agaknya,SATU LAGI STRATEGI BN(mcm satu lgi projek BN)yang TIDAK MENYAKINKAN dan Mungkin bolih BACKFIRE..!!
contoh Mad Nor kata dia
Khashaf(dah RIAK tu!!),bila tak mau bersalam dgn Nik AZIZ...Mana ada orang ALIM cakap bongkak dia Khashaf???

Terpulang kpd Bloggers2 yg BIJAKSANA untuk MENILAIKAN yang mana BENAR, YG MANA PALSU dan LAKONAN........

ADUKA PENDEKAR

keris hitam bersepuh emas berkata...

KALAU TAMING SARI TAK TAHU, SI NAKHAEILAH DULU PALING BANYAK MENGKAFIRKAN UMNO DALAM SETIAP CERAMAHNYA, ORANG MACAM DIA NI LANGSUNG TAK BOLEH PAKAILAH.

keris hitam bersepuh emas berkata...

KENAPA UMNO CUKUP BERSIMPATI KEPADA PAS, APABILA PAS BERSEKUTU DENGAN DAP. SEDANGKAN KALAU DILIHAT DARI ULASAN PUAK UMNO,PAS SEMAKIN HILANG SOKONGAN HASIL DARI HUBUNGAN TERSEBUT DENGAN KATA LAIN UMNO SEMAKIN RAMAI RAKYAT YANG AKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA UMNO KHASNYA DIKALANGAN ORANG MELAYU. PELIK TAPI BENARKAN. TAMING SARI TOLONG ULAS SIKIT.

Tamingsari berkata...

Aduka Pendekar,

Tafsiran anda mungkin benar. Memang diakui Ust. Nor mencampurkan pendekatan emosi.

Tetapi dia buat begitu kerana Nik Aziz degil dan cuba menegakkan benang yang basah.

Ust. Nor juga manusia biasa. Nik Ajis sendiri melenting bila ditegur.

Nik Ajis sebenarnya sudah melampau kerana tidak ada sesiapa pun selama ini berani menegurnya.

Anda menilai video-video ini bukan dengan hati terbuka tetapi hati yang bias kepada PAS.

So, konklusi anda berat sebelah.

Tamingsari berkata...

Kepada Keris Hitam Bersepuh Emas,

1st, tq sbb banyak bg komen dlm blog ini.

Cumanya, anda ini suka menilai orang lain kurang ilmu.

Sy sendiri kenal siapa Nakhaie. Dia sudah bertaubat dan tidak lagi bersama PAS kerana sedar, pejaungan PAS hanya untuk kuasa bukan untuk Islam.

UMNO bukan bersimpati dengan PAS tetapi UMNO bersimpati dengan nasib Melayu Islam jika mereka terpengaruh dengan perjuangan PAS yang berstongkol dengan DAP.

Sy tidak pasti anda kenal atau tidak siapa itu DAP samaada sejarah atau perjuangan mereka.

Anda bayangkan jika PAS bersama dengan parti kafir harbi ini, apakah sebenarnya motif penyatuan ini?

Kesannya bukan kepada PAS sahaja, tetapi kepada semua umat Islam Melayu.

Anda kena kaji betul2 perjuangan DAP supaya anda dan PAS tidak terjerumus ke lembah kehancuran.

Renung2kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif