Khamis, 4 November 2010

Pejabat PAS Terbakar : Kebetulan Yang Perlu Difikirkan


Tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar sehingga ke tingkat bawahnya. Kebakaran itu bagaimanapun, tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Ketika ini, kebanyakan petugas dan kakitangan pejabat PAS dilaporkan berada di Galas, Gua Musang dan juga di Batu Sapi, Sandakan untuk pengundian pilihan raya kecil hari ini. Menurut seorang kakitangan yang tidak mahu dikenali, kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas pejabat itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.

Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah. Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi. Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007. Bangunan itu secara asasnya dibeli pada harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya. Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan ibu pejabat PAS itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai serbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5. 

Inilah yang dinamakan takdir Allah. Namun, persoalan yang timbul adalah mengapa bangunan ini terbakar tepat dengan tarikh pilihanraya di Galas ? Menyaksikan PAS bertembung dengan BN dalam merebut kerusi DUN Galas.

Kebetulan eksiden ini berlaku pada tarikh yang sama dan ini perlu dilihat secara lebih kritis oleh kita semua seakan ada petunjuk yang Allah ingin tunjukkan berkaitan perjuangan PAS yang harus dipadamkan segera. Namun ia adalah dibawah ilmu Allah kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui tentang apa sahaja yang berlaku.

Cuma jangan pula tiba-tiba PAS mengaitkan UMNO dalam kejadian ini sudahlah.

Wallahhualam.

Penulis,



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif