Sabtu, 6 November 2010

Pemimpin Melayu Hari Ini Jangan Ulangi Kesilapan Tunku


Apa kesilapan Tunku? Benarkah ia satu kesilapan. Tidak boleh dinafikan, mengeluarkan Singapura iaitu salah sebuah negeri dibawah Pesekutuan Tanah Melayu telah memberi impak yang besar pada Malaysia hari ini. Biarpun peristiwa itu sudah berlalu menjangkau 45 tahun, namun Malaysia masih diancam oleh politik ala PAP yang berkiblatkan Singapura yang diamalkan DAP di Malaysia.


Untuk pengetahuan pembaca, keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Ramai cendiakawan Melayu dan pengkaji sejarah melihat bahawa keputusan ini adalah bersifat peribadi tetapi jika Tunku bersabar dan membawa isu ini dalam meja rundingan dan perbincangan bersama kepimpinan persekutuan ketika itu, pasti ada jalan lebih baik yang boleh direncana bagi menyelesaikan masalah pergaduhan kaum di Singapura.

Punca utama kepada pergaduhan kaum ini adalah kerana Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'. Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malaysia" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Pembaca sekalian, sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura. Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi. Tepat atau tidak keputusan Tunku ini bukan isu yang perlu kita perdebatkan lagi. Pemimpin Melayu khususnya dari UMNO perlu sedar dan faham mengenai isu ini sebaik mungkin serta tidak prejudis kepada mana-mana kaum. Kesetiaan MCA dalam menghadapi PAP perlu dihargai sekaligus kerasisan kaum Cina PAP dapat diimbangi dengan keputusan MCA yang memihak Perikatan.

UMNO perlu bertegas di dalam isu mempertahankan kuasa Melayu di semua negeri serta mereka juga perlu sentiasa menyedarkan Melayu impak jika Melayu kehilangan kuasa. Contoh yang paling hampir adalah kesan pemerintahan DAP di P.Pinang yang kini persis corak pemerintahan PAP Singapura semasa pra pemisahan. Bezanya penerimaan orang Melayu P.Pinang dengan penerimaan orang Melayu Singapura dahulu adalah tiada pendekatan emosi sehingga mencetuskan pergaduhan kaum. Tetapi jika DAP P.Pinang semakin rakus meratah tanah-tanah orang Melayu, Taming Sari khuatir, pergaduhan ini bakal berlaku jua akhirnya. Kita dapat saksikan kini, satu persatu perkampungan Melayu di Pulau Pinang dirampas oleh DAP.

Apa yang tersirat disebalik semua ini adalah agenda DAP untuk mengurangkan pengundi Melayu di P.Pinang berkaitan dengan impian dalam pengekalan kuasa mereka disana. Ini kerana, orang Melayu semakin sedar bahawa DAP bakal mengancam mereka dan DAP amat takut, orang Melayu tidak lagi mengundi mereka pada PRU13. Daripada memperjudikan masa depan DAP kepada tangan-tangan Melayu lebih baik selagi mereka ada kuasa, Melayu perlu diusirkan dahulu. 

Jika sentimen ini berlarutan serta satu persatu hak Melayu ditidakkan, UMNO selaku parti perjuang kepada orang-orang Melayu perlu bertindak. Sebelum ia melarat sehingga mencetuskan pergaduhan kaum, kebimbangan yang disuarakan kini perlu diambil berat. Kerakusan Lim Guan Eng perlu dihentikan dan keadilan kepada orang Melayu perlu diutamakan. 

Janganlah kita ulangi kesilapan dahulu kerana tanah kita ini perlu kita pertahankan kerana tanah inilah satu-satunya tapak untuk kita pacakkan panji Islam dan panji Melayu yang amat kita cintai ini. Jika ia digadaikan hanya kerana toleransi, di mana lagi mahu kita bertapak dan bagaimanalah nasib anak cucu kita nanti jika wariskan Malaysia yang sudah tergadai?

Wallahhualam.

Penulis,

4 ulasan:

udanggalah berkata...

Apapun Tunku telah mewariskan bumi ini kepada bangsanya.Itulah yang termampu dilakukan ketika itu.Lebih membimbangkan kita yang diwariskan kemerdekaan atas jasa Tunku semakin leka mempertahankan tanah bertuah ini....bangunlah bangsaku//!

Tanpa Nama berkata...

kita tidak perlu menyalahkan Tunku membuat keputusan semacam itu sebab adakalanya 'nyawa' lebih penting dari segalanya....mungkin masa itu tidak ramai Melayu yang bijak pandai untuk menolong Tunku membuat keputusan yang tepat...sekarang Melayu ramai yang kaya raya dan mempunyai kelulusan luar negara tp hal yang sama berlaku dulu kan berulang kembali contoh terdekat Pulau Pinang mungkin akan terpisah dari Malaysia...jadi kalau hal ni berlaku perlukah kita salah Tunku juga?

Tanpa Nama berkata...

Pada masa sekarang ni banyak lagi kepincangan yang berlaku terhadap pengurusan ekonomi yang secara halus nya telah di bolos oilh negara asing. Sebagai contoh GLC yang patut nya mejaga kepentingan Tanah Melayu telah memberi laluan kepada mereka untuk berada di dalam syarikat yang penting. Apa kah tidak nya ini suatu keputusan yang amat merbahaya.Banyak lagi keputusan yang memalukan kita, Pulau Batu Putih apa cerita, kawasan minyak Limbang di Sarawak. History tends to repeat itself. Cerita corridors belum kedengaran lagi sebab ia belum penuh berfungsi. Kepada pemimpin perlu lah berdiri dengan teguh dan berani untuk membuat major reshuffles dan overhaul kepada ahli poitik yang sedia ada.No man is indispensable. Politician comes and go but the rakyat is here to stay and vote when the times comes.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal berkata...

slm ziarah
artikel menarik
pohon jasa baik tuan follow
dan link blog baru kami. TQ

http://pemudaumno-nibongtebal.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif