Selasa, 9 November 2010

Pendapatan Penoreh Getah Hari Ini Setaraf Gaji Pegawai Tinggi

Berikutan harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara semalam, membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, harga getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram semalam menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

"Kita dapat melihat sejak beberapa tahun, antara komoditi yang stabil adalah getah. Ia mengupayakan pendapatan penduduk luar bandar dengan stabil," katanya kepada pemberita pada majlis Hari Inovasi dan Kualiti Risda, di sini hari ini.

Beliau yakin komoditi berkenaan bukan sahaja akan memberikan sumbangan kepada pendapatan negara malah masyarakat luar bandar khusunya pekebun kecil.

Sehubungan itu, Program Tanam Semula Risda diberikan peruntukan sebanyak RM217 juta tahun ini untuk kawasan seluas 131,528 hektar membabitkan 52,000 orang pekebun kecil, katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif