Ahad, 14 November 2010

Penyokong PKR, Antara Anda Dan 3 Orang Ini Siapa Lebih Mengenali Anwar?


Taming Sari masih tidak faham, mengapa, penyokong saudara Anwar Ibrahim (gambar atas - takkan gambar bawah pula ) terus setia bersamanya walaupun pelbagai isu dibangkitkan berkaitan dengannya. Isu ini bukan dibangkitkan oleh orang lain tetapi dicanang bekas orang kuatnya sendiri. Biarpun mereka sudah meninggalkan PKR, harus diingat, perjuangan mereka bersama Anwar dahulu lebih dari apa yang generasi kini boleh lakukan sehingga ada diantaranya ditahan ke ISA bersama-sama Anwar.


Jika setahap itu perjuangan mereka membela Anwar dan akhirnya meninggalkannya, tidak terfikirkah anda wahai penyokong Anwar sekalian bahawa, apakah puncanya mereka sanggup berpaling arah tuju yang dulunya diperjuangkan oleh mereka habis-habisan?

Siapalah anda jika hendak membandingkan rapatnya mereka dengan Anwar. Jika anda yang hanya duduk jauh, bertemu dengan Anwar pun tidak pernah, apa justifikasi terbaik anda mahu menyokong peliwat ini?


Di sini Taming Sari lipurlarakan serba sedikit kisah mengenai tiga orang bekas orang kanan Anwar yang akhirnya meninggalkan Anwar kerana hilang kepercayaan kepada motif dan kepimpinan Anwar :

1. Ezam Mohd Nor (gambar kiri sekali)

Ezam Mohd Nor lahir 24 April 1967 di Klang, Selangor. Beliau merupakan ahli politik Malaysia bermula dari UMNO. Dia keluar dari parti pada 1998 dan kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat, namun keluar dari parti itu pada 2007 dan menyertai semula parti UMNO pada 28 Mei 2008.

Beliau pernah bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1980 sehingga 1984. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan ekonomi dari tahun 1987 hingga 1991.

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Selangor pada 1993 sehingga 1996 kemudian menjadi Setiausaha UMNO Negeri Selangor dari 1996 sehingga 1998. Kemudian beliau menjadi Naib Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1998 sehingga 1999.

Beliau pernah menjadi Setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan teks ucapan, perancangan politik dan sebagainya. Beliau juga pernah menulis teks ucapan untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998, beliau bersama lain-lain pemimpin turut keluar dan mengadakan demonstrasi jalanan di ibu kota Kuala Lumpur. Kehadiran beliau di pentas politik mampu menarik kehadiran ramai penyokong dan penonton. Ezam adalah bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK) dari 1999 sehingga 2005. Ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, beliau antara yang tetap setia mempertahankan Anwar.

Beliau merupakan bekas pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya selepas beliau bebas dari tahanan Akta Rahsia Rasmi 1972 (ISA). Pada tahun 2001 Ezam telah didakwa di bawah OSA kerana memiliki fail kes rasuah Rafidah Aziz. Pada tahun 2002, Ezam telah dijatuhkan dua tahun penjara. Ezam pernah mendakwa memiliki enam kotak dokumen sulit kerajaan. Penyokong beliau ternanti-nanti dan menghadiri ceramah beliau untuk mendengar pendedahan rahsia tersebut. Ribuan hadir dalam ceramah beliau di Kampung Rinching Hilir, Semenyih.

Pada 24 Januari 2004, ketika Anwar Ibrahim masih di dalam penjara, Ezam mengatur ceramah bersama Gerak. Majlis Pelancaran 'Gerakan Anwar Bebas [GAB] Perak di diadakan Markas keADILan Pasir Salak di Permatang Pelanduk . Ceramah ini tidak mendapat permit Balai Polis Teluk Intan . Oleh itu pasukan polis dengan 8 buah trak dengan lebih 200 orang FRU lengkap telah menyerbu ketika Ezam , Muhaimin Sulam, Othman Abd. Rahman dan Kapten Usaili (Adun Bota) berucap. FRU lengkap bersenjata dan water canon.

Beliau dikatakan tidak dapat bekerjasama dengan Mohamed Azmin Ali kerana berlainan cara perjuangan. Baginya Anwar Ibrahim telah menyimpang jauh dari arus perjuangan suatu ketika dahulu.

Pada 28 Mei 2008, Ezam memohon menyertai semula parti UMNO setelah menyerahkan borang keahlian dan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup kepada Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

2. Zulkifli Noordin (gambar tengah)

Zulkifli Noordin merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah (P 18 ) dari Parti Keadilan Rakyat(PKR). Beliau dilahirkan di Kg. Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah pada 19 Februari 1962. Beliau juga merupakan Peguambela, Peguamcara dan Peguam Syarie. Bapanya anggota polis.

Beliau mendapat pendidikan awal di Ashby Road (English) Primary School, Ipoh. Kemudian bersekolah Menengah di Anderson School, Ipoh dan King Edward VII, Taiping, Negeri Perak. Beliau menyambung pelajarannya untuk Pra Universiti di Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian ke New Zealand iaitu pengajian A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland dan akhirnya memasuki Victoria University of Wellington, New Zealand di antara 1982-1986.

Setelah balik ke Malaysia beliau berkhidmat sebagai peguambela & peguamcara dan Peguam Syarie. Beliau mempunyai syarikat guaman sendiri.

Antara kegiatan masyarakat yang diceburinya :
2006-2007 Ahli Exco Majlis Peguam Malaysia
2008-2009 ahli Jawatankuasa Perundangan Syariah, Majlis Peguam Malaysia
ahli exco Pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI)
Pengerusi, Madrasah To' Din (MTD), Baling, Kedah
Penasihat Undang-Undang, Masjid Jame' Bandaraya Kuala Lumpur
Penceramah di masjid, surau dan forum-forum yang bersesuaian di peringkat nasional dan antarabangsa.
[sunting] Pengalaman
Panel peguam kes pemecatan Tun Mohamed Salleh Abas, Ketua Hakim Negara
Peguam mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam kes Nordin Salleh –lwn- Dewan Undangan Negeri Kelantan (kes lompat parti ADUN S. 46 ke UMNO)
Mewakili Kumpulan Darul Arqam mencabar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
Mewakili Puan Pendek Ahmad & Norhayati Mohd. Yusof didalam kes berkaitan skandal seks Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dengan gadis bawah umur)
Mewakili Al Fadhil Ustaz Kamal Asha'ari melawan Dato' Abdul Hamid Othman & Pusat Islam dalam kes fitnah terhadap Ustaz Kamal Asha'ari
Mengendalikan kes pemecatan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Mengendalikan kes-kes murtad termasuk kes Nor 'Aishah binti Bukhori
Ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 29 September 1998 bersama-sama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan 16 yang lain.
Mengendalikan kes Lina Joy –vs- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Jabatan Pendaftaran Negara mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia
Mengendalikan kes Pendakwaraya –v- Kumpulan Al Maunah yang didakwa atas pertuduhan memerangi Yang Di Pertuan Agong dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan;
Menyampaikan ucapan dan pidato di Universiti Columbia, New York, London School of Economic, Cambridge University, UNESCO di Paris dan lain-lain.
Menyampaikan ucapan, pidato dan ceramah di UM, UiTM, UIA, UNITEN, UKM, KUSZA, masjid-masjid, surau-surau, syarikat, bank, institusi-institusi dan lain-lain.

Beliau menyertai PKR kerana tertarik dengan Anwar Ibrahim yang memperjuangkan nasib petani miskin kebuluran di Baling, Kedah pada 1974. Zulkifli pernah menoreh getah di Baling .

Ketika bertanding pilihan raya, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Syeikh Azmi yang menghidap kencing manis. Pendiriannya agak konservatif dan menentang pembaharuan yang dibawa oleh Khalid Samad. Pendiriannya ini berlawan arus dengan dasar pelbagai kaum PKR.

Pada 29 September 1998, Zulkifli pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Anwar Ibrahim. Ketika itu isterinya sarat mengandung anak ketiga. Beliau dibebaskan pada 27 Oktober 1998.

Rakan lain yang ditahan ISA ketika itu ialah Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Malek Hussein, Tamunif Mokhtar , Ahmad Shabrimi Mohd Sidek, Lokman Nor Adam , Khir Md Noor , Shariffudin Budin dan Saari Sungib . Pemuda UMNO seperti Ruslan Kassim, Dr. Rahim Ghouse, Saifuddin Nasution, Ezam Mohd Nor, Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Baharuddin Ibrahim, Abdul Syafid Omar, Putus Omar, Mohd Yahya Mohd Sharif kerana anti parti. Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 2 Oktober 1998.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Zulkifli Nordin bertanding di parlimen Kuala Langat tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional-UMNO , Datuk Dr Shafie Mohd Salleh . Seseorang calon diperlukan membayar deposit RM10,000 untuk bertanding bagi kerusi parlimen dan RM5,000 untuk kerusi DUN semasa mengemukakan borang pencalonan mereka. Selebihnya wang cagaran untuk kebersihan bahan-bahan kempen yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Zulkifli Nordin dipilih Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding di parlimen P18 Kulim -Bandar Bharu. Parlimen ini terbahagi kepada 2 DUN iaitu DUN Kulim dan DUN Bandar Bharu. Kulim Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang. Zulkifli menang dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi. Keempen Datuk Abdul Aziz dibantu oleh pelakon dan pelawak Malaysia seperti Aziz Sattar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Aznil Nawawi.

Zulkifli Noordin telah menfailkan penyata perbelanjaan pilihanraya 2008 pada hari penamaan calon kepada pegawai SPR pada 8 Mac 2008. Mengikut peraturan SPR, calon yang tidak menghantar penyata akaum perbelanjaan pilihan raya lepas , kemenangan terbatal dan pihak lawan akan menang percuma. Bukti resit atau dokumen hitam putih dari pegawai SPR tidak ada kecuali mendapat semula wang deposit sebanyak RM15,000.

Kemenangannya dipertikaikan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 oleh BN- UMNO (Abdul Aziz Sheikh Fadzir). Pada 13 Oktober 2008, di Mahkamah Tinggi Alor Star, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir secara mengejut menarik balik petisyen pilihanraya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi menerima pembatalan petisyen itu. Akibatnya timbul spekulasi Zulkifli akan menyertai UMNO. Zulkifli dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September 2008. Zulkifli diwakili dua peguam, Md. Radzi Mustafa dan Azhar Arman Ali manakala Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin selaku peguam cara dan peguam- peguam Kanan Persekutuan, Maheran Mat Isa dan Zaleha Mat Jani mewakili responden kedua dan ketiga.

Zulkifli mendesak agar Peguam muslim patut menerajui Majlis Peguam Malaysia selepas Majlis Peguam itu menganjurkan Forum Memeluk Islam di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2008. Zulkifli merupakan exco Persatuan Peguam Islam dan dilihat bertentangan pendirian dengan parti PKR.

Forum ini dilihat sebagai tindakan provokasi terhadap orang Islam . Seramai 500 orang Islam berkumpul dan ada yang menyerbu masuk ke dewan persidangan dan melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".Sepanduk "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman" jelas menyatakan kemarahan umat Islam.

Selepas menyertai demonstasi membantah forum itu, pembantu khas beliau, Saari Fadhil Hud tidak dapat menghubungi Zulkifli atau menghilangkan diri.[12] Pada 10 Ogos 2008, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan rumour di blog bahawa Zulkifli Nordin ditahan di bawah ISA.[13]

Pada 18 September 2008 , Zulkifli disiasat berhubung 'Himpunan Aman Umat Islam' membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam. Katanya 'Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam' dan akan mengerjakan umrah di Mekah. Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI). Zulkifli mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.[14] Baginya 'Kalau DAP perjuangkan Islam pun saya akan masuk DAP'.

Pada 22 Jun 2008, sebagai membantah kenaikan harga petrol dari RM1.92 kepada RM2.70 , Zulkifli Nordin bersama YB Tian Chua (Batu), YB Wee Choo Keong(Wangsa Maju) & YB Gobala (Pdg Serai) berbasikal ke Parlimen dari Bank Negara , berhampiran Dataran Merdeka.

Pada 9 Mei 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi memberi jawapan bertulis terhadap soalan Zulkifli. Tun Dr Mahathir Mohamad menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas. Dato Shahrizat Abdul Jalil menerima bayaran tahunan RM404,726.40 sebagai penasihat hal ehwal wanita. Tan Sri Abdul Hamid Othman menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri.Wang RM1.14 juta itu sebenarnya boleh membina 36 buah penduduk miskin atau membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun.

Pada 6 Mac 2010, Lembaga Displin PKR memecat Zulkifli kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa. Katanya wujud 'firaun kecil' dalam PKR dan 'badut hingusan' dalam PAS. Zulkifli juga tidak mengiktiraf Lembaga Disiplin PKR yang semuanya bukan Islam sedangkan isunya adalah kalimah Allah dan agama Islam . Ahli panel itu ialah Tuan Syed Kamarulzaman (Islam), Goh Keat Peng aktivis (Kristian) , Cik Chew Swee Yoke , aktivis (Kristian), dan En T Kumar (Hindu) dan . Kes utama ialah tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid Samad.Surat bertarikh 16, 25 dan 27 Februari memohon agar lembaga disiplin ditukar kerana membabitkan isu aqidah dan syariat Islam. Dia bertanggungjawab membela dan mempertahankan maruah dan kedudukan agama Islam saya serta institusinya yang dilabel sebagai ketinggalan zaman dan umat Islam yang dilabel sebagai terlalu lemah kefahamannya sehingga perlu dilindungi. Ini adalah isu aqidah, syariat dan umat Islam.Mustahil 500,000 ahli PKR tidak ada orang Muslim yang berintegriti.

Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dari PAS tidak mahu menerima Zulkifli dengan alasan “setiakawan dalam Pakatan Rakyat”.

Pada 10 Mac 2010, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan menuduh Zulkifli sebagai pelampau agama dan racis. Oleh itu UMNO dan Barisan Nasional jangan menerima beliau. Selepas menjadi ahli parlimen Bebas, Zulkifli memgumumkan tidak lagi menyertai barisan peguam membela Anwar Ibrahim.

Pada 27 Mac 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk bertemu dengan Zulkifli Nordin yang ingin berjumpa dan memohon maaf . Selama ini Zulkifli mengaitkan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Polis menyiasat Zulkifli berhubung maklumat terbaru itu.

3. Zahrain Mohamed Hashim (gambar kanan sekali)

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim merupakan Ahli Parlimen BEBAS yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang. Beliau merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah memegang Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang yang keluar disebabkan ketidakpuasan hati kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng.

Beliau adalah orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Beliau mengenali Anwar Ibrahim semasa Anwar menjadi presiden ABIM. Beliau adalah bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang sebelum menyertai PKR. Zahrain menjadi pengerusi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.

Semasa pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Beliau memperolehi 27,618 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 16,589 undi. Semasa pilihan raya kecil Penanti pada tahun 2009, nama beliau pernah disebut-sebut sebagai calon dalam Pilihan raya kecil Penanti 2009. Namun Dr Mansor Othman terpilih sebagai calon dan terpilih menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau merupakan pengkritik lantang pentadbiran ketua menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan oleh kerana tiada tindakan terhadap YAB Lim maka pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas yang tidak mesra BN.

Pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas dan tidak mesra BN. Kedudukannya di Dewan Rakyat akan berubah dari barisan kerusi PKR kepada barisan kerusi Bebas bermula pada 15 Mac 2010. Alasan beliau adalah kerana kehilangan kepercayaan kepada pucuk pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Zahrain tidak dapat menerima Lim sebagai 'Khalifah Omar Abdul Aziz dan slogan 'Amar makruf nahi mungkar'. Lim amat bahaya kepada umat Islam Pulau Pinang seperti pengharaman perarakan Malidur Rasul. Slogan 'Middle Malaysia' tidak ubah seperti 'Malaysian Malaysia' slogan DAP satu ketika dahulu.

Pada 15 Mac 2010, ketika menghadiri sidang Parlimen, Zahrain menyatakan pendirian bahawa beliau tidak setuju apa sahaja yang membebankan rakyat termasuklah ISA dan Cukai barangan dan perkhidmatan(GST).Namun begitu beliau setuju dengan slogan 1Malaysia yang menekankan perpaduan rakyat Malaysia.

Pada 29 Januari 2010, akhbar The Star melaporkan Dato' Seri Zahrain Hashim mengkritik keras YAB Lim Guan Eng; melabelkan beliau sebagai "diktator, chauvinis dan berotak komunis". LGE mengamalkan pentadbiran kuku besi iaitu tidak dapat menerima pandangan exco dan orang lain. LGE marah terhadap Anwar yang menyentuh tentang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau menganggap bahawa Lim yang datang dari Melaka, gagal menunaikan janji pilihan raya 2008 dan jika berterusan seperti sekarang, Lim adalah liabiliti dalam Pakatan Rakyat. Beliau menganggap Lim pantang dikritik dan pengkritik akan dilabel sebagai agen Barisan Nasional. Lim tidak sesuai menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana dia orang luar dan tidak memahami sentimen tempatan. Tender terbuka masih tidak dilaksanakan. Lim seorang yang pelik dan perkauman kerana sering bercakap dalam Mandarin di dalam persidangan Pakatan Rakyat. Semua rakyat tidak kira Melayu,India atau Cina mendengar ucapannya tetapi dia pulak bercakap dalam bahasa Cina sahaja.

Tender terbuka pengurusan Kelab Bukit Jambul Golf bukan isunya. Chow Kon Yeow mengaitkan kontrak Bukit Jambul yang gagal diperolehinya. Syarikat itu ditolak kerana hanya syarikat RM2 ringgit sahaja (Tidak ada pengalaman). Lim Guan Eng ditahan di bawah ISA oleh kerajaan BN pada 1987 bukan kerana pro komunis. Lim juga dipenjara kerana mempertahankan nasib seorang gadis Melayu yang telah dirogol. Dalam persidangan PR, Lim bercakap dalam Bahasa Malaysia 85 % dan 15 % dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang senyap begitu sahaja apabila PR menang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menganggap tindakan Zahrain keluar PKR sebagai mengkhianati pengundi. Tok guru menggesa Zahrain meletakkan jawatan agar pilihan raya baru dapat diadakan. Anwar sendiri mengakui tersilap pilih beberapa calon PKR yang dipilih semasa pilihan raya 2008.

Zahrain pula menganggap tok guru tidak memahami manipulasi, tidak tanduk jijik DAP di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Zahrain sanggup meletakkan jawatan ahli parlimen Bayan Baru sekiranya Lim Guan Eng sendiri meletakkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Perubahan 16 September dikatakan pembohongan Anwar Ibrahim . Tok guru seharusnya melihat 16 September juga melibatkan 'lompat parti'. Setakat ini Zahrain tidak berhasrat menyertai UMNO atau Barisan Nasional. Pemimpin PR hanya mementingkan ambil alih kuasa di Putrajaya tetapi memperlekehkan aduan Zahrain.

Pada 14 Mac 2010, ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin menyatakan petisyen mengandungi 2,108 tandatangan telah dikutip dalam tempoh dua hari dari kalangan pengundi di sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Dun Pantai Jerejak terletak di bawah parlimen Bayan Baru.Sim yang juga timbalan ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang berpendapat Zahrain perlu letak jawatan ahli parlimen.

Pada 18 Mac 2010, ketika menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, beliau mendakwa beliau dan wakil rakyat PKR diberitahu bahawa lapan ahli Parlimen disebut-sebut akan melompat menyertai PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008. Beliau mendakwa mereka adalah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar). Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Berikutan pendedahannya itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggelarkan beliau sebagai "Attack Dog" kepada BN dan Umno untuk menjatuhkan pakatan pembangkang. Ia turut dinafikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan menganggapnya sebagai cerita dongeng.
Pada 24 Mac 2010, Datuk Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) turut menempelak Datuk Zahrain. Zahrain sepatutnya mendedahkan nama 30 orang yang turut hendak melompat parti, termasuk yang melancong ke Taipei, Taiwan. Sepatutnya Zahrain lompat sejak 2 tahun lalu, bukan selepas kocek penuh. UMNO jangan menerima Zahrain kerana mungkin akan belot juga .

Pada 25 Mac 2010, beliau telah memutuskan untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelas wahai pembaca yang menyokong Anwar sekalian, ketiga-tiga orang ini bukan calang-calang orang di samping Anwar. Mereka sudah dikira sebagai panglima kanan Anwar yang kini kecewa apabila sedar dan mengetahui siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Mereka meninggalkan Anwar selepas segalanya mereka curahkan demi perjuangan sia-sia Anwar.

Jadi, siapa anda jika hendak dibandingkan dengan mereka ini? Adakah anda lebih mengenali Anwar daripada apa yang mereka kenal?

Atau, anda hanya menyokong Anwar kerana percaya kepada hebahan pembangkang di blog dan portal mereka seperti Malaysia Today, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Suara Keadilan Online dan Harakahdaily.

Jika anda sudah faham, siasatlah apa sahaja dakwaan itu dengan niat ingin tahu bukan niat ingin menutup malu dan menegakkan benang yang basah. Anda masih punya ruang untuk kembali ke pangkal jalan. Taming Sari bersyukur kerana ketiga-tiga orang ini sudah bertaubat dan menyedari kesilapan mereka.

Taming Sari tunggu giliran anda.

Sumber maklumat ketiga-tiga bekas orang kanan Anwar ini Taming Sari ambil di Wikipedia Bahasa Melayu. 

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yea betul...100% setuju dgn posting ini....berbeza dgn ketiga2 org diatas.....penyokong2 PKR yg fanatic tuh hanya mengenali Al-Jub dari media aje...tp herankan sampai sanggup bermati2an mempertahankan nya...emm wonder apa ilmu yang al-Jub pakai!!!

Tanpa Nama berkata...

Memang pelik. Itu yang selalu membuatkan saya tertanya-tanya. Kalau tak nak dengar daripada orang yang pernah rapat dengan dia, nak dengar dari siapa lagi? Orang yang diberi kelebihan pandai berpidato, inilah kelebihannya. Saya pernah terbaca disebuah blog, lebih kurang begini ayatnya "Anwar ni kalau jual ais krim di Eskimo pun laku".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif