Selasa, 9 November 2010

Perkara Kurafat Dikecohkan, Perkara Syirik Mengapa Senyap?

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Yang Dikeluarkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan :

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan/Hujah:

Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)


Apakah jawapan Pemuda PAS jika ditanya soalan apakah hukumnya dua tiga orang Islam di dalam majlis memperingati kematian Tan Ben Hock, sanggup memegang lilin seperti gambar di atas? Bukankah ini perbuatan syirik.

Baru-baru ini kecoh menceritakan MB Perak, YB Dr. Zambry terlibat di dalam upacara memasang ancak (seperti yang anda boleh saksikan di dalam gambar dibawah) ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong.


Taming Sari pasti ini adalah kesilapan hasil dari pengaruh adat Melayu lama yang dipegang oleh sesetengah orang Melayu kini. Dr. Zambry berkemungkinan hanya dijemput atas urusan rasmi bagi merasmikan projek tersebut dan tidak menyedari ia adalah bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang ditulis oleh Hj. Mazanan bin Hj Yusof. Baca sini. Pihak akhirnya PAS memanipulasi isu ini.

Perlu ada suara yang menegur tindakan ini. DS Dr. Zambry sendiri bukanlah seorang yang sempurna dan penasihat agama beliau perlu tampil menceritakan kepada beliau mengenai pekara ini. Beliau jelas telah menjadi mangsa keadaan. 

Amalan seperti ini sepatutnya sudah tidak berlaku lagi kepada orang Melayu Islam. Usaha pihak Jabatan Agama Islam perlu dipergiatkan lagi bagi mengajar umat Islam untuk meninggalkan banyak amalan kurafat yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Contoh amalan kurafat yang masih diamalkan seperti lengang perut, memasang ancak, dll.

Usaha ini perlu berterusan supaya mereka yang jahil tidak terus terpesong dan menghalalkan perbuatan ini manakala yang gila kuasa pula tidak mengambil kesempatan untuk memanipulasi isu ini.

Jadi, tidak adillah jika PAS hanya menyalahkan satu pihak dan apabila dulunya PAS terlibat dengan perbuatan syirik, mengapa tidak ada seorang pun pemimpin PAS termasuk pemudanya bersuara? Tiada keadaan yang menghalalkan cara kerana hukum Allah tetap kekal seperti yang termaktub di dalam AlQuran dan Hadis Rasullulah S.A.W.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Sampul Kecil berkata...

MEreka kata mereka perjuangkan agama. Mereka kata merekalah yang benar.. Mereka kata setiap tindakan mereka adalah mengikut ajaran Al-Quran dan Hadis..

Tapi apa yang jelas adalah tindakan, perbuatan dan setiap lafaz mereka jelas sekali tidak menunjukkan ISLAM yang mereka perjuangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif