Jumaat, 5 November 2010

PM Masih Tidak Sembuh : Sama-samalah Kita Berdoa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.

"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa hari lagi.

Sumber : Bernama

Taming Sari berdoa agar PM segera sembuh. Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah sama-sama kita berdoa.

Perjuangan baru hendak bermula, api baru hendak menyala, bara baru hendak membakar, semangat baru hendak membara, kami semua perlukan DS Najib.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif