Rabu, 10 November 2010

Rakyat Kelantan Terus Sengsara Dengan Bajet 2011 PAS Kelantan

Hari ini Taming Sari sempat menghadiri satu majlis bersama petani di Kg. Pasir Senor Temangan, Machang, Kelantan. Sambil berborak bersama petani, mereka meluahkan rasa kecewa kerana di kawasan mereka sukar mendapatkan perkhidmatan air bersih dari Syarikat Air Kelantan. Kadang kala air tiada menjangkau 2 atau 3 bulan. Disebabkan mereka puas membuat aduan di syarikat air tersebut, kebanyakkan mereka sudah menyediakan alternatif sendiri untuk menyelesaikan masalah air.

Mujurlah kawasan mereka berhampiran sungai maka air sungai itulah menjadi nadi utama untuk mereka meneruskan kehidupan. Ada yang berkemampuan akan mengunakan sistem "borring" yang akan mengali ke bawah tanah menjangkau sehingga 100 kaki. Dengan cara ini sahajalah mereka dapat menikmati kemudahan paling asas iaitu air yang bersih di mana sepanjang 20 tahun PAS memerintah mereka tidak pernah melihat usaha PAS meningkatkan atau menyelenggara kemudahan air. Semuanya bagai mimpi buat mereka.

Taming Sari amat bersimpati dengan nasib orang Kelantan yang masih tidak sedar dengan tahap kemiskinan yang mereka kecapi ini. Memang diakui, mereka memiliki rumah yang besar, tetapi mereka miskin dari segi kemudahan asas. Air tidak terurus, jalan raya berlubang dan tidak diselenggara, lampu jalan tiada serta banyak kemudahan asas lain yang terus diabaikan oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Hari ini sahaja di dalam Utusan online tersebar berita di Bachok Kelantan mengenai sebuah keluarga yang duduk di dalam rumah yang diubahsuai dari kandang lembu :


Baca selanjutnya di sini

Taming Sari sendiri tidak faham, mengapa orang Kelantan sanggup memperjudikan masa depan mereka dan anak-anak mereka dengan memilih PAS kerana dalam tempoh 20 tahun, mereka sanggup membiarkan PAS memerintah dengan tidak melakukan apa-apa untuk mereka.

Isu air dan kemudahan asas lain seperti rumah dan tempat tinggal adalah isu tempatan yang perlu difikirkan oleh kerajaan negeri. Di dalam belanjawan 2011 yang baru dibentangkan, adakah mereka memasukkan item penyelenggaran air dan juga bantuan perumahan bagi orang-orang miskin?

Sehingga 20 tahun PAS masih tiada perancangan ekonomi yang bombastik malah kelembabkan ekonomi yang direncananya menyebabkan hasil Kelantan hanya bergantung kepada hasil balak dan cukai tanah.

Seperti yang nyatakan oleh Husam yang mengulas mengenai bajet 2011 kerajaan Kelantan :


Baca selanjutnya  di sini

Inilah faktor utama mengapa PAS Kelantan gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyatnya. Mereka tidak bijak menguruskan ekonomi malah pengantungan hanya kepada hutan dan tanah tidak membawa makna apa-apa kepada hasil negeri. Selamanya belanjawan mereka akan terus defisit sekiranya tiada usaha meningkatkan pendapatan negeri dengan saluran yang lain.

PAS Kelantan perlu lebih optimistik. Mereka perlu keluar dari belenggu jumud mereka dan melihat keluar apa yang sudah dilakukan oleh kebanyakkan negeri dan negara. Kebergantungan kepada hasil semula jadi dan cukai langsung hanya meletakkan ekonomi negeri itu di paras statik di kala negara kita ini semakin menuju ke tahun 2020 dan negara maju.

Pernah Taming Sari bertemu dengan budak kecil yang tinggal di pendalaman Kelantan. Apabila ditanya, apakah impiannya jika diperkenankan? Dia boleh mengatakan impiannya jika diperkenankan adalah hendak melihat dan melawat bandar Kota Bharu. Kasihan Taming Sari melihat budak itu kerana difikirannya mungkin tidak tergambar bahawa Kota Bharu sebenarnya tidaklah se gah mana jika dibandingkan dengan ibu-ibu negeri lain di Malaysia.

Sanggupkan rakyat Kelantan mahu membiarkan nasib mereka dan anak-anak mereka terus dipinggirkan oleh kerajaan negeri. Sampai bila Kelantan harus mengemis dengan kerajaan persekutuan? Jika rakyat mahukan bantuan dari Kerajaan BN, kenapa perlu bersama PAS?  Pengemis tetap pengemis namun, kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan Kelantan.

Pembangunan Kelantan hari ini bukan sepenuhnya dicorakkan oleh PAS tetapi kebanyakkannya adalah hasil dari bantuan kewangan kerajaan pusat terutama di dalam memberi bantuan kepada orang-orang miskin.  

Dengan bajet 2011 PAS Kelantan, mampukah ia menjadi bajet penyayang?

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif