Rabu, 10 November 2010

RON 95 Punca Kenderaan Terbakar Hanya Dakyah Pembangkang : MIROS

RON 95 diperkenalkan oleh kerajaan selepas kerajaan melihat pengunaan minyak jenis RON 97 memerlukan kerajaan menanggung subsidi yang tinggi. Jadi, bagi mengekonomikan pengunaan minyak, RON 95 diperkenalkan dengan harga RM1.85 dan kerajaan telah menarik subsidi minyak RON 97 dan harga diapungkan mengikut harga minyak pasaran dunia. 

RON 95 dipilih bukan berdasarkan keputusan tanpa kajian tetapi ia sudah dikenalpasti sebagai minyak yang sesuai untuk kenderaan di Malaysia. Sekurang-kurangnya kerajaan telah menyediakan satu alternatif buat rakyat Malaysia dalam rangka mengelakkan rakyat terus terinaya dengan kenaikan harga minyak.

Pembangkang yang hanya tahu menbangkang memfitnah RON 95 sebagai punca kepada kebakaran yang berlaku setiap kali kemalangan. Tanpa ada usul periksa, tuduhan itu sebenarnya sengaja mengundang rasa ragu di kalangan masyarakat sekaligus menyusahkan rakyat. FOMCA yang terpengaruh akhirnya mendesak kerajaan melakukan kajian semula mengenai RON 95 ini.

Kerajaan melalui Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah membuat kajian semula tersebut dan keputusan itu diumumkan oleh MIROS seperti yang dinyatakan di dalam Utusan Malaysia :

Minyak petrol RON95 selamat digunakan dan bukan punca utama kepada kebakaran kenderaan apabila berlakunya kemalangan.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, kebakaran boleh terjadi sekiranya berlaku pelanggaran kenderaan dengan kelajuan yang tinggi.

Justeru itu, beliau berkata, kebakaran kenderaan akibat kemalangan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini tidak boleh dikaitkan dengan minyak petrol RON95 kerana apa juga jenis minyak berpotensi menyebabkan kebakaran.

''Kita tidak boleh katakan minyak RON95 sebagai penyebab berlakunya kebakaran selepas kemalangan kerana ia boleh berlaku dalam pelanggaran kuat sekiranya terdapat bahan bakar, oksigen dan percikan api.

''Fenomena ini mempunyai kebarangkalian tinggi untuk berlaku dalam perlanggaran berkelajuan tinggi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya pihak kerajaan mengkaji penggunaan minyak petrol RON95 yang dikatakan menyebabkan kebakaran selepas berlakunya kemalangan.

Menurut Ahmad Farhan, setakat ini tidak dapat disahkan sama ada kebakaran yang berlaku akibat kemalangan adalah disebabkan oleh jenis minyak.

Katanya, siasatan terperinci mengenai perkara tersebut perlu dilakukan oleh pihak polis supaya punca kebakaran akibat kemalangan boleh dikenal pasti seterusnya membolehkan sebarang analisis dilakukan.

Wallahhualam.

Penulis,















Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif