Selasa, 16 November 2010

Sekurang-Kurang Nor Idris Tidak Syirik !!

Seperti yang pernah Taming Sari ceritakan kepada pembaca sekalian seorang pak haji yang mengaku pernah mendengar Nik Ajis seakan meroyan bercakap bersama Malaikat Mungkar Nangkir di dalam urusan pengkebumian sepupu Nik Ajis itu sendiri satu ketika dahulu. Baca sini jika anda belum pernah membacanya atau ingin membacanya semula. Tindakan Nik Ajis ini jauh lebih sesat kerana sehingga dalam urusan seperti ini pun Nik Ajis boleh mempolitikkannya. Ia boleh dianggap syirik, mencabar akidah dan mengelirukan umat Islam.

Istilah Kasyaf bukan urusan kita sebagai manusia biasa. Ini urusan Allah yang memberikan hidayah dan ilham atau ilmu kepada seseorang hambanya. Jika benar, Ustaz Nor Idris mengaku dia ada Kasyaf walaupun dia hanya berbohong, ia belum boleh diklasifikasikan sebagai sesat. Terpulanglah kepada Ustaz Nor Idris menjawab persoalan ini kerana di dalam urusan Kasyaf hanya Allah dan empunya diri sahaja yang tahu.

Seperti yang diperlekehkan oleh PAS di dalam Haprakdailynya :
Pelbagai pihak menyifatkan bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Ustaz Mohd Nor Idris yang mendakwa dirinya sebagai kasyaf sebagai sesat.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan kenyataan pemimpin Umno boleh diketawakan orang yang waras.
“Sahabat yang termasyhur di zaman Rasulullah saw tidak pernah mengakui diri mereka kasyaf.
Pada kenyataan melalui laman tersebut Ustaz Nor memberitahu enggan bersalam dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menganggap tangan Menteri Besar sebagai syaitan.
Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini Ustaz Nor juga menengking keras Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika kunjungan Menteri Besar ke rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad di RPT Sungai Terah.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan pengakuan kasyaf Ustaz Nor yang dianggap sebagai sesat.
Beliau juga mempertikaikan tulisan Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan Ahad lalu yang mengangggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz enggan bersalam dengan Ustaz Nor.
“Sedangkan perkara sebenar yang berlaku ketika Menteri Besar menghulur tangan untuk bersalam, Ustaz Nor enggan kerana menganggap tangan pemimpin PAS itu ada syaitan,” katanya.

Haprakdaily dan pemimpin PAS sebenarnya sengaja mengalihkan perhatian rakyat kepada isu kasyaf dan melupakan desakan Ustaz Nor Idris meminta Nik Ajis perjelaskan kelangsungan hubungan PAS dan DAP.


Isu Kasyaf adalah isu yang tidak perlu diperbesarkan kerana jika Ustaz Nor Idris tidak mengatakan tangan Nik Ajis ini seperti tangan Syaitan, Nik Ajis sendiripun sudah berkawan dengan Syaitan (DAP). Kalau dia sudah berkawan dengan syaitan dia pun ikut jadi Syaitan.

Kepada pembaca sekalian, jangan anda percaya bulat-bulat kepada perkara yang dibangkitkan oleh pimpinan PAS berkaitan ajaran Islam kerana mereka ini lebih berpaksikan politik dari ajaran Islam sebenar. Islam mereka adalah dari acuan politik sempit mereka. Carilah orang yang lebih berkelayakan bagi membincangkan isu kasyaf ini.

Apa yang penting, penegasan Ustaz Nor Idris yang risaukan masa depan anak bangsanya digadaikan oleh PAS kerana jika Pakatan Rakyat memerintah, DAP akan menelanjangkan kepentingan agama dan bangsa. Ketika mereka memerintah P.Pinang pun kita sudah dapat melihat kejahatan mereka.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif