Rabu, 24 November 2010

Sememangnya Perlembagaan Dan Kedaulatan Raja Melayu Hanya Selamat Dibawah Pemerintahan BN

Idris Ahmad selaku ketua penerangan PAS paling bodoh dalam sejarah hari ini memberi komen berkaitan penyataan DS Najib berkaitan mereka yang cuba mengubah perlembagaan negara hanya seperti tikus membaiki labu. Baca sini di Haprakdaily.

PAS melalui Idris Ahmad pasti rasa terpalit dengan kenyataan ini kerana mereka-lah paling lantang mencabar semua pihak bagi mengubah perlembagaan yang sedia ada. Mereka menyalak untuk mengubah perlembagaan kepada perlembagaan Islam namun sejauh mana usaha mereka tidak siapa pun ketahui. PAS sebenarnya sengaja bermain dengan hukum Allah ini walaupun mereka tahu, mereka tidak mampu memartabatnya walaupun mereka berjaya menguasai persekutuan.

DAP selaku kekasih PAS bakal menjadi kumpulan pertama yang bakal menentang perlaksanaan hukum Islam jika PAS cuba mencadangkannya. PAS yang kini mahu menjadi hero di dalam pakatan rakyat sebenarnya sekadar samseng kampung. Ini kerana, apabila mereka duduk bersama DAP dan PKR mereka hanya menikus. 

Seperti yang pernah dilakukan Nizar di dalam kerajaan Perak pemerintahannya dahulu. Tidak sampai beberapa bulan memerintah, PAS lupa kepada Islam dan rela menjadi boneka DAP. Di kala itu mana prinsip perjuangan mereka? kemana hilangnya taat setia kepada Raja-Raja Melayu?

Idris kata, UMNO sengaja mengelirukan rakyat kerana kenyataan Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka" adalah bahasa istana yang menunjukkan ketidak persetujuan sesuatu perkara. PAS paling tepat sebenarnya cuba mengelirukan rakyat kerana jika ia sudah melibatkan ketidakpersetujuan kepada perintah Raja bermakna ia adalah derhaka dan tetap digelar sebagai penderhaka. Tidak ada matlamat yang menghalalkan cara dan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata Nizar tetap digelar penderhaka. 


Rakyat perlu sedar dan mengambil ikhtibar dari kejadian di Perak itu supaya tidak ada lagi anak bangsa yang meniru kelakuan jahil dan celaka si Nizar ini.

Benar-lah apa yang dikatakan DS Najib bahawa mereka yang cuba mengubah perlembagaan ibarat tikus membaiki labu. Mereka yang jahil dan lemah di dalam bidang perundangan Islam dan anti kepada kontrak sosial mana mungkin boleh membina sebuah perlembagaan baru yang lebih adil kepada semua kaum. Seperti seekor tikus yang suka menjahanamkan labu diminta untuk membaiki labu. Mampukah tikus itu? Semakin baik kah labu itu atau ia akan semakin rosak?

Pastinya, rakyat tidak sanggup untuk memperjudikan nasib negara ini kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Rakyat kini semakin bijak menilai.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenyataan Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka"

Bagi yang reti bahasa, betulah apa kata Tamingsari bahawa mohon sembah derhaka itu bermakna dengan sengaja mahu mengundang kemurkaan Yang DiPertuan Negeri. Itukan menderhaka namanya kerana jika ia sudah melibatkan ketidakpersetujuan kepada perintah Raja bermakna ia adalah derhaka dan tetap digelar sebagai penderhaka.

Inilah padahnya bila sudah terlajak kata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif