Sabtu, 13 November 2010

Susahnya Nak Cari Rumah Sewa Di Kelantan : Kenapa Ya?

Artikel ini adalah sambungan kisah mengapa pengangguran di Kelantan kurang. Baca sini jika anda belum membacanya.

Oleh kerana kurangnya peluang ekonomi di sini, projek perumahan di sini sangat sedikit kerana pelabur dari syarikat perumahan tidak berani mengambil risiko. Selain masalah air yang terpaksa dihadapi, pelabur di sini takut jika rumah yang mereka bina nanti tiada pembeli. Disebabkan itu, jika anda hadir ke Kelantan, anda akan menjumpai banyak projek perumahan terbengkalai kerana banyak pemaju cabut lari kerana mereka tidak mendapat pembeli-pembeli rumah dalam tempoh tertentu. 

Trend keperluan rumah di Kelantan hanya bersifat sementara kerana ramai pemilik rumah di sini sudah ada rumah sendiri. Jika orang luar pula mereka berhajat untuk duduk di Kelantan hanya dalam tempoh sementara sahaja. Seperti yang Taming Sari katakan dahulu, kebanyakkan orang luar yang bekerja di Kelantan adalah dikalangan mereka yang berkerja di sektor kerajaan dan perguruan. Jadi tidak mungkin mereka mahu membeli rumah. Mereka lebih suka menyewa sahaja di Kelantan. Golongan inilah yang bakal menjadi mangsa keadaan kerana mereka perlukan rumah sewa.

Hakikatnya, rumah sewa yang selesa terlalu kurang. Permintaan rumah sewa di kalangan orang luar dan dalam yang tinggi bukan kerana ramainya orang yang ingin berkerja di Kelantan tetapi adalah kurangnya penyediaan rumah sewa di sana. Disebabkan itu, ramai pemilik rumah yang mengenakan sewa yang tinggi dan kadang-kala tidak munasabah di antara RM300 - RM1000 sebulan. Jika dibandingkan nilai sewa tersebut dengan rumah yang disewakan, memang ramai yang tidak berpuas hati. Tetapi apakan daya, mereka tiada pilihan. Selain masalah air, masalah banjir pula perlu juga difikirkan penyewa. 

Inilah realiti tentang apa yang berlaku di Kelantan. Ramai penjawat awam merungut dengan keadaan ini namun ia tidak didengar oleh sesiapa pun. Keadaan ini boleh dipulihkan tetapi memerlukan masa yang panjang kerana banyak suntikan ekonomi perlu dibuat bagi merancakkan semula pelaburan hartanah perumahan. Terpulanglah kepada kerajaan negeri untuk memikirkan keadaan ini. Jika mereka (pemimpin PAS Negeri) turun mendekati rakyat dan mendengar rintihan rakyat, mereka pasti akan sedar dan tahu. 

Namun, jika PAS Kelantan, tidak mengendahkan rintihan ini, sudah wajib hukumnya rakyat Kelantan mengubah kerajaan. Tidak ada gunanya memperjudikan masa depan bersama dengan orang yang tidak optimistik dan hopeless

Wallahhualam.

Penulis,





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wallahhualam, di akhir ayat membawa maksud, Allah seluruh alam, kalau saya tak silap. Saya bukan org Arab, tapi Melayu.
Ia juga boleh membawa makna, 'Allah saja yang tahu'. Secara tidak langsong, mwmbawa maksud yang penulis atau penceramah itu tidak berapa pasti dengan apa yang ditulis atau diucapkan.
Saya bawa beberapa contoh: Bila orang ajak datang kenduri. Bila kita cakap, 'InsyaAllah'. Ia bermakna, Semoga di izin Allah. Tapi dalam masyarakat Melayu ia bermaksud, 'tengoklah' atau 'tidak tentu'. Bagi salam, lagi satu hal. Bila pergi rumah, tak nampak orang atau pintu tertutup, kita bagi salam. Pada hal kita bagi salam pada siapa pun kita tak tahu. Jadi salam yang kita beri akan membawa maksud, 'Ada orang di dalam tak?'. Inilah masaalah kita, orng Melayu, apabila, suka menggunakan istilah Arab. Sampai ada yang, bila terkejut atau heran akan menyebut, 'La'illah', yang membawa makna, tiada tuhan.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai anak jati Kelantan ,saya mengulas dari segi apa yang saya tengok,lihat dan tahu, tiada unsur politik.Saya tidak bersetuju dengan penulisan ini kerana ianya lebih bermotifkan politik,diakui tidak banyak projek perumahan di Kelantan di laksanakan tetapi tidaklah sampai mencapai tahap yang tidak mencukupi.Di setiap daerah pasti ada projek perumahan baru yang sedang dilaksanakan.Siapa yang tidak mahu membuat duit dengan membayar duit pinjaman bank untuk membeli rumah dengan hasil rumah yang disewakan manakala rakyat Kelantan sendiri lebih suka membina rumah mereka sendiri kerana mereka mempunyai tanah ,terima kasih kepada undang2 tanah di Kelantan yang sedikit berlainan dengan negeri lain.Bagaimanapun saya bersetuju dengan ulasan tuan tentang kadar pengangguran di Kelantan yang rendah kerana majoriti rakyatnya yang bekerja di negeri lain..Wallahualam

Tamingsari berkata...

Jelas anon kedua-dua ini adalah orang yang sama.

Sebabnya sy nampak lemahnya pemikiran dan penilitian saudara menilai artikel ini.

Artikel ini tidak ada kena mengena dengan unsur politik tetapi ia hadir dari perasaan tidak puas hati ramai org luar yang merunggut kerana kekurangn rumah sewa.

Penulisan sy bukan mengenai org tempatan.

Kelantan tetap bukan destinasi pekerjaan yang baik kerana mundur.

Lagi satu, soal wallahhualam ini bukan bermakna sy tidak pasti. tetapi meletakkan ilmu dan pengetahuan itu hanya di dalam pengetahuan Allah.

Soal niat juga perlu diambil kira jika kita hendak mengunakan bahasa arab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif