Ahad, 14 November 2010

UMNO Tidak Akan Menerima Orang Seperti Zaid Lagi - Ku Nan


Zaid tinggalkan UMNO bukan kerana dia yang pinta tetapi ini keputusan Jawatankuasa disiplin UMNO yang memecat dia. Zaid membangkang secara keterlaluan. Dia merasakan dirinya bagus. Cara dia menegur kepimpinan parti UMNO dulu tidak kena caranya.


Rasukannya kepada Anwar telah menjeratnya masuk ke kem pembangkang. Akhirnya kini dia kenal mana intan mana permata.

Ikutilah kenyataan Ku Nan atas desas desus samaada Zaid akan kembali semula dalam UMNO seperti yang ditulis di dalam Bernama.com  :
Umno tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai semula parti itu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?,” kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada UMNO.

“Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah. Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen Barisan Nasional (BN), orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvo Kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS sekitar Putrajaya, di sini pada Sabtu.

Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.

Namun, Zaid yang dipecat dari UMNO pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan UMNO dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif